♕CHAPTER TIGA BELAS♕

584 73 16
                                    

Detak black heel itu menghentak kuat ke lantai dan tergesa-gesa. Jelas beritahu si pemakai dalam keadaan lekas yang cemas. Artemis menyusuri Lorong koridor di situ. Melewati banyak pintu sebelum tiba di tingkat dua rumah agam dimana menempatkan ruang makan keluarga Angelo.

Disebabkan waktu dia tiba di situ awal pagi, Angelo bersama keluarga lelaki itu sedang enak menjamu selera sesama mereka. Tak pasal-pasal mereka semua berhenti makan dengan serentak.

"Artemis...!Awal kamu tiba ke sini. Mari makan bersama kami sekali..."pelawa isteri Angelo, Indiana. Wanita itu sedang menyuap makanan ke mulut anak kedua berusia setahunnya itu.

Artemis beri senyuman mesra kepada wanita itu lantas menggeleng kepala."Terima kasih Ana, saya tidak lama di sini. Hanya datang hendak maklumkan sesuatu kepada Angelo."

Indiana ikut tersenyum. Dia yang tahu Artemis itu siapa pada Angelo, mengangguk kepala faham. Dia tidak akan bertanya lebih lanjut lagi memandangkan dia tahu apa kan urusan Artemis itu.

Angelo waktu itu sibuk menyuap makan dan mengunyah. "Makan la dulu apa-apa hal..."ujarnya.

"Tak apa. Terima kasih..."tolak Artemis lagi.

"Memangnya ada apa sampai kau ke sini awal pagi begini?"kerling Angelo sambil menjungkit kening kiri. Mulutnya mengunyah - ngunyah sisa makanan yang ada di dalam mulut.

Untuk beberapa ketika, Artemis diam memandang wajah itu. Riak diwajahnya diluaran nampak tenang, walhal dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu. Entah apa reaksi Angelo nanti kalau tahu dia hendak ke luar negara buat seketika.

" Saya perlu uruskan sesuatu di Korea. Jadi saya datang ke sini untuk maklumkan kepada tuan mengenai keberangkatan saya pada hari ini..."

"Apa urusan kau tu??"

Ditanya lagi. Rasanya Angelo lebih tahu apa alasan dia hendak pergi.Artemis dalam diam mengetap giginya dengan erat. Dia nak marah tapi kena sabar. "Taman Delaney telah di ambil alih oleh Han Tae Gu..saya nak ke sana uruskannya."

Han Tae Gu, sesiapa boleh tahu lelaki ni. Beliau merupakan jutawan terkemuka yang terkenal dengan perniagaan perlombongan, pembinaan, import eksport dan pengangkutan. Bagi aje la pada lelaki kaya ni semua boleh buat niaga!

Apabila mendengarnya, Angelo seakan-akan buat muka tidak bersalah. Dia dengan bersahaja mengerat makanan dalam pinggannya. "Tak payah.."

Masih dalam keadaan tenang yang dikawal, Artemis membalas. "Kenapa?"

"Sebab aku yang jual tanah Taman Delaney tu pada dia..."

Seperti di rentap tangkai jantungnya, darahnya berdesup naik ke otak hingga sakit urat sarafnya. Dasar lelaki keparat! Artemis memejam mata untuk hilangkan rasa sakit yang amat sangat di kepala waktu itu serta merta.

"Kenapa kau jual?"terus hilang formality dia.

"Sebab aku perlukan sokongan dia untuk melobi duit haram dalam kasino baru dia. Untuk itu aku berikan tanah di rumah setinggan Taman Delaney pada dia..."jelas Angelo bernada mendatar tidak berminat.

Air muka Artemis berubah. Pucat tidak berdarah. Dia buat muka WTF yang jelas kerana begitu tergamam!

"Apa kau cakap?Kau bagi tanah milik mendiang ibu aku pada lelaki tu tanpa kebenaran aku?"soal Artemis kerana begitu berang.

Masa itulah kepala Angelo berpaling. Dia jeling ke Artemis penuh aura membunuh. Dia menguatkan cengkaman pada pisau makanan yang digenggamnya." Artemis.... kalau aku jadi kau, aku akan jaga tutur kata aku...."katanya sebelum beri senyuman mesra sinis.

Matanya mula berbahang mahu menangis" Kenapa kau buat macam tu...kan itu tanah yang ibu tinggalkan kepada aku sebelum dia meninggal dunia.....hak aku. Kau tak boleh serahkannya kepada orang lain macam tu aje!"

"Dan aku adalah orang yang bertanggungjawab menjaga kau sewaktu ibu kau mati. Takkan la tanah sekangkang kera pun nak berkira?!"

Sekangkang kera?Tanah sekangkang kera tu la yang banyak maksudnya!Dan sepupu dia apa?Jualkannya semata untuk sebuah kasino?

"Ta-"

"Tak ada tapi-tapi lagi!"pintas Angelo. "Baik kau pergi settle kan urus beli dengan dealer pembekal bahan api milik Orena sana. Dengar kata dealer tu nak bagi lagi bekalan kepada kita..."

Seperti bom detik hendak meletup, Artemis genggam erat jari jemarinya sebelum bersuara lagi.

"Urus niaga bekalan apa yang kau maksudkan ni? Aku tak ingat pun kita ada buat apa-apa deal?"

Angelo tersengih. .Dia duduk sandar ke kerusi itu memandang Artemis dengan berlagak sekali. "Aku intercept urus niaga geng Izan hari tu...aku rosakkan dia punya pelan. Dan dealer yang bodoh tu percayakan aku. Alang-alang dapat barang free kan..."

Kening Artemis mencerlung tajam. Bosan la dia lama-lama macam ni. Asal la suka sangat buat perangai macam budak sekolah berebutkan makanan dekat kantin.

Benda boleh settle dengan mudah kut, masih jugak hendak mencari masalah.

Haih.

Haih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now