CHAPTER LIMA PULUH LAPAN

502 76 0
                                    

Disebabkan hari itu Lila terpaksa kerja lebih masa dan Artemis tidak mempunyai syif, dia diminta untuk tengok-tengokkan Lily pada hari ahad itu. Awalnya Artemis hendak menolak permintaan Lila, tetapi disebabkan Lila sendiri perlukan duit dan bekerja, Artemis turutkan sahaja. Yalah, dari dia duduk menepek dekat rumah tak buat apa-apa selain lapiskan perut, baik dia keluar ambil angin bersama Lily.

Usai makan tengah hari, Artemis bawa Lily melawat taman permainan dan taman bunga untuk meluangkan masa bersama kanak-kanak kecil itu.

Sambil menggentel pendant rantainya, Artemis berdiri di tepi tempat permainan gelongsor dan monkey bar dimana Lily sedang berada. Selain Lily ada juga kanak-kanak lain yang bermain di sekitar. Kebetulan waktu itu memang waktu riadah. Meriah la dibuatnya dengan suara kanak-kanak bermain disitu.

Ada juga yang bermain dengan pistol belon berhampiran dengan kawasan tersebut. Buatkan Udara di situ di penuhi dengan bebuih belon jernih terapung menghiasi suasana. Diselangi dengan suara kanak-kanak yang sedang bermain kejar-kejaran mengelilingi kawasan gelongsor.

            "Aunt!"suara Lily memanggil kedengaran.

             Cepat-cepat Artemis mengerling ke atas gelongsor dimana Lily sedang berdiri. "Ya?"

            "Sini la..naik sama.."ajak Lily dengan innocent sekali.

             Terbit senyuman di bibir Artemis bila melihat wajah comel Lily sudah kemerahan kerana terlalu banyak bermain. "Kamu main la situ...aunt tengok dekat sini.."beritahunya.

Lily pun duduk di atas gelongsor lalu mula meluncur turun ke bawah sebelum dua orang lagi kanak-kanak ikut di belakang.

Saat Artemis perhatikan Lily, telefonnya berdering dalam poket kardigen yang dipakai. Tanpa mengalihkan pandangannya dari Lil, tangannya mencapai telefon keluar dari poket. Skrin telefon di tala ke depan muka untuk lihat siapa yang menghubungi dia waktu itu.

Sekali tu nama 'Unknown Number' tertera di skrin. Terus dia rasa tidak sedap hati. Nalurinya berkata ada sesuatu tidak baik bakal terjadi.

              Berkerut kening tidak pasti hendak menjawab panggilan itu ataupun tidak, Artemis pandang semula ke Lily. "Lily...jom kita balik.."ajak Artemis sambil hulur tangan supaya di sambut.

              Lily yang baru sahaja hendak memanjat jaring di situ terhenti. Dia palingkan kepala. "Sekarang?"soalnya.

              "Ya...jom.."gesa Artemis sebelum seluk telefon semula ke dalam poket.

             "Alah...baru nak main..."sungut Lily semasa berpatah arah mendekati Artemis. Bibirnya ditarik muncung tak puas hati. Tangan Artemis dia capai mahu tak mahu.

Terus Artemis jalan ke bangku tempat beg Lily berada. Dia capai beg itu. Sekali, toleh sahaja Artemis ke arah kanan, kaki dia terus berhenti mendadak kerana terkejut. Tangan Lily di genggam kemas.

Dua meter dari tempat Artemis berdiri, berdirinya Mael. Lelaki itu dengan senyuman berlagak di bibir beri lambaian kecil ke Lily saat mendekat.

Cepat-cepat Artemis bawa Lily ke belakang berasa awas dengan kehadiran lelaki tersebut.

           "Selamat siang Artemis.."senyum Mael setelah berdiri dua langkah di hadapan Artemis. Dia lirik ke Lily yang sedang mengintai dirinya dari balik kaki Artermis.

           Lalu Artemis mengerling ke sekitar taman permainan itu. Ingin pastikan Mael datang sendirian tanpa pengiring. "Apa yang kau buat dekat sini?"tanya dia saat kembali memandang Mael.

           Terus Mael memberi isyarat menggunakan kepalanya. "Jom...kita minum kopi dulu..Lily mesti dahagakan sebab banyak main tadi?"dia kemudiannya tunduk ke bawah hendak memandang anak kecil itu.

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now