CHAPTER DUA PULUH TUJUH

555 84 8
                                    

Memandangkan perjalanan untuk ke bangunan HAN HOLDING mengambil masa sejam dari tempat penginapannya, Artemis siap awal dan pack semua barangnya terlebih dahulu lalu mengupah orang untuk membawa barangnya ke lapangan terbang serta merta sebelum menempah tiket menggunakan nama dan passport sebenar dia.

Anggun mengenakan dress labuh paras lutut warna merah bersama heel kegemarannya, rambut panjang Artemis lepaskan tidak di ikat. Dia jalan memasuki kawasan lobi syarikat mewah Korea itu dengan perasaan kagum.

Kagum kerana tempat itu dibina dengan hebat tanpa sesiapa mengetahui dari mana asal usul duit yang digunakan!

Ding!

Pintu lif terbuka. Artemis masuk ke dalam ruangan yang kosong tiada penumpang itu terus ke tingkat 30 seperti mana receptionist depan lobi tadi beritahu dia. Sementara menunggu lif itu tiba di tingkat sepatutnya, ia berhenti sekejap-sekejap menyambut penumpang yang lain. Pekerja syarikat itu sendiri.

Perbualan mereka menarik perhatikan Artemis saat itu.

          "Hei....kau dengar tak Tuan Han kita bakal di lucutkan jawatan sebagai Presiden syarikat ni??"

           "Serius?"

           "Ya..setiausaha Tuan Han tadi beritahu, ada pelabur baru yang datang menawarkan pembelian asset Tuan Han dengan harga asal...."

Artemis di belakang pekerja itu pasang telinga akan perbualan mereka.

            "Siapa?"

            "Dengarnya orang dari luar negara. Mereka masih ada dalam mesyuarat..."

DING!

Pintu lif terbuka. Pekerja-pekerja itu bergerak keluar dari situ meninggalkan Artemis di dalamnya. Dan saat pintu lif tertutup, Artemis di dalam lif itu sudah tidak tentu arah.

Like seriously?

Han Tae Gu akan dilucutkan jawatannya?

Syarikat ini akan bertukar tangan dengan orang lain?

Jadi pelan dia untuk dedahkan Angelo sedikit demi sedikit pada pihak berkuasa akan gagal la kalau begini!Dia perlukan syarikat ini sebagai bukti!

Kalau jatuh dekat tangan orang lain..susah la!

Lif itu akhirnya berhenti di tingkat 30. Bersama muka tidak puas hatinya, Artemis berjalan keluar dari situ. Dia perlu lakukan sesuatu supaya orang tu tidak menjual syarikat ini atau dia tidakkan ada peluang sama sekali!

Setibanya dia di situ, pintu pejabat terbuka, Han Tae Gu keluar dari situ terlebih dahulu. Saat orang tua itu pusing menghulur tangan mahu berjabat, masa itulah Langkah Artemis terhenti.

What!

On!

Earth!

Kedua-dua bahu Artemis jatuh hilang semangat taktala melihat apa yang sedang berlaku di hadapannya.

         "Terima kasih Tuan Izan Aramis. Kehadiran tuan ke sini satu penghormatan buat saya." ujar Han Tae Gu, lelaki 53 tahun berambut nipis namun kemas tersisir dan mempunyai jambang halus di sekitar wajah. Tidak gemuk tidak kurus. "Dan jangan risau, pertemuan kita ini adalah rahsia."

         Lelaki segak bersut biru gelap menyambut huluran tangan itu dan mengeratkan cengkamannya. "Terima kasih juga kerana sudi menyambut kehadiran saya ke sini..."

Seakan ditampar berkali-kali, Artemis yang melihat lelaki yang dia kenali sebagai Mael itu sedang berdiri menghadap Han Tae Gu.

Apa dia?

Izan Aramis!

Tak mungkin!

Semua ni tak mungkin!

Dia salah dengar kan?

           "Jangan risau. Saya sendiri senang kerana tuan sendiri yang mahu berurusan dengan orang tidak seberapa seperti saya ini. Apapun halnya nanti saya akan berikan penyerahan dokumen secepat mungkin setelah semuanya selesai."beritahu Han Tae Gu.

Mengerenyet mata kiri Artemis taktala dengar ucapan lelaki tersebut. Jadi betullah?Pelan dia telah di gagalkan sekali lagi?

Sekali lagi!Sekali lagi dia diperdayakan!

Memangnya dia dilahirkan hanya di manipulasikan oleh lelaki ke!

Berpusing-pusing kepala Artemis rasakan apabila tekanan darahnya naik mengejut akibat kenyataan yang baru sahaja dia ketahui saat itu. Sampaikan kakinya turut hilang daya hendak berdiri.

         "Jumpa lagi.."ucap Han Tae Gu sebelum menarik tangannya dari cengkaman Izan.

Saat Izan melepaskan tangannya dan berpaling dari situ, waktu itulah Artemis berpaling ke arah pintu lif semula.

Terketar-ketar tangan Artemis masa tu. Dia pandang lif depannya itu. Berharap yang pintu depannya ini akan terbuka dan telan dia hidup-hidup sekarang jugak!Dia enggan bertemu muka dengan lelaki yang telah membunuh ibubapanya sekarang!Dia belum cukup kuat nak melawan!

Pintu lif pun terbuka

           "Tunggu!"panggil suara tu.

Oleh kerana terkejut, Artemis berpaling, dia bertentang mata dengan Izan sebelum masuk ke dalam lif dengan tergesa-gesa. Baru sahaja dia mahu menekan butang tutup di kanannya. Dalam masa yang singkat lelaki lampai itu sudah tiba di depan pintu lif berlari masuk ke dalam hampir mahu merempuhnya.

Seakan di serang panik, Artemis undur ke belakang menjarakkan diri hingga menyebabkan kaki dia ikut terpelecok tanpa disedarinya.

             "Dengar...aku boleh jelaskannya.."

Artemis menggeleng kepala sambil memandang Izan. Nafasnya naik turun laju kerana begitu panik dan marah pada masa yang sama. Tanpa berlengah terus dia selinapkan tangan ke dalam beg tangannya. Mengeluarkan senjata yang dia bawa sebagai alat pertahankan diri!

Artemis-Izan cuba bersuara.

FLICK!

Spygun diacukan ke arah Izan. Buatkan lelaki tersebut berdiri kaku di situ memandang Artemis.

Jeng-jeng!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jeng-jeng!

Apa yang akan terjadi?

Artemis dan tahu Mael itu Izan. Musuhnya?

Mulanya nak lambat-lambat sikit tau. Tak apa kan?Buddies rasa okay tak setakat chapter ni?

Ke agak rushing jugak?

Tinta sebenarnya nak buat love hate/enemies to lover...tapi Artemis sakit pulak kan.. so tinta twist sikit plot yang tinta dah buat...tapi itulah...susah betul nak buat ayat yang gempak supaya tak boring.

Tinta ada try rujuk novel 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' watak Jebat dan Mastura tu. Bukan copy okay. Just nak tau feeling drama mafia dalam novel melayu, still vibe cerita tu tak boleh nak masuk dengan otak emo tinta ni. Hahaha!Bukan kecam tau. Just share aje.

Buddies dah baca novel ni?Try la!Best..lagi-lagi watak si Airen jengkel tu!Geram je baca!

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now