↭CHAPTER LAPAN↭

754 90 18
                                    

"Berhenti la buat hal...aku tak boleh selalu back up kau tahu tak..."keluh Angelo semasa bangun dari situ mendekati Artemis.

Tidak mengatakan apa-apa, Artemis diam membuat muka bengangnya memerhatikan lelaki lampai itu menghampiri dirinya. Buatkan dia gemuruh sendiri kerana risau apa yang sepupu dia akan buat. Entah hendak di pukul ke di tampar ke...macam-macam bermain dalam kepala dia waktu itu.

Setelah tiba di depan Artemis, Angelo menyeluk tangan di ke dalam poket. Memandang serius ke wajah bersih milik Artemis. "Sesuatu dah berlaku...orang aku sampaikan sesuatu mengenai Organisasi Orena Vicenzo.."bisiknya dengan perlahan. Namun cukup kuat untuk Artemis dengar.

"Tentang apa?"soal Artemis.

"Ketua mafia dari Orena, si Izan Aramis tu, dia buat deal dengan Menteri Pertahanan baru kita, Smith Aregon. Yang mana akan letakkan kita dalam bahaya.."

Artemis pandang Angelo dengan kening mencerlung tajam. "Dah tu apa kaitannya dengan aku??"

"Aku perlukan kau untuk uruskan deal dengan dia nanti..."

Terbuka mulut Artemis kerana tergamam. "Apa?"soalnya dengan nafas tertahan-tahan. "Kau sedar tak apa kau baru mintak dekat aku?Itu sama aje kau bagi kepala aku dekat dalam mulut harimau.."

Angelo memegang kedua-dua belah bahu Artemis. "Please...aku tahu kau boleh uruskan pertemuan tu. Ada sesuatu yang aku nak cadangkan pada dia.."

"Sekejap...kau nak aku jumpa siapa sekarang ni?"

"Jumpa siapa lagi....Menteri Pertahanan tu la....takkan si keparat Izan tu.."

Artemis tidak membalas. Dia hanya diam memandang wajah Angelo yang rapat di depannya ketika itu. Kalau nak suruh dia jumpa dengan Izan Aramis tu memang tidak la. Muka lelaki tu pun dia tak tahu. Inikan nak buat temu janji dengan lelaki tu. Dia sanggup hilang kaki dari bertemu dengan musuh azali mereka itu!

Izan Aramis dari Organisasi Orena Vicenzo.

Orang yang menjadi punca kematian ibu dan ayahnya.

Orang dari Organisasi Orena Vicenzo adalah orang sama yang menyembelih ibu dan ayahnya hidup-hidup!

"Fine..."akur Artemis dengan muka grumpy tak puas hati. Yalah dia mana dia tak puas hati, Angelo ni kalau benda susah semua campak dekat dia. Nanti bila dah senang, pandang dia sebelah mata pun tidak apa lagi berterima kasih! Semua orang cuma Nampak Angelo baik dengan dia, tapi orang lain tak tahu susah sakit yang Artemis kena hadap setiap kali nak settle kan urusan sepupunya ini.

"Thank you..kau boleh keluar "ucap Angelo sebelum mengucup tepi kepala Artemis sekejap dan kembali ke meja kerjanya.

Tidak lama selepas itu, Artemis pun keluar dari pejabat dia jalan melewati koridor lengang melintasi pintu-pintu yang tertutup rapat di situ. Bila gadis itu melintasi pintu ke lima di sebelah kanan, dengan mengejut, pintu itu terbuka dan lengannya di Tarik dengan satu tangan yang muncul dari kuakan pintu itu.

Sepantas kilat, tidak sempat hendak bersuara atau melawan, belakang badannya bersandar kuat pada dinding dan depannya di himpit, Kedua-dua belah tangannya di cengkam kanan dan kiri tepi kepala.

"Apa yang-"tak jadi Artemis hendak bertanya setelah dia lihat siapakah gerangan assaulter yang mengasari dia begitu.

"Hai..."senyum lelaki bercermin mata petak dengan handsome ke Artemis hingga menampakkan lakukan dalam di pipi itu. "Miss me?"

Artemis melepaskan hela nafas leganya saat pandang bosan akan lelaki di depannya. "Awak memang mintak di pendekkan umur atau sengaja cari pasal dekat sini?"bisiknya dengan perlahan.

"Sebab saya rindukan awaklah...tiga hari saya tak jumpa awak. hari ni baru sempat nak jumpa lepas berita pergaduhan awak dengan Verena semalam."lelaki itu menurunkan tangannya yang mencengkam pergelangan tangan Artemis.

"Lepaskan saya sekarang...kalau ada yang nampak macam mana?"bila tangannya dibebaskan Artemis cuba tolak dada itu supaya menjauh darinya. Tetapi tindakan itu hanya membuatkan tangan lelaki itu melingkar di sekeliling pinggangnya. Menarik tubuh dia rapat ke dada itu.

Lelaki itu tatap wajah Artemis dengan senyuman lebar di bibir. Dia tekap sebelah muka Artemis dengan perlahan sebelum bawa wajah itu dekat padanya.

"Biarlah...saya teman lelaki awak jugak.."lelaki itu terus kucup bibir Artemis sekejap dengan senyuman senang di bibir.

Artemis menjuling mata menyampah. Baru ingat ada teman wanita ke?Dasar boyfriend hampeh! "Hmm..yalah."balasnya sebelum tersenyum menyandarkan kepalanya ke bahu itu. Membiarkan dirinya di peluk erat dengan kedua-dua belah tangan lelaki itu.

Sambil peluk itu, tangan itu menggosok belakang badan Artemis.

"Saya minta maaf sebab tak dapat nak pertahankan awak semasa Verena reka cerita fitnah awak tadi."lelaki itu berbisik lembut di tepi telinga kanan Artemis saat hayun mereka berdua kiri dan kanan.

Keluhan panjang lepas dari bibir Artemis saat dia memejamkan mata. Hanya Tuhan sahaja la yang tahu, betapa leganya dia waktu itu. Dalam tempat ini tiada siapa yang dia percayakan selain teman lelakinya ini. Dekat sini segalanya penuh peraturan dan perlu berhati-hati. Nak buat apapun tak boleh. Hinggakan hendak bercinta pun kena sembunyi-sembunyi.

"Tak apa..."balas Artemis dengan mata terpejam. Tangannya mencengkam kuat sekeliling tulang rusuk teman lelakinya mencari kehangatan. Dia faham. Kalau teman lelaki bagi over reaction mesti orang akan pelik. Yalah dekat dalam tempat ini semua orang bencikan Artemis. Tak ke hairan nanti kalau ada yang cuba pertahankan Artemis. Mahunya di curigai, naya tak pasal-pasal!


 Mahunya di curigai, naya tak pasal-pasal!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now