CHAPTER TUJUH PULUH LAPAN

465 65 0
                                    

Izan dah panas punggung.

Sekejap-sekejap dia sentuh itu dan ini pada skrin telefon yang baru sahaja dia hidupkan lepas kehabisan bateri. jenuh la jugak nak mencari power bank! Dah la dia dekat luar, tengah hutan lagi tu tadi. Boleh pulak Artemis cari dia!

memang terputus la panggilan jawabnya.

Telefonnya pun satu, masa itu jugak la nak kehabisan bateri!

Bila dia call orang suruhannya iaitu Bob, lelaki tu beritahu Artemis terperuk di dalam bilik tidak keluar-keluar. Bila di panggil langsung tidak menyahut.

Risau punya pasal dia call Luciana. Nak tanya sama ada pasukan perubatan telah sampai belum untuk menjaga Artemis?Luciana beritahu yang Artemis reject pasukan perubatan yang dia hantar. Kemudian Izan tanya lagi sama ada Artemis telah makan atau belum? Luciana beritahu Artemis tampar Luciana semasa Luciana ajak Artemis untuk sarapan.

Berderau darah bila Izan dengar berita yang di sampaikan oleh Luciana. Dah kenapa Artemis buat macam tu? Bukan ke dia dah slow talk dengan Artemis soal dia mahu menjaga Artemis?Masih jugak berdegil hendak melawan kata dia ke?

Pening.

Itu yang Izan rasakan sepanjang perjalanannya.

Hampir sejam kemudian, akhirnya pemanduan itu berakhir di laman Utama rumah agam. Belum sempat kereta nak di parkir, pintu kereta seat belakang telah terbuka dan Izan melompat turun dari kenderaan itu sebelum berlari mendaki tangga menuju pintu masuk.

Beberapa orang pengawal yang Nampak niat nak menyapa pun tidak sempat kerana Izan begitu cepat berlari melintasi mereka di situ. Sampaikan ada yang pandang cemas melihatnya. Tidak lama kemudian, Mael dan Dareen ikut muncul dari belakang. Dua orang itu sama-sama berlari mengejar langkah Izan.

           "Tuan...kenapa ni?"soal mereka yang ikut turut mengejar Izan. Mana tahu bos mereka perlukan bantuan.

Tiga anak tangga Izan langkau begitu sahaja saat mahu naik ke tingkat tiga mansion itu. Sampai di puncak tangga dia membelok ke kanan sebelum menyusuri koridor beberapa meter dari situ. Bila kelibat Bob dan Marco kelihatan di hadapan sebuah bilik. Izan terus menempik.

            "What the f*ck is going on?"mencerun tajam kening Izan waktu itu. "kenapa kau orang masih berdiri dekat situ!"

Dua orang lelaki buffy yang mengawal pintu di situ pandang Izan dengan bingung. Mana mereka tidak bingung kalau Izan dengan muka ketat kemudian maki macam mereka buat salah di situ.

             "Ada apa ni Tuan Izan?"tanya Bob.

             Izan tidak menjawab. Dia pegang tombol pintu. Cuba di buka namun tidak berganjak. Dia goncang kuat dan gegarkan pintu itu namun ianya tiada guna. "Artemis bukak pintu ni sekarang!"arahnya sambil tu.

Tidak menyahut.

             "Artemis Delaney!Buka pintu ni sebelum aku pecahkan!"ngaum Izan dengan berang.

Membulat mata Bob dan Marco. Mereka saling berpandangan. Cuba nak tahu apa yang sedang berlaku waktu itu.

            "Biar aku!"Dareen muncul dari sisi tiba-tiba. Dia tolak Izan ke tepi sebelum bergerak mengacu pistol pada tombol pintu itu.

BANG!

BANG!

BANG!

Bersepai pintu kayu tu dibuat peluru yang dilepaskan oleh pistol Dareen. Bila tombol pintu telah rosak dan pintu itu boleh di buka, Izan, Dareen, Mael dan beberapa lagi bodyguard yang ikut sama dengan mereka merempuh masuk ke dalam bilik tersebut.

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now