CHAPTER LAPAN PULUH DUA

501 71 0
                                    

Beberapa bulan yang lalu....

Suhu badan panas.

Cuaca pula waktu itu serendah 18 darjah Celsius. Salji memang turun sewaktu Angelo dan mereka sedang menjalankan sesi pertukaran barang haram bersama klien rahsia di hadapan sebuah tasik terbiar berdekatan dengan hutan simpan di daerah tersebut.

Mengigil tulang lutut waktu itu sampaikan gigi kuat bergelatukan menahan sejuk walaupun mafela mengelilingi sekitar leher dan wajahnya.

            "Uhukuhuk!" batuk Artemis semasa berdiri di belakang Angelo yang sedang berborak dengan klien mereka. Entah apa yang diborakkan pun dia dengar tak dengar sebab sedang menahan sakit pening di kepala.

Disaat Angelo bertukar briefcase, waktu itulah, Dareen di sebelah muncul dengan jaket tebal labuh paras lutut lalu meletakkannya di atas bahu Artemis tanpa mengatakan apa-apa.

Tingkah itu membuatkan Artemis terus memandang ke kanannya dengan terkejut. Melihat kot yang tergantung di bahu itu.

            "Kau masuk la dalam kereta kalau tak tahan sejuk. Aku boleh gantikan kau kalau Angelo perlukan bantuan..."bisik Dareen tidak semena di samping Artemis.

Artemis memusingkan sedikit badannya ke belakang apabila suara itu kedengaran begitu hampir dengan kepalanya. Jadi dia pun toleh. Dan...dan.. dia bertemu muka dengan dada bidang Dareen yang betul-betul berdiri rapat kepadanya.

              Mata Dareen ikut tunduk memandang wajah pucat Artemis. Lelaki itu menatap terus ke mata kemerahan milik Artemis. "Kau demam lagi?"tangan yang tidak bersarung itu naik menekap dahi Artemis tanpa amaran.

Permukaan sejuk tangan Dareen itu buatkan Artemis meremang bulu roma dek kedinginan. Dia terus tepis tangan itu jatuh dari dahinya.

              "Jangan sibuk la!Aku tak perlukan perhatian kau."sentapnya kerana masih marah akan Dareen kerana tidak mahu bantu dia selesaikan kes penyeludupan dadah yang terdedah di serang geng Izan dua minggu lepas.

                Hujung bibir Dareen terjungkit sedikit. "Kau masih marahkan aku?"

               "Tak adalah tengah happy...tak nampak ke??Tanya lagi."

Sudah terbiasa dengan sikap Artemis yang suka menyentap padanya, Dareen malah tersenyum.

              "Badan kau panas ni...masuk la kereta dulu. Angelo nampaknya masih lama lagi nak berbincang tu.."arah Dareen sambil betulkan jaket yang diberikan tadi atas bahu Artemis.

             "Tak payah acah macam kau risaukan aku la..."

              "Mesti la aku risau...urusan kau urusan aku jugak. Lupa ke?Kerja aku adalah kau."

              Artemis menjuling mata menyampah. "Jauhla sana..berdiri dekat sana...jangan dekat dengan aku."desis Artemis kerana tidak mahu meninggikan suara hingga menganggu urusan Angelo waktu itu.









Sambil termenung Artemis menyusuri koridor itu sendirian. Awalnya Izan mahu temankan tetapi lelaki itu dapat panggilan penting mengenai urus niaga Izan bersama klien Rusia. Itu yang dia berjalan seorang diri. Artemis tunduk memandang butang di kardigen yang terpasang pada badannya waktu itu kerana ia asyik tertanggal sahaja hingga bahu kardigen itu asyik mahu melurut turun dari badannya.

Baru sahaja Artemis mahu membutangkan kancing yang ada di bahagian perut, tiba-tiba satu tangan muncul dari belakang. Menekup mulutnya sebelum pinggangnya di rangkul dan tubuhnya terangkat dengan mudah lalu membawa Artemis ke dalam sebuah bilik yang ada berdekatan.

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now