♕CHAPTER SEBELAS♕

674 84 28
                                    


"Ini minumannya. Terima kasih. Sila datang lagi.."ucap Artemis setelah menyerahkan minuman yang di order oleh pelanggan wanita tadi.

Pelanggan itu beri senyuman nipis sebelum berjalan keluar dari premis itu.

Dan Artemis pun kemas semula sepah yang dia buat sewaktu menyiapkan minuman sebentar tadi. Mana yang kotor dia cuci sehingga bersih. Mana yang basah dia lap sehingga kering. Setelah itu barulah dia kembali ke kaunter untuk susun resit yang bersepah tidak di tuntut oleh pelanggan dalam raga kecil disitu.

Sedang tangannya sibuk mengemas, tidak sengaja tepi lengannya melanggar bekas tempat simpannya pack serbuk creamer di situ. Apabila bekas itu tergolek, isi di dalam bekas itu tumpah ke bawah depan kaunter.

Bunyi bising itu menarik perhatian Sabrina yang sedang duduk di meja mengira kertas akaun perbelanjaan restorannya. Tanpa menoleh dan khusyuk menekan kalkulator Wanita itu menempik.

"Hah!Apa lagi yang kau jahanamkan tu Artemis?!"lantang suara wanita berusia 45 tahun itu menempik. Memangnya harta aku ni Cuma jadi objek untuk kau musnahkan ke!?

"Maaf!"sahut Artemis yang turut sama lantang saat berlari keluar dari kaunter itu hendak mengambil pack yang tumpah tadi.

Pada masa yang sama pintu premis itu turut terbuka.Seseorang berjalan masuk ke situ.

"Selamat datang.."sambut Artemis semasa dia perasan akan kehadiran pelanggan Namun tidak sempat hendak memandang kerana pada waktu itu dia sendiri sedang bercangkung mengutip pack serbuk creamer dari lantai tu.

Tidak semena Sabrina marah lagi. "Kau kalau dah tak reti nak buat kerja elok-elok tak payah dah kerja. Berhenti aje terus. Tak adalah aku marahkan kau setiap hari. Buat naik darah aku tanpa faedah!Berhambus terus sebelum habis semua harta benda dalam kedai aku ni musnah dikerjakan kau."

Artemis yang dengar bebelan itu sudah tidak hairan lagi. Hendak terasapun telah lali. Bukan sekali dua Sabrina hamun dia, banyak kali dari sejak kali pertama kerja sampailah ke hari ini. Telinga dia ni ibarat masuk kiri keluar kanan.

Baru sahaja Artemis mahu mencapai pack yang tersisa dua di tepi, muncul satu tangan turut mengutip pack itu lalu di suakan kepadanya tanpa diminta. Terkejut dengan tindakan tersebut, secara automatik dia pun tersenyum lantas mendongak ke atas hendak berterima kasih.

"Teri-"ucapan 'ma kasih' dia sebut sangat la perlahan ekoran terpana dengan pandangan dia waktu itu. Artemis perlahan-lahan bangun dari bercangkung tanpa mengalihkan pandangnya dari lelaki lampai yang berdiri memandangnya waktu itu.

Damn!

Lelaki berpakaian casual iaitu t-shirt V-neck hitam dan skinny jean koyak di lutut mendedahkan lengannya yang bertatu itu beri lambaian di depan muka Artemis apabila gadis itu kaku memandang dirinya seperti baru melihat hantu.

"Hello?"

Terkebil-kebil mata Artemis waktu itu.

Salah tengok ke?

Atau bermimpi ni?

Macam kenal tapi tak ingat...

Macam tahu tapi tak sure....

"Hai.."sapa Artemis selepas sedar dari tersentaknya. Handsome pulak brother depan dia ni!Muka ala-ala gangster gitu. Bertatu pulak tu hah!Kalah boyfriend dia.

"Sebenarnya..aku tak kisah kau nak pandang aku lama-lama. Tapi boleh aku buat pesanan sekarang atau kau nak termenung tengok muka aku macam tu sepanjang masa?"ujar lelaki lampai tersebut dengan nada tidak berminatnya.

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now