CHAPTER TIGA PULUH LIMA

526 81 1
                                    

Kekasih dia!

Kekasih yang di cintainya!

Rupert!

Telah terbunuh!

Semuanya kerana betina tak guna tu!

Sepatutnya dianyang bunuh perempuan s*alan tu dengan tangan dia sendiri tanpa melibatkan Rupert!

Sekarang dia tak nak buang masa lagi.

Verena jalan laju melintasi koridor yang sibuk itu dengan pistol di dalam genggaman. Wajahnya berkerut penuh kemarahan. Selepas dia dapat berita mengenai kemunculan Artemis di pangkalan mereka, dia yang masih meratapi pemergian Rupert dikubur terus ke situ tanpa berlengah sedetik pun. 

Kalau bukan kerana mengenangkan rasa sedihnya, dia dah lama buat perhitungan dengan Artemis.

Dan hari itu adalah sekarang!

 
Semua orang yang ada berdekatan nampak Verena. Mereka semua perasan akan riak marah dan pistol yang ada di tangannya saat dia melintas depan mereka di situ.

          “Hei…Verena. Ada apa ni?”

           "Kau nak ke mana dengan pistol dekat tangan tu Verena?"

Teguran itu tidak dihiraukan oleh Verena. Dia terus berjalan laju menuju ke arah pintu besar yang menghala ruang berkumpul para samseng di situ.

Masuk sahaja di situ, mata dia serta merta dapat melihat ke arah targetnya. Bos dia juga ada bersama.

Elok la sangat!

Biar Angelo dapat saksikan kematian pekerja kesayangan lelaki itu di depan mata nanti secara langsung.

           “ARTEMIS!”tempik Verena dengan lantang saat mengacukan pistol itu ke arah Artemis tidak teragak-agak.

Hal itu buatkan semua orang di situ terkejut. Termasuk la Angelo sendiri. Mereka memalingkan kepala ke kanan dengan serentak. Dan saat mereka pandang semua orang di situ membutangkan mata terkejut. Kecuali Artemis. Waktu itu mereka semua kejung kerana tidak menjangka tindakan Verena.

Saat Artemis memalingkan kepala waktu itulah Verena melepaskan tembakan ke arahnya.

BANG!

Berdesup laju peluru menuju ke arah Artemis, disebabkan Angelo yang berada dekat dengan Artemis, lelaki itu sempat menolak badan Artemis ke tepi dengan kuat menyebabkan tubuh itu tercampak ke lantai sesaat kemudian.

         “Verena!”panggil Angelo saat pandang ke arah wanita tersebut dengan muka berang. "Hentikannya!"

Tidak menghiraukan panggilan itu, Verena terus melangkah dan melepaskan tembakan ke arah Artemis. Matanya kemerahan gara-gara menangis dan tidak tidur dengan lena mencerun tajam tidak berkedip setiap kali tembakan dilepaskan.

Peluru-peluru itu tepat mengenai ke arah Artemis. .Tetapi kelincahan Artemis berguling dan mengelak dari mengenai tembakan itu hanya meninggalkan bekas pada permukaan lantai berjubin mahal di situ.

             “Kau puncq Rupert mati!Dasar perempuan s*al!Sepatutnya kau yang mati bukan dia!”marah Verena.

Artemis berguling ke balik tembok batu dan bersandar padanya saat bertubi-tubi tembakan terarah padanya. Tepi pipinya telah bercalar kerana terkena peluru tadi. Darah mengalir turun dari kesan goresan itu.

           "AKU PATUT BUNUH KAU DARI AWAL MASA ADA PELUANG!KALAU BUKAN SEBAB RUPERT YANG HALANG, KAU DAH MATI BETINA TAK GUNA!"

Sambil mendengar tempikan diselangi tembakan yang dilepaskan. Artemis di balik tembok tiang diam tidak membalas. Walaupun dia tahu bukan salah dia dan dia patut pertahankan dirinya dari terus menerus di salahkan, Artemis pilih untuk mendiam. Sehab bagi dia bercakap dengan orang yang tak reti bahasa seperti Verena ni hanya buang masa.

Semua orang yang ada di sekitar tempat itu bingung tidak tahu hendak buat apa. Mereka semua berdiri memerhatikan Verena yang begitu berang dan sedang marah itu.

             “Hentikannya sekarang Verena!”arah Angelo.
Berasa lucu dengan tempikan itu, Verena terus menerus melepaskan tembakan hingga berkecai batu tembok tempat Artemis berdiri ketika itu.

Bertebaran batu dan debu dari kehancuran yang dibuat Verena.

Angelo menjulingkan mata jengkel dengan bunyi bising tembakan itu. Dia gerakkan kepala ke dua orang pengawal yang sedang berdiri di sebelahnya. Memberi isyarat kepada mereka supaya dapatkan Verena serta merta.

Artemis di dinding  diam memandang ke depan. Membiarkan debu dan serpihan yang Meletus di sekeliling mengotorkan pakaian dan rambut. Dia boleh aje tembak dan bunuh Verena dekat situ jugak. Tapi tak boleh sebab tak nak tunjuk sangat dia ni kuat depan Angelo. Dia kena berlakon lemah sebaik mungkin!

Dan saat ini, Artemis merasakan, kalau bunyi jantung dia boleh di dengar orang, mesti semua orang boleh tahu betapa lajunya detak jantung dia waktu itu.

Apabila dua orang itu berjaya menangkap Verena, mereka rampas pistol tadi dari tangan wanita itu sebelum di kekang.

         “Lepaskan aku!Biar aku bunuh perempuan tak guna tu!”teriak Verena sambil meronta.

            "Sudah la tu Verena.."

Taktala keadaan mulai reda dan tiada lagi bunyi tembakan, waktu itu jugala seseorang berlari ke arah Angelo dengan tergesa-gesa seperti dikejar hantu.

             “Tuan…tuan Angelo....”panggil lelaki botak bertatu di tepi telinga kiri saat berlari.

Verena yang masih bergelut hendak lepaskan diri tersentak terus. Dia ikut pandang akan lelaki botak yang jalan melintasinya.

            Apahal lagi ni!Serabut betul la pagi-pagi macam ni!“Ada apa?1”soal Angelo dengan muka tak sukanya.

            “Ada masalah…”beritahu lelaki itu. “Pangkalan kita di cerobohi. Lapan buah kenderaan pancuan empat roda bersenjata berada di depan bangunan utama. Pihak berkuasa dah datang memecah masuk bangunan ni. Kami tak dapat nak halang sebab mereka terlalu ramai.”

             Terbeliak mata Angelo selepas itu. “Kenapa  pulak dia orang ke sini?”

             “Tuan tak tengok berita ke?Han Tae Gu telah dibunuh. Lejar urusan kita dengan dia telah terdedah…mereka dapat bukti tuan adalah dalang urusan penggelapan wang sdan melobi duit secara haram.”

              “APA!”terbeliak mata dibuatnya.

Disaat Angelo masih terkejut dengan berita itu, lif  di tingkat tersebut itupun terbuka. Lapan orang pegawai polis lengkap dengan gear keselamatan di badan berarak keluar dari situ. Mereka jalan merentasi koridor yang sama lalu bertembung dengan Angelo, Verena dan beberapa orang pengikut geng Belaruz di situ.

Artemis yang masih menyorok di belakang tembok itu hanya kekal di situ. Dia bersandar tenang seakan tiada apa-apa terjadi. Diam memasang telinga akan semua kejadian yang sedang terjadi dalam tempat itu. Hujung bibirnya terjungkit sinis.

Itu dia....pelan seterusnya.

Show time everyone!

Show time everyone!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now