CHAPTER LAPAN PULUH LAPAN

514 81 3
                                    

Berjela-jela pesan pesanan doctor kepadanya tadi selepas selesai menerima rawatan tadi. Cakap tu kan macam otak dia boleh copy paste ayat yang dileteri doctor tu. Laju aje bercakap....kena banyakkan senaman, banyakkan makan makanan yang bantu pulihkan badan, jangan ambil  makanan fastfood, amalkan makanan tradisional, jangan lupa makan ubat.jangan tidur terlalu lewat.kena buat begitu la kena begini lah...entah apa yang dicakapkan lagi pun dia sudah tidak ingat.

Di tambahkan lagi dengan leteran Mr. Nagging depannya ni.

Dari dulu jumpa sampai sekarang...membebel macam perempuan!Banyak sangat mulutnya. Entah-entah masa baby dulu tak puas bercakap agaknya!

          "Kau jangan nak banyak bunyi ya...hutang kau menipu aku belum settle lagi.."

          "At least kau sihat kan...mengata orang lebih, tapi diri sendiri ucap terima kasih dekat aku pun tak.."

          "Ada aku suruh kau jaga aku ke?"

          "Ada aku suruh kau percayakan kata-kata aku ke?"

Mael menyilang tangan ke dada kerana berasa bengang. Tercengang jugak dia waktu itu semasa perhatikan Artemis tukar pakaian di depannya seakan tidak kisah langsung. Selamba sahaja Artemis sarungkan baju ke badan yang terdedah tu.

Artemis butang baju saat menghadap Mael. Keningnya mencerun. Sebenarnya semuanya bermula lepas dia datang ke hospital untuk terima rawatan. Masa dia ke hospital Mael masih terlena. Belum bangun pun. Tak sampai dua jam terima rawatan, adik bongsu Izan ni munculkan diri. Membebel tanpa henti lepas tahu kenyataan yang Artemis tipu Izan dan Dareen telah ditemui. Dan semakin marah la Mael selepas dapat tahu yang Artemis minta Luciana umumkan perkahwinan Izan bersama Luciana ke khalayak umum.

           "Dengar..aku tak peduli apa kau cakapkan. Dah aku kata perkahwinan Luciana bersama Izan aje cara yang aku ada untuk selamatkan dua orang abang kau tu...apa yang kau tak fahamkan lagi."kasar-kasar dia Tarik bajunya ke bawah sebelum di tuck in ke dalam skirtnya.

            Mael berdengus kecil sambil menjuling mata menyampah sebelum berkata. "Bukan hak kau buat keputusan tu untuk Izan. Kalau dia tahu hal ni, mengamuk Izan kau tahu tak?!"

            "Ahh..apapun benda dah berlaku pun. Kalau bukan sebab Luciana Izan dan Dareen mesti dah kena tangkap. Kau dah jadi budak Yatim piatu tak ada adik beradik. Sedar diri sikit tu ya!"Artemis menyarung topi mitten ke kepalanya. Menutup rambut dia yang semakin hari semakin menipis. Hendak di cukur licin rasa tak sampai hati, itu yang dibiarkan aje.

             Mael diam. Dia pandang tak percaya. "kalau   Izan kahwin dengan Luciana...aku macam mana?Tak ada chance la nak kahwin dengan crush aku tu?"

Kejung terus Artemis.Matanya naik turun pandang judgy akan lelaki lampai depannya itu. Dia ingatkan Mael kisah pasal Izan atau dirinya ni. Sekali tu apa?Crush? what the hell!

              "Siapa?Luciana crush kau?Hahah...jangan nak buat lawak kampus dekat sini. Selera Luciana tu, ikan jos...kau tu ikan bilis...memang tak ada chance la...kalau nak chan mali chan ada.."balasnya sebelum capai beg duffle lalu mula berjalan keluar dari bilik rawatannya tu..

          "Excuse me?Ikan bilis?Wahh...hebat. Kau kalau bab nak menganjing orang nombor satu kan...tak sedar diri tu separuh mati.."

          Terus Artemis angkat tangan. memukul Mael pada belakang kepala tu dengan kuat kerana marah dengan balasan kata itu. Tertunduk kepala Mael dibuat pukulan. "Ulang balik?"

          "Sakitlah!Kau apahal?"

Sedang mereka berdua bergaduh di depan pintu bilik rawatan itu, Bob dan Marco yang sedia berkawal di situ sejak tadi sudah pasang muka gelisah masing-masing. Berdiri seperti seorang bodyguard, perbalahan Artemis dan Mael hanya di perhatikan sahaja tanpa menegur kerana enggan menyampuk perbualan dua orang itu.

Sehinggalah Artemis sendiri yang Nampak muka mereka berdua.

            Kening Artemis yang berkerut kerana sakit hati dengan Mael menjadi surut tiba-tiba. Dia lirik akan Bob dan Marco silih ganti kerana hairan dengan suasana yang mengelilingi dua orang lelaki itu. "Kenapa dengan muka kau orang tu?Something berlaku ke?"

Kening Marco semakin dalam berkerut. Kepalanya di palingkan ke Bob sesaat selepas bertentang mata dengan Artemis.

             "Ada berita dari anak buah Cik Luciana..."beritahu Bob semasa memandang Mael lalu ke Artemis.

             Mael yang sedang gosok kesan sakit di kepalanya itu terus kembali menjadi serius. Tiada lagi gimik kebudak-budakannya seperti tadi. "Berita?"

             Artemis terus faham maksud tatapan Bob semasa lelaki menyebut nama Luciana, dalam diam dia menahan nafas kerana sedia tahu apa yang bakal didengar sebentar lagi. "Apa kata mereka?"dah jumpa ke?Izan selamat?Hidup ke lelaki tu?Dadanya menjadi sesak yang sangat berasak!

           "Mereka telah menemui Tuan Izan dan Tuan Dareen. Punca kenapa mereka sukar di temui adalah kerana Tuan Dareen sendiri baru sembuh dari kecederaannya kerana kemalangan tempoh hari bersama tuan Izan sewaktu kejadian kejar mengejar terjadi. Sementara Tuan Izan sedang koma."

Mael membutang mata terkejut yang amat sangat.

Sementara Artemis sudah hilang keseimbangan kerana pandangan dia berpinar hendak pitam mendengar berita mengejutkan.

           "Cik.."sambut Marco tepat sebelum Artemis rebah ke lantai koridor hospital. Dia peluk sekeliling belakang bahu itu hendak memberi sokongan.

Yeah!Dah nak habis dah buku ni!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yeah!Dah nak habis dah buku ni!

Esok 31 Ogos kan...

Disini Tinta nak ucapkan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-65 tahun buat pembaca dari seluruh Malaysia.

Seperti tema pada tahun ini, Keluarga Malaysia Teguh Bersama, begitu la visi Tinta sebagai penulis Dunia Oren ini.

Kekalkan positiviti dalam menyokong para penulis supaya mereka dapat menghasilkan karya buat hiburan Reader semua!

nah...sneak peak my prince and princess charming. Sekejap aje. Nanti Tinta delete. Siapa bertuah aje dapat tengok!

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now