CHAPTER TUJUH PULUH SATU

499 75 0
                                    

Dah hilang akal agaknya!

"Seriously...Artemis tu tengah sakit...kau pengsan kan dia macam tu aje?" marah Dareen.

Izan dengan muka selamba tak kisahnya tidak membalas, dia malahan memandang ke skrin ipad dimana artikel mengenai laporan kewangan untuk penyeludupan dadah dia tertera.

"Tak fikir ke?Otak tu letak dekat lutut agaknya.."

"At least aku tak sakitkan dia..."

"Yang kau pun satu...culik dia dan bawa dia ikut kita bersama kenapa?Kita baru aje settle dengan Angelo..kau culik sepupu kesayangan lelaki tu pulak...cari masalah namanya ni!"

"Alah...kau ni tak relaks la...tak adanya Angelo tu nak meroyan aku bawa Artemis pergi bersama kita.Lagi pun mamat tu tak boleh pakai sebab asyik susahkan hidup Artemis..better dia ikut aku..ada jugak yang tolong nak tengokkan."tambah Izan.

Dareen pandang tak percaya akan abang sulungnya yang begitu tak semengah sekali sikapnya. Entah kenapa la dia sanggup mengalah dengan Izan untuk tidak berebutkan Artemis. "Siapa kata Angelo tak cari...dia mesti akan cari punya. Lagi-lagi kalau dia tahu selama ni Artemis sakit...kau boleh pulak buat perangai tak guna kau ni.."

Mael di seat belakang hanya pasang telinga sahaja dengan perbalahan dua orang abangnya itu. Sejak naik pesawat sehinggalah mereka berada di Udara, dua orang itu tidak habis-habis bertekak.

"Kalau Angelo tak tahu..dia takkan peduli. Kau ni...over react sangat kenapa?Bukannya kau ni laki Artemis ke apa...nak menyentap dengan aku memanjang apahal?"Izan pandang Dareen atas bawah saat adiknya itu duduk berhadapan dengan dia di situ.

Terus mengetap gigi menahan sabar Dareen sebaik dengar. Dia nak membalas, namun tiada satu perkataan yang dapat di tuturkan dengan terang kerana dia tak mungkin la hendak ceritakan kepada Izan yang dia sukakan Artemis sejak awal dan tidak mahu apa-apa terjadi pada gadis itu.

Tahu yang adiknya tidak akan menjawab, Izan menjuling mata menyampah."Dia pengsan aje pun..kau patut tahu kalau aku tak buat macam tu, Artemis akan larikan diri yang mana aku tak suka untuk mencari kalau hal tu terjadi..."

"Sebab kau tak pernah sekali cuba nak perlakukan Artemis dengan elok...selama aku di sana, aku tak pernah berkasar dengan Artemis..datang kau suka hati nak perlakukan dia macam tu.."

"So kau nak cakap kau layan dia lebih baik la macam tu?"

"Yang kau nak mengungkit pasal aku kenapa?Kan sekarang aku marah pasal kau buat sesuatu tak fikir dulu..."

"Sebab aku fikir la aku bawa Artemis bersama dengan kita tinggalkan tempat tu...cuba kau bayangkan kalau Angelo yang jumpa Artemis...paling tidak Elio yang temui Artemis dahulu...mahunya aku takkan dapat berjumpa dengan dia sampai bila-bila...."

Mael yang dengar terus jengahkan kepala dari balik seat di situ. Dia pandang dua kepala tersebut sebelum berkata.

"Hei kau orang....!"panggilnya tidak semena.

Dengan serentak Izan dan Dareen sondong ke tepi seat lantas memandang ke belakang barisan lorong tempat duduk di situ.

"Ada apa?"dengan serentak dua orang lelaki itu bersuara.

Mael buat muka tidak bersalah. "Dah...dah la tu bergaduh.. tak penat ke?"

"Izan tu yang tak nak mengaku salah.."

"Dah asal pulak aku?"

Mereka berdua bertekak semula tidak pasal-pasal.

Berputus asa hendak amankan mereka berdua, Mael pandang ke depan seat berhadapan dengannya. Melihat Artemis yang tersemat kemas di ikat seatbelt lena dengan neck pillow di sekeliling leher. Tidak seperti kali terakhir dia temui Artemis, wajah itu kelihatan letih dan tidak bermaya. Pipi pun cengkung. Lingkaran hitam bawah mata jelas-jelas kelihatan.

Untuk kali kedua, dia melihat Artemis dalam keadaan sakit begini.

"Aku tahu kau tak tidur..."tegur Mael sewaktu suara bising Izan dan Dareen kedengaran jauh di beberapa seat depan.

Untuk beberapa saat mata itu masih terpejam.

Mael melepaskan dengusan kecil saat perhatikan Artemis yang hanya tidur-tidur ayam itu.

Dengusan kecil pun kedengaran. Membuatkan mata Artemis perlahan-lahan terbuka lantas terarah terus ke wajah Mael. Sedikit pun tidak terkejut atau takut dimana dirinya saat itu.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now