CHAPTER SEMBILAN PULUH TUJUH

458 72 5
                                    

Susah payah Mael menelan air liurnya. Dia pandang sekejap ke muka Izan sebelum tunduk memandang neck tie abangnya. Sumpah dia takut pada Izan versi baru ni. Dia lebih prefer kalau abangnya hilang ingatan. Kalau abang dia hilang ingatan lelaki depannya ini lebih berperikemanusiaan. Tak yang macam sekarang ni!Sadis sangat!

            "Maaf Izan. Aku cuma nak bertanya khabar pada Artemis aje..."ucap Mael.

             Kepala Izan terlentok sedikit saat lidahnya bergerak merentasi dalam mulutnya. "Tanya khabar?Atau nak beritahu dia hal sebenar?"tuduh dia.

Mael cuba membuka mulut, sekali tu Izan naik tangan. Lelaki itu terus mencekik leher Mael dengan sebelah tangan. Membuatkan mulut Mael terkatup erat.

Secara instinct Dareen gerak hendak mendapatkan Izan dan Mael. Namun di saat kaki dia baru sahaja melangkah tiga ke hadapan, kepala Izan berpaling ke arahnya. Renungan maut terarah padanya dengan dingin. Terus mati langkah Dareen waktu itu.

Sambil mencekik leher Mael, Izan berkata dengan nada penuh amaran.

            "Kau memang jenis tak faham bahasa ke?Kan aku beritahu jangan suruh Mael buat kerja kau?"tanya Izan kepada Dareen waktu itu.

            Dareen mengangguk kepala mengalah. "Ya.salah aku suruh Mael bercakap Artemis. Izan lepaskan Mael dulu."pintunya dengan kening berkerut susah hati.

Masih mencekik Mael, Izan pandang Dareen bersama sengih mengejek.

              "...ingat sikit. Semua ni bermula dari kesilapan kau dengan membiarkan Artemis pergi meninggalkan aku!Kalau kau tak berkata kasar pada Artemis tempoh hari...dia masih bersama dengan aku!"

               "Semua tu untuk keselamatan Artemis.."jelas Dareen.

              "Bukan hak kau buat keputusan untuk aku!Bukan hak kau untuk buatkan Artemis pergi tinggalkan aku!"deram Izan dari balik ketapan gigi. "Dan sekarang...kau orang berdua duduk diam. Jadi Budak yang baik. Jangan sampai sesiapa tahu aku dah ingat semula semuanya."barulah Izan lepaskan Mael.

Bebas sahaja dia dari cengkaman maut Izan itu, Mael terbatuk-batuk hendak mencari oksigen. Lehernya yang sakit di urut perlahan.

             "Tapi kenapa?Kan lebih baik kalau Artemis tahu kau dah ingat semula...dan kenyataan yang kau belum berkahwin lagi..."soalnya sambil tu.

             "Betul tu..."setuju Dareen. "Kalau Artemis tahu...semuanya akan mudah."

Izan menyeluk tangan ke dalam poket saat berdiri menghadap Mael dan Dareen. Renungan penuh amarah terpancar dari balik cermin mata rabun jauh yang dipakainya itu. Dia dapat masalah penglihatan ni pun side efek dari kecederaannya. Disebabkan tak pandai mengenakan contact lens, cermin mata la penyelesaiannya.

             "Aku nak tengok...sejauh mana Artemis sanggup dapatkan aku semula. Aku bagi dia peluang selama seminggu ni. Kalau dia masih tak nak terima aku. Aku akan lepaskan dia. Dan berhenti sukakan dia." Selama ini Izan yang mengejar Artemis. Cuba dapatkan perhatian dan curahkan kasih pada Artemis. Kali ini...Izan mahu lihat sama ada Artemis benar-benar mahukan dia kembali atau tidak.

Jika Artemis masih juga ego dan enggan mengakui perasaan cinta terhadap Izan, Izan akan undurkan diri dan berputus asa untuk terus mengejar Artemis.

Mael dan Dareen yang dengar pandang wajah Izan saat itu. Nampak sangat yang Izan sudah nekad dengan niatnya itu.

            "Macam mana kalau Angelo tak izinkan kau orang berdua bersama?"tanya Dareen tiba-tiba.

Hal itu membuatkan renungan mencerun Izan semakin berkerut. Lelaki itu jalan perlahan-lahan mendekati Dareen sebelum berhenti di depannya. Untuk beberapa saat dia tenung tepat ke mata Dareen.

Dareen waktu itu memang menahan nafas takut. Serius dia tak main-main. Abang sulung dia sejak sembuh dari sakit memang lain macam auranya. Rasa macam orang asing pun ada!

Hujung bibir Izan terjungkit sinis saat dia melentokkan kepalanya sedikit ke sisi.

           "Kalau Artemis mahu bersama dengan aku, Angelo tiada hak untuk menghalang. Sekalipun dia halang, aku musnahkan dia."senyuman sinis hilang dari bibir Izan. Berganti dengan tatapan serius."Bukan sahaja Angelo tapi sesiapa aje yang cuba jauhkan Artemis dari aku akan. dihapuskan. Lain la cerita kalau Artemis yang tak nak bersama dengan aku, aku tak boleh nak buat apa-apa..."beritahu Izan.

Mael di belakang waktu itu hanya mendiamkan diri sambil gosok kesan sakit kerana dicekik tadi. Nada suara abang dia itu dah buat dia meremang. Inikan lagi kalau Izan betul-betul akan buat.

              "Tapi Izan-"Dareen mahu menambah lagi.

            "Cukup. Kau orang settle kan urusan bisnes yang lain. Jangan cuba nak macam-macam. Kalau aku dapat tahu kau orang cuba sampaikan apa-apa pada Artemis...adik beradik ke bukan...dua-dua aku aku sunatkan!"pesan Izan sebelum berjalan keluar dari bilik bacaan itu.

Langkah majestik itu di perhatikan Dareen dan Mael dengan gentar. Mereka sendiri tak sedar yang waktu itu seluruh badan sedang menggeletar takut.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now