↭CHAPTER SATU↭

1.3K 105 42
                                    

BANG!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BANG!

Bunyi tembakan yang memekakkan telinga menghuni bilik yang awalnya tadi indah dengan hiasan mahal namun kini sudah berkecah setekah berlaku kekecohan. Peluru melayah ke merata arah. Mengenai apa sahaja yang ada di laluannya.

Pasu kaca percaha berderai di lantai.

Dinding berlubang dimakan peluru.

Sofa bercarik-carik hingga mengeluarkan isinya.

Mayat bergelimpangan di lantai, tergantung di kaunter bar, terlungkup di atas anak tangga.

Darah merah membanjiri kawasan rahsia kelab malam tersebut.

Beberapa orang lelaki bersut dan bersenjata yang tersisa dalam pertarungan itu sedang menyorok mencari perlindungan di balik tiang dan kaunter berdekatan. Ada juga yang melepaskan tembakan bertubi-tubi tanpa henti ke arah lawan masing-masing.

Pada masa yang sama, ketika kekecohan itu berlaku, seseorang berjalan ke arah pintu bilik tersebut. Oleh kerana bilik itu kedap bunyi dan tidak dapat mendengar apa-apa melalui luar pintu, orang tersebut yang langsung tidak menyedari apa yang sedang terjadi dalam bilik tersebut tidak berfikir dua kali untuk membuka pintu.

Sambil menatang dulang berisi minuman dan item klien yang diarahkan supaya dia bawa, orang itu menarik pintu tersebut keluar dengan sebelah tangan. Sesaat selepas dia jejak kaki dalam ruangan tersebut, baru la dia mendengar bunyi tembakan.

SPLAT!

Tidak semena percikan darah mengenai tepat ke muka dan sepanjang pakaiannya. Lalu sekujur tubuh jatuh meniarap di depan kaki yang mengenakan heel hitam itu.

Disebabkan kejadian itu berlaku dalam sekelip mata dan tiba-tiba, orang itu berdiri kaku dengan mulut terbuka sedikit kerana begitu tergamam dibuat percikan darah yang mengenai mata dan mulutnya. Perlahan-lahan dia menundukkan mata ke bawah. Memandang darah yang keluar dengan deras dari kepala lelaki yang meniarap di depan kakinya. Darah itu dengan sekejap sudahpun berada di bawah kasutnya.

BANG!

Bunyi tembakan kedengaran lagi.

Buatkan orang itu melompat terkejut lantas laju memandang ke depannya. Mata dia terbutang luas menyaksikan situasi ketika itu.

WHAT!

THE!

HELL!

"You're late...Artemis."sapa suara serius yang mendatar dari tepi tidak lama kemudian.

Dalam keadaan terketar-ketar dan kejungnya, Artemis pandang tidak percaya ke lelaki lampai berkemeja putih yang sedang jalan mendekatinya dengan tangan berdarah memegang pistol.

Seriously??

Hawau punya perangai. Mujur la dia tiada masalah jantung. Kalau tidak mahunya kena heart attack dekat situ jugak sebab terperanjat. "Apa yang dah terjadi?"tanya Artemis.

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now