CHAPTER TIGA PULUH SEMBILAN

551 83 23
                                    

Izan menolak dirinya dari bersandar pada kereta lalu jalan perlahan mendekati gadis yang cantik mengenakan dress seperti princess warna kelabu asap dan bertumit tinggi hitam di depan laluan pejalan masuk rumah dua tingkat di jalan itu. Di mata Izan, walaupun wajah itu kelihatan terkejut, dia tetap Nampak gadis itu cantik dan mengamit hati lelakinya. Setibanya di depan Artemis, Izan tunduk mengutip telefon yang jatuh tadi lalu di suakan ke depan muka tu.

"Baru sekarang nak check phone tu?"soal Izan tanpa mengalihkan matanya dari mata Artemis.

Mata Artemis berkedip satu kali sebelum dia turun memandang telefon yang disua Izan. Dalam keadaan teragak-agak dia pegang hujung telefon. Sedaya upaya nak elakkan dari bersentuhan dengan tangan lelaki tu.

"Macam mana-"soal dia terhenti sesaat kemudian. "Ke-kenapa awak dekat sini?"dia nak tanya macam mana boleh tahu keberadaannya, tapi lepas sedar yang Izan Mungkin hantar orang untuk intip dia, terus dia tanya soalan lain.

"Cari kau la...siapa lagi."beritahu Izan.

Mata Artemis lirik kanan dan kiri jalan itu lalu ke kereta hitam mahal di belakang Izan. Lelaki depannya ini datang sendirian?Semata mencari dia?Untuk apa? "Untuk apa cari saya?"

Izan diam untuk sesaat semasa matanya tidak berhenti dari menilik wajah Artemis. Kalau tatapan dia untuk boleh makan, sudah lama Artemis di telan hidup-hidup dengan tatapannya itu.

"Siapa sangkakan...muka cantik dan polos macam kau ni licik jugak jadi orangnya. Aku ingatkan aku dapat hentikan rancangan kau dari mendekati Han Tae Gu... rupa-rupanya kau tiga langkah ke depan dari aku"selorohnya saat menyeluk tangan ke dalam poket seluar.

Artemis Mendengar kata-kata itu. Dia dalam diam menahan nafas untuk tidak menghirup bau wangian mahal dari badan yang begitu hampir dengannya.

"What a suprises. Dareen call aku, beritahu, kau telah kambing hitamkan Verena Osborn, ketua kumpulan samseng Daerah Selatan tu membunuh Han Tae Gu dan berani mata dedahkan lejar urus niaga Angelo pada pihak berkuasa..."tambah Izan lagi semasa rapat satu langkah ke Artemis.

Kepala Artemis pun serta merta terdongak sedikit kerana jarak lelaki itu. Dia balas tatapan itu tanpa rasa gentar tetapi gemuruhnya. "Saya tak tahu apa yang awak cuba katakan.."nafinya walaupun tahu tiada gunanya.

Terus Izan menarik senyuman sinis handsomenya. Semakin tertarik dia pada Artemis. Tidak kira la sedalam mana dia siasat mengenai Artemis, perhatikan tindak tanduk Artemis mahupun perhatikan Artemis, gadis ini sentiasa buatkan dia terkejut. "Tak baik menipu. Kalau banyak menipu nanti mencuri.."katanya dengan nada menggoda.

Mata Artemis naik turun memandang mata dan bibir Izan tanpa sedar bila lelaki itu kedengaran agak menggugat hati kecilnya. Tingkah Izan meyakinkan lagi tekaan dia selama ini. Secara refleks, dia pun gerak mahu undur ke belakang menjauhkan diri. "Saya tak peduli apa awak nak...pergi balik sana. Jangan ganggu saya lagi."beritahu dia mahu bergerak ke tepi.

Hal itu buatkan Izan dengan pantas melingkarkan tangannya ke sekeliling pinggang Artemis dan menyentuh luka di pinggang itu pada masa yang sama.

Dengan kuat Artemis menahan nafas terkejut gara-gara kesakitan akibat tangan kekar itu yang kuat memegang kesan lukanya. Dia pun tidak sengaja mengaduh kesakitan sambil mencengkam kuat lengan Izan.

