CHAPTER SATU RATUS ENAM

652 80 2
                                    

Knock!

Knock!

Ketukan pintu kedengaran sebelum ia terbuka ke dalam. Beberapa orang lelaki berjalan masuk ke dalam ruangan itu. Buatkan orang yang sedang duduk melunjur atas katil di situ terkebil-kebil bingung.

              "Selamat pagi Cik Artemis."sapa Bob sewaktu Marco ajukan tangan kepada pelayan hotel di situ untuk meletakkan troli makanan, set gantung dengan baju. heel hitam berkilat dan set toiletries di hadapan katil.

               Sambil menguak rambut panjangnya ke belakang, Artemis pandang dengan mata kecil kerana baru bangun dari tidur. "Selamat pagi.."liriknya dengan bingung ke orang yang sibuk melakukan itu dan ini sekitar bilik itu. "Saya dekat mana?"

               "Suite room hotel.."jawab Marco semasa menuangkan secangkir kopi panas di troli.

                Artemis gerak menyelak selimut lalu turunkan kaki dari katil itu. "Hotel?"tak ingat pula dia ke hotel malam tadi?Sekali masa dia tunduk memandang pakaian di badan, nafasnya tertahan secara automatik. Duh!Baju siapa pulak ni?

               "Ya...semalam cik tertidur. Tuan Izan terus bawa cik menginap di sini. Tuan sedang meeting. Dia minta cik bersiap. Nanti Tuan Izan datang jemput cik untuk keluar bersamanya pada hari ni."beritahu Bob pula sewaktu Marco berdiri di depan Artemis menyerahkan cangkir berisi kopi tadi kepadanya.

              Barulah Artemis sedar apa yang berlaku. Dia capai cangkir itu dengan berhati-hati sebelum mengerling ke mereka yang berdiri gaya pengawal di situ. "Ke mana dia nak bawa saya nanti?"

              "Cik akan tahu. Sarapan la dulu. Kemudian bersiap. Segala kelengkapan telah kami sediakan. Dan semuanya pilihan Tuan Izan sendiri."kata Bob lagi.

              Artemis bawa cangkir itu dekat ke bibirnya.  Bau harum kopi baru di brew buatkan matanya terpejam sendiri. "Okay..."dia ingat malam tadi semasa berborak dengan Izan. Lelaki tu ceritakan sepanjang kejadian lima tahun Izan di luar sana. Pendek cerita, Izan memang dah berubah. Nak buat macam mana, umur dah nak masuk 40 tahun pun. Tak hairan la!

             "Oh ya...Cik Artemis."

              Artemis membuka matanya sejurus menghirup sedikit kopinya. "Ya?"

              Marco dan Bob tersenyum. "Gembira dapat berjumpa dengan cik semula. Tuan Izan lama dah tunggu masa ni untuk menemui cik. Cuma keadaan aje tak mengizinkan."ujar Bob. "Terima kasih jugak sebab sudi terima Tuan Izan semula."ucap Marco selepas itu.

Artemis berdengus kecil dengan senyuman nipis di bibir. Dia dah terima Izan ke?

🤎🤎🤎🤎

Pandangannya di talakan ke cermin saiz manusia yang ada di depannya. Suit dress paras lutut off shoulder hitam lengan panjang dipadankan dengan black heel kegemarannya. Citarasa sama macam karakter Izan jugak.

             "Look good on you.."tegur satu suara tiba-tiba.

              Tersentak kerananya, Artemis palingkan kepala. Matanya terus terarah pada orang yang sedang bersandar pada pintu bilik dengan tangan bersilang di dada. "Berapa lama awak dah berdiri dekat situ?"soal Artemis semasa memasang butang di kolar lengan bajunya.

              "Sejak awak busy pakai heel hitam tu..."ujar Izan sambil mendekat.

Artemis berdiri di situ perhatikan langkah majestic Izan. Seperti remaja bertemu dengan crush kesukaan, hatinya melonjak girang. Namun ekspresi di wajah masih tenang.

Berdiri sahaja Izan di depan Artemis, tangannya naik memegang kedua-dua belah pinggang ramping Artemis sebelum memberi kucupan pada mahkota kepala itu. Bau wangi dari Artemis buatkan Izan memejam mata kerana berasa tenang.

               Diam yang selesa, Artemis diam di situ. Dia pandang akan pintu bilik yang terbuka. Ada beberapa orang lelaki sedang berkawal di luar. "Kenapa ramai sangat bodyguard?"

              Izan capai tangan kanan Artemis lalu di cium       buku ruas itu beberapa kali sebelum dia genggam. "Normal regulation."jawabnya sambil pimpin Artemis keluar dari bilik itu. "Angelo baru peroleh tanah baru yang aku janjikan pada dia, jadi langkah keselamatan perlu diketatkan."jelasnya saat memegang belakang badan Artemis apabila mereka melewati ruang Utama suite itu.

              "Macam mana nak date kalau dikelilingi dengan bodyguard?"tanya Artemis apabila dia sempat pandang ke pintu bilik yang hampir hendak di tutup. Di dalamnya dia ternampak darah dan mayat sedang dibungkus dalam plastik. Lantas matanya gerak memandang tepi muka tenang Izan.

              "Jangan risau..tempat kita pergi nanti ada privasi."Izan dorong Artemis keluar ke koridor sebelum berhenti di depan lif.

               Hampir hendak tersenyum, Artemis pegang lengan Izan, paksa tubuh itu berpusing menghadapnya sedikit. Yang mana diikuti Izan dengan patuh. Lelaki itu pandang Artemis. "Please...no blood or whatsoever when you with me."

               "Sure."Izan mengangguk kepala. "Anything for you."

               "Saya serius Izan. Be normal for once."tegas Artemis semasa mencengkam sedikit kuat lengan Izan.

                Izan ketawa kecil. Dia lingkarkan tangan ke   sekeliling belakang badan Artemis menarik tubuh itu rapat ke sisinya. "Your demand is my order mam.."

Artemis yang dengar berasa was-was. Dengar macam tak yakin aje dengan kata-kata Izan itu. Lelaki ni baru sahaja bunuh orang dalam hotel. Dan berlagak macam takkan ada apa-apa yang berlaku!Nak expect yang dia akan selamat di samping Izan ke?

               "This why I hate you, Izan.."keluh Artemis dengan perlahan.

Izan malahan memberi kucupan pada pipi Artemis sewaktu mereka berjalan masuk ke dalam lif. Sedikit pun tidak terasa dengan keluhan Artemis itu.

               "Lupa nak beritahu, Elio cari kau lewat malam tadi."beritahu Izan semasa memandang ke depan. "Jangan risau. Aku tak apa-apakan dia. We just have a small talk. "

Artemis berkerut kening semasa mendongak memandang Izan di sisi.

               "Lepas ni aku takkan paksa kau untuk kembali ke sisi aku. Cuma aku mintak pada kau untuk luangkan masa semasa aku ada dekat sini beberapa hari. "selesai berkata barulah Izan tunduk memandang Artemis. Tangan di belakang Artemis di peluk erat.

Mereka saling berbalas tatapan tanpa mengatakan apa-apa.

                "Boleh?"tanya Izan dengan perlahan sewaktu tangannya menggosok lembut belakang badan Artemis.

Bersama perasaan sedih terkilannya, Artemis pun mengangguk akur.

                "Okay."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now