CHAPTER SATU RATUS SATU

510 72 2
                                    

Masih terlantar di atas katil dalam keadaan lemahnya, Artemis pandang tergamam Angelo dan Elio yang sedang berada di tepi katilnya itu.

            "Hilang ingatan?Sampai teruk macam tu sekali?"soalnya dengan riak terkejut.

            "Doktor beritahu disebabkan kecederaan yang dialami Izan terlalu serius, otaknya mengalami shock yang kuat hingga buatkan dia tidak dapat ingat apa-apa sama ada kisah lampau atau memori terbaru dia.."tambah Elio.

            "See...puas hati kau sekarang?Aku beritahu kau sendiri tak nak percaya. Mamat sengal tu dah hilang ingatan pun. Sekalipun aku jumpa Izan tu suruh datang jenguk kau tak adanya dia nak datang dengan keadaan hilang ingatan dia tu.."getus Angelo dengan menyampah. Dia yang duduk di kerusi itu menyilang tangan ke dada.

           Mendengar hal itu Artemis pandang sedih ke tiub Iv yang ada di tangan kanannya waktu itu. Berasa risau dan terkilan sebab Izan sudah lupakan dirinya. "Tak boleh nak jumpa dia langsung ke?"keluhnya dengan perlahan.

           "Jangan nak mengada."tegah Angelo serta merta. "Sembuhkan diri kau tu dulu. At least Izan kesayangan kau tu hidup lagi walaupun dah nyanyuk."

Mulut cakap main lepas Angelo itu buatkan Artemis yang dengar hampir hendak menyepak muka berjambang sepupunya itu. Dari dia pulang ke situ sampai la dia terperuk dalam hospital, Angelo sikitpun tak menyenangkan hati.

Elio di belakang kerusi Angelo duduk waktu itu diam memandang kepala Artemis yang sedang tunduk ke bawah kesedihan. Hatinya ikut turut dipagut kesal. Dia kesal sebab Dareen sanggup menengking Artemis semata hendak halau Artemis dari sana. Kalau dia jadi Dareen dia akan cakap elok-elok biar Artemis faham.

             "Aku dah agak hidup aku ni takkan berakhir dengan happy ending...takdir terlalu sadis untuk perempuan macam aku ni agaknya.."ujar Artemis saat air mata bergenangan di tubir kelopaknya. Bibir tersenyum sedih.

             Angelo buat muka. Mendengar keluhan itu buatkan dia rasa serba salah. "Bukan salah kau...salah aku. Kalau bukan sebab aku..Izan..Elio takkan bermusuhan. Mak ayah kau takkan mati...kau takkan menderita macam ni...sebab itu aku beritahu kau. Biar aku jaga kau elok-elok sampai kau kahwin. Jadi sembuhkan diri kau dulu apa-apa hal.."

Ekoran terlalu sedih, Artemis baring semula ke katil dalam keadaan mengiring membelakangkan Angelo dan Elio. Dia pandang keluar tingkap wadnya itu saat air mata mengalir deras dari tepi. DIa mahukan Izan...dia tidak mahukan orang lain!

            "Dareen tu dah warning kau kan jangan dekati  mereka lagi...kau dengar aje la kata dia tu..."tambah Angelo. "Ramai lelaki yang boleh jadi pasangan kau...bukan ada Izan seorang aje pun..."

Hidangan yang ada di depan matanya di pandang dengan kagum. Bau harum dari makanan itu sungguh mengiurkan. Namun ianya tidak dapat menenggelamkan suasana tegang antara mereka berdua di situ.

Sejak tadi Artemis curi-curi memandang Izan. Walaupun sudah 5 tahun berlalu wajah lelaki depannya ini sedikit pun tidak berubah. Malah semakin menggamit hati kecil perempuannya ini. Cuma dia hairan kenapa Izan mengenakan cermin mata kerana dahulu lelaki ini tidak pernah pula pakainya.

             "How yours life?"soal Izan tidak semena. Lelaki itu sedang memulas buka penutup wain dari muncung botol kaca tersebut.

Untuk beberapa saat, Artemis khayal perhatikan Izan. Walaupun dia mahu, tiada apa-apa yang boleh dilakukannya untuk terima Izan semula.

            "Apa tujuan awak bawa saya ke sini Encik Izan Aramis?"tanya Artemis setelah waiter selesai menyiapkan meja makan mereka itu. "Bukan ke awak kata nak berbincang soal pelan untuk majukan bisnes organisasi awak?"

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now