↭CHAPTER ENAM↭

790 83 6
                                    

Cepat-cepat dia bangun. Menepuk belakang seluarnya setelah itu hendak membuang debu yang terpalit.

"Sorry...saya tak sengaja."ucap Artemis semasa memandang lelaki lampai di depannya dengan nafas tertahan.

"Dekat mana klinik terdekat?"

Soalan itu buatkan Artemis terkedu seketika. Dia tilik lelaki yang wajahnya tidak berapa jelas kerana keadaan malam dan gelap di jalan itu. Keningnya berkerut kerana tidak faham. Ingatkan tadi nak maki ke marahkan dia.

Sekali tu tanya klinik?

"Huh?Klinik?"matanya secara automatik melirik ke susuk badan lelaki di depannya. Cedera ke lelaki ni?

"Ya..."

Seperti baru pertama kali ada di situ, Artemis dengan bingung pandang kanan dan kirinya mencari klinik.

Macam mana eh nak cakap?

"Umm...well...sebenarnya kan saya sendiri tak tahu sangat jalan dekat sini,.." jawabnya. Orang buta peta dan jalan macam dia ni kalau boleh janganlah di tanya. Buat sakit hati je.

"Kau serius?"

Memangnya dia sedang berjenaka ke dekat sini? "Ya lah..." Untuk seketika Artemis pandang ke kirinya, teringat restoran yang baru dia keluar dari situ.

Tiba-tiba lelaki itu tunduk meraba pinggang kiri sambil berdesis menahan sakit. Artemis dengar tapi hanya bisikan halus lelaki itu menyampah seranah.

"Sh*t!"lelaki itu alihkan tangan. Menampakkan darah yang pekat di tapak tangannya.

"Kalau nak tempat bersembunyi...saya boleh berikan..tapi kalau nak rawat luka tu...saya tak pandai."beritahu Artemis yang membuatkan lelaki itu menyentak kepala memandangnya.

Mereka saling bertentang mata tanpa berkata-kata. Lelaki itu seakan cuba membaca Artemis dari atas ke bawah seolah dia boleh scan akan gadis itu orang baik atau orang jahat.

"Kau kenal siapa aku?"tanya lelaki itu terlebih dahulu.

Artemis buat muka seperti orang tidak faham. Elok dia rasa takut terus kepada jengkel dan rimas. "Perlu ke saya tahu siapa awak?"tanya dia hampir hendak menjawab seperti mana dia menjawab cara gangsternya.

Lelaki itu bernafas kencang sebelum gerakkan kepala menyuruh Artemis bergerak. "Dekat mana?"

"Sini..."tunjuk Artemis ke kirinya saat memandang pinggang kiri lelaki misteri itu. "Serius ke?Boleh bawak mati?"

Lelaki lampai itu palingkan kepala memandang Artemis. "Kau ni memang jenis tak takut apa?Dah la jalan seorang diri kemudian sibuk bertanya dengan lelaki asing yang berdarah macam aku ni?"

"Tak adalah...kalau awak duduk dalam restoran saya tu kemudian mati...susah la saya nanti.."

"Perempuan pelik!Baik kau diam!Jalan je cepat."

"Alah tanya je pun nak marah..."

Kawasan sekitar pangkalan mafia Belaruz sibuk dengan orang bersuit dan berpakaian serba hitam. Mereka ke hulu dan hilir berjalan menuju ke suatu tempat. Di tepi sebuah pokok renek yang menjadi hiasan pemandangan laman, berdirinya sekumpulan lelaki merokok. Tidak jauh dari kawasan anak tangga yang banyak-banyak di situ, tiga orang wanita berskirt pendek hitam dan mengenakan jaket lengan Panjang berbual sesama mereka sambil membersihkan senjata sendiri.

Sekiranya masuk melalui pintu besar yang ada di laluan masuk laman, sebuah ruangan lobi yang luas menyapa pemandangan. Berhadapan dengan pintu masuk terdapatnya sebuah kaunter yang dijaga oleh tiga orang lelaki bersuit dan mengenakan alat komunikasi di telinga kiri mereka.

Tempat itu seakan bangunan pejabat biasa yang terdiri daripada 20 tingkat. Mempunyai high-tech equipment dan sistem sekuriti yang canggih serta ketat. Segala operasi dan pekerjaan di jalankan dalam tempat itu.

Ding!

Pintu lif terbuka.

Kaki berheel hitam itu melangkah terus ke pejabat yang menempatkan pulihan work station cubicles. Sesekali dia membetulkan rambutnya yang di set bergulung separa bahu. Sapaan dan teguran yang diberi beberapa kakitangan di situ disambut dengan senyuman dibibir. Hari ini memang dia terlebih hormone sebab semalam dapat call dari bos mengenai kesnya menumbuk Verena hingga patah gigi perempuan tu.

Indahnya dunia!

Sarcasm di situ!

Lepas ni makin ramai la yang bakal cuma menyusahkan dan menyulitkan lagi kehidupan dia.

Yalah...seluruh Organisasi Belaruz tahu Artemis rapat dan mesra dengan Angelo. Ketua mafia mereka. Semua orang fikir, Artemis ini hanyalah seorang perempuan murahan yang sanggup lakukan apa saja untuk mendapat perhatian dan menjadi favorite lelaki itu. Masakah tidak, apa-apa saja mesti Angelo akan cari Artemis.

Artemis buatkan itu.

Artemis carikan ini.

Artemis jumpa orang tu.

Artemis handle urus niaga ni.

Artemis...Artemis...Artemis...

Ramai-ramai anak buah yang lebih berpengalaman dan orang lama di situ, pasti Angelo akan mencari Artemis. Melebihkan Artemis. Kalau boleh mulut lelaki itu tidak lekang dari menyebut nama Artemis. Hal tersebut telah menyebabkan ramai ahli Organisasi lain tidak berpuas hati..

Bukan Verena seorang sahaja yang ada dalam senarai 'ORANG YANG PALING TIDAK DISUKAI ARTEMIS' lebih 100 orang yang mahukan Artemis mati dan dihapuskan. Tapi tak pernah ada peluang!

But little did they know, tiada sesiapa dalam Organisasi Belaruz tahu mengenai hubungan darah Artemis bersama Angelo. Infact tiada siapa tahu mengenai latar belakang keluarga Angelo. Siapa adik beradik lelaki itu, siapa ibu lelaki itu, siapa saudara mara lelaki itu dan siapa teman wanita Angelo. Tiada siapa yang tahu kerana segalanya di rahsiakan demi menjaga keselamatan.

Disebabkan tiada siapa tahu Artemis adalah sepupu rapat Angelo, mereka semua dah salah faham pada Artemis.

Artemis menjadi Artemis, dia malas nak bahas apa lagi jelaskan siapa dirinya pada semua orang. Apa dia tahu, dia buat apa Angelo nak dan balas apa yang family sepupu dia dah buat untuk besarkan dia selama ni.

Knock!

Knock!

Knock!

Tiga ketukan di berikan pada pintu itu.

Sebelum masuk, Artemis tarik nafas dalam-dalam lalu di lepaskan seiring semasa dia membuka pintu ruangan tersebut.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now