♕CHAPTER LIMA BELAS♕

592 75 5
                                    

15 tahun yang lalu

Didalam penjara,duduknya seorang lelaki berusia 18 tahun menekuk lutut dipenjuru sel penjara. Kepala tunduk memandang ke bawah. Baju tahanan yang dipakainya berkedut-kedut tidak berganti selama tiga hari.

Ketika ini dia benar-benar buntu. Hendak lakukan apa pun tidak tahu!

Inilah makannya kalau salah pilih kawan.

Terlalu taksub dengan kehidupan berona anak muda remaja, dia hanyut hingga tidak kenal yang mana batu yang mana mutiara.

"Elio..."panggil satu suara.

Perlahan-lahan kepala yang tertunduk itu pun terangkat. Seorang warden sedang berdiri di luar sel memandang ke arahnya.

"Ada pelawat datang mahu menemui kamu..."beritahu warden tersebut.

"Saya tak nak menemui sesiapa..."

"Seorang lelaki bernama Arman berkata mengenai pembebasan kamu."

Setelah mereka keluar dari penjara, Elio dibawa ke bilik perjumpaan. Di dalam ruangan itu terdapat sebuah meja. Dan kanan kiri ruang itu hanyalah berdindingkan bar besi. Kerusi menghadap meja tersebut lelaki berambut pendek seakan botak tetapi masih mempunyai rambut sedang duduk.

Elio ambil tempat di kerusi menghadap lelaki itu. Dia pandang dengan reaksi tidak mengerti. Siapakah lelaki ini?Ayah dia ke yang upah?Setahu dia la, selepas dirinya di tangkap kerana penyalahgunaan dadah, ayah dia bersumpah enggan membantu dirinya kerana memalukan keluarga mereka.

Maklumlah polis kan

Kalau ada anak kena tangkap mana la mereka marah.

"Hai.Saya Arman . Peguam bela kamu." senyuman mesra terukir di bibir yang berkumis nipis itu.

"Ayah saya yang hantar?"soal Elio.

Peguam itu menggeleng kepala. "Tidak. Saya sendiri yang dapat tahu tentang kes ini dan berniat hendak membantu kamu anak muda.."jelasnya sambil mengeluarkan fail dan helaian kertas. "Untuk itu saya minta kamu isi semua detail yang ada di dalam borang untuk proceed next investigation..."

Elio tunduk membaca isi kandungan kertas itu. "Tapi kenapa encik nak tolong saya?"

"Sebab saya sendiri pun ada anak jugak. Saya faham apa perasaan ibu kamu bila lihat diri kamu teraniaya tapi tidak terbela..."

F*ck!

Kakinya menyepak tayar kereta yang tidak bersalah.

Masa macam ni jugak nak buat hal!

Alah!Macam sh*t aje la hari ni!Ada aje masalahnya. Tadi kena marah masa meeting, ayah dia pula tidak habis-habis mendesak dia supaya berhentikan siasatan Organisasi Orena Vicenzo. Kemudian tunang dia lari dengan lelaki lain. Hujan pulak masa tayar keretanya rosak!Entah apa yang rosak pun tak tahu!

"F*ck!F*ck!F*ck!"lafaz Elio sebelum masuk ke dalam kereta. Mencapai telefon dari dashboard. Dia berniat mahu menghubungi seseorang untuk menghantar bantuan kepadanya di tepi jalan raya saat ini. Kalau ada kereta lain nak berhenti tak apa jugak.

Ini tidak, sudah terkapai-kapai tangan dia bagai nak rak, tiada siapa yang sudi berhenti membantunya. Mungkin mereka fikir dirinya ini penjahat yang cuba merompak mereka menggunakan Teknik menahan kereta rosak begini.

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now