CHAPTER LIMA PULUH TUJUH

513 78 0
                                    

          "Beritahu aku...siapa yang bunuh ayah aku?"tanya Izan pada dua orang pasangan di depannya sambil mengacu hujung pistol di depan muka itu.

           "Izan...tolong dengar dulu penjelasan ni.."minta Arman. .

           "Tak...aku tak nak dengar apa-apa dari kau...kau dengan anak buah kau tu dua-dua sama tak guna!Kau bunuh ayah aku sedangkan ayah aku dah bagi peluang dekat Angelo untuk berundur!Ini tidak!Dia malah cabar untuk melawan kuasa ayah aku!"marah Izan dengan berang.

           "Ianya bukan seperti yang kamu fikirkan Izan...semua ni hanya