CHAPTER SATU RATUS EMPAT

583 82 6
                                    

Pintu bilik bacaan terbuka apabila dua lelaki pegang dengan serentak tombol tersebut untuk memberi laluan kepada tuan punya tempat berjalan masuk ke situ.

          "Kau cakap apa?"soal Angelo semasa jalan menanggalkan butang kot yang dipakai. Setelah itu barulah dia duduk di sofa.

         "Ya...aku dah lamar Artemis.."beritahu Elio  saat berdiri di hadapan Angelo dengan kedua-dua tangan berada di depan perut.

         Untuk beberapa saat Angelo pandang Elio. Cuba nak baca kawan baiknya itu. "Dia setuju?"barulah tangannya naik menggosok jambangnya yang nipis di wajah. Lupa hendak cukur walaupun isterinya sudah meleterinya berkali-kali.

          "Belum.."jawab Elio. "Aku berikan dia masa sehingga hujung bulan ni."

           Angelo mengangguk kepala faham. Dia menjuih dagu ke sofa sebelah selepas itu. "Duduklah kalau macam tu."

Patuh dengan pelawaan itu, Elio pun duduk. Dia selesakan dirinya di situ walaupun sedar Angelo pandang semacam.

          "Beritahu aku Elio...kau lamar Artemis sebab rasa serba salah terhadap kematian ibubapa Artemis atau sebab kau benar-benar nak bersama dengan dia?"soal Angelo dengan nada bersahaja Namun serius.

Pertanyaan itu buatkan Elio diam memandang tatapan dalam Angelo. Elio serta merta dapat hidu bau 'rejection' dari Angelo dengan soalan tersebut.

          "Kenapa kau tanya macam tu?"

          "Tak adalah..kalau kau lamar Artemis hanya hendak hilangkan rasa serba salah terhadap dia..aku rasa kau patut fikir semula. Sebab Artemis takkan setuju kalau kau orang berkahwin dengan alasan serba salah...dia tak harapkan simpati dari sesiapa. "ujar Angelo.

Bahu Elio jatuh hilang semangat kerana kenyataan itu tepat mengenai sasarannya.

Perasan perubahan body language Elio itu, Angelo mengetap garis nipis di bibir.

          "Walaupun aku penjaga sah Artemis...aku tak hak nak buat keputusan untuk Artemis...apapun semuanya atas Artemis. Kalau betul kau nak kahwini adik sepupu aku..aku benarkan..itupun selepas Artemis sendiri yang setuju."tambah Angelo hendak menyedapkan hati rakannya. Dia kenal Elio. Kawannya ini seorang lelaki yang baik. Bukan jenis yang suka berfoya-foya atau melakukan hal tidak elok. Malah Elio ini lelaki bertanggungjawab yang pernah dia kenali. Kalau Artemis bersama dengan Elio sekalipun dia tidak akan membantah.

           "Terima kasih Angelo."anggul Elio.

            "Tak ada hal la..."

             Lantas Elio pandang sekeliling. Baru sedar sesuatu. "Artemis ada?"

             Tersenyum sinis Angelo dengan soalan itu. "Tak ada. Dia ada date dengan Izan."beritahunya. "Kau tahu kan izan dah balik semula ke sini?"

              Terkedu terus Elio dengan nama itu bila Angelo sebut. "Apa?"Keningnya berkerut tidak suka. "Izan dah balik sini semula?"

              Angelo mengangguk kepala. "Lah..aku ingatkan kau tahu."

               Elio mula tidak senang duduk. Dia pandang kiri dan kanan tergugat kerana risau. "Artemis keluar dengan Izan ke mana?"tanyanya saat kerling ke jam di tangan.

              "Entah. Aku tak tanya. izan datang-datang aje terus bawa Artemis dengan dia. Tak cakap apa-apa pun. Sorry Elio. Aku tak tahu kau dah lamar Artemis. Kalau aku tahu..aku takkan plan date Izan tu."

               Elio menggeleng kepala kecil. "Tak apa."

               "Try la call Artemis..tanya dia dekat mana?"aju Angelo. "Kalau kau risaukan dia.."

Keluar sahaja dari pintu Utama rumah agam itu, Elio keluarkan telefon bimbit dari poket belakang seluar jean hitamnya. Tiba sahaja di depan keretanya, dia sentuh skrin telefon itu. mencapai nombor Artemis untuk di hubungi.

Tut..

Tut..

Tut...

Untuk beberapa saat, nada panggilan itu berterusan.

Peti masuk suara yang jawab kemudiannya.

Elio pandang skrin telefonnya semula. Dia berasa geram apabila panggilannya tidak di jawab. Dah ke mana pulak Artemis ni?

Sekali lagi Elio cuba buat panggilan. 10 saat berlalu tanpa jawapan. Dia putuskannya semula. Dan diulang perbuatan itu untuk beberapa kali sebelum akhirnya di jawab.

         "Hello?"

Di sangkanya suara lembut biasa yang menyapa...sekali tu-

          "Siapa bercakap ni?"tanya Elio dengan kepala penumbuk dalam genggaman.

           "Izan.."jawab orang yang menjawab panggilan  Elio itu.

            "The f*ck?"lafaz Elio sedikit terkejut. Bukan ke ini telefon Artemis. Kenapa pulak Izan yang jawab panggilan ni? "Mana Artemis?Apa kau dah buat pada dia?"soalnya marah-marah.

Untuk seketika panggilan itu senyap tiada suara.

             "Hello!Kau dengar tak?Mana Artemis?Kenapa kau yang pegang phone dia?Apa kau dah buat pada dia?!"bagaimana Izan boleh bersama dengan Artemis semula sedangkan lelaki itu sudah lupa ingatan?

              "Dia bersama dengan aku.."

              "Bukan ke kau ni-"

                "Jumpa aku dekat Hotel Royal Eve."arah Izan dalam panggilan sebelum ia diputuskan begitu sahaja.

Sementara Elio yang tercengang pandang ke skrin telefon bersama riak mahu mencarut semahunya di situ.

             "Sh*t betul punya perangai!"gerutu Elio semasa memandang bengang ke skrin telefonnya itu. Mujur aje dia tidak hempas phone tak bersalah itu.

Penatnya la bulan bertema ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Penatnya la bulan bertema ni. Aktiviti non stop!

Sorry...lambat update chapter.

Sejujurnya Tinta dah ada timeline setiap chapter. Ada 6 chapter lagi sebelum tamat.

Nak habiskan tu boleh dalam sehari. Tapi itulah...alasan aje banyak😅😂.

Malam ni sempat buat satu chapter je sebab tgh taip chapter untuk buku-43.

Kejap je lagi nak habis. 

Terima kasih sebab sudi tunggu. ❤️

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now