"Auh..."

Izan ikut sama tersentak. Dia terus lepaskan pelukan itu kerana memikirkan dia telah sakiti Artemis. "Kenapa?"soalnya dengan cemas.

Artemis gigit bawah bibirnya kuat-kuat saat pejam mata. Berpinar-pinar kepala sebab sakit yang dia tahan seharian ni!Boleh pulak Izan pegang kuat! Mesti terbuka semula luka yang dia tampal dengan gam luka sahaja ni. Dia pegang jugak lengan tu sebab hampir hendak terduduk di buat rasa sakit tu.

"Kenapa Artemis?" Izan waktu itu sudah senak perut sendiri bila tengok reaksi Artemis yang benar-benar kelihatan dalam kesakitan. "Aku minta maaf.."

Masih menahan sakit, Artemis buka matanya lalu memandang Izan dengan renungan penuh mencarut dia. Dasar lelaki menjengkelkan!

"Just get the f*ck out the hell of here!"lafaznya dari balik Nafasnya saat tolak lengan yang dipegang tadi. Yakin sangat lengan tu mesti ada bekas cengkaman kuku Panjang dia!

"Jangan degil boleh tak?Aku takkan pergi. "Izan terus pegang kedua-dua lengan Artemis, tak kuat, tapi cukup untuk buatkan Artemis berhenti. "Apa yang sakit?Kenapa kau ni?"soalnya lagi dengan nada tegas.

"Bukan masalah awak la. Pergi aje dari sini. Jangan datang ke kawasan perumahan ni lagi."marah Artemis semasa cuba tarik lengannya. Kalau bukan kerana dia sakit, sudah lama lelaki ini dia campak ke lantai dengan satu balingan!

"Artemis!"tegas Izan.

Artemis pejam mata, dia tak tahan lagi terus pegang pinggang kanan dengan tangan kirinya. Bila dia pegang rasa basah terus dirasai pada tapak tangan. Hah!Kan!Dah agak punya! Alahai!Lelaki bertuah ni.

"Kenapa kalau saya jumpa awak mesti ada darah?"soal dia semasa alihkan tangan lalu lihat tapak tangan dia sudahpun terpalit dengan darah. Kepalanya ikut berpaling memandang ke Izan.

Izan pandang Artemis sekejap sebelum kerling ke tapak tangan itu. "What the f*ck?!"lafaznya dengan terkejut.

"Lucky me.."lafaz Artemis sebelum gerak hendak terduduk di situ.

Cepat-cepat Izan rangkul bawah kaki Artemis dan mencempung tubuh itu sebelum Artemis sempat rebah ke situ. "Dari mana luka ni datang??"tanya dia dengan nada tenang Sedangkan sudah berderau marah.

"Dari perempuan yang dah tidur dengan teman lelaki saya dan orang yang saya kambing hitamkan untuk kematian Han Tae Gu..."beritahu Artemis saat pandang wajah Izan yang waktu itu kelihatan seperti ada tiga kepala di depannya. "That's bitch deserve it tho..."dengusnya dengan sisa ketawa sebelum tersandar pada bahu Izan. Dia sepatutnya jauhkan diri dari Izan!Tapi lelaki ini ibarat racun dalam darah. Tidak diperlukan tetapi selalu ada!

"Sejak bila kau macam ni?"tanya Izan lagi semasa berpusing ke arah kereta dengan langkah lekas.

"Dari pagi tadi..."bisik Artemis dengan mata terpejam kerana mahu menangis gara-gara sakit itu. Tapi tidak. Dia kawal dirinya dan cuba gagahkan diri untuk tidak kelihatan lemah di situ.

Izan berdengus kasar kerana berasa tidak percaya. "Apa la aku nak buat dengan kau ni.."keluhnya saat buka pintu kereta sebelah seat pemandu dengan susah payah.

Dah bosan belum tu?🤣

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dah bosan belum tu?🤣

Fuyoo...caya la kau orang yang sanggup tunggu dan baca cerita ni even lambat update.

Sorry ya kalau ada salah grammar. Kalau tak faham..fahamkan aje😂😂. Tinta kalau dah menaip tak pandang2 dah... langgar je terus

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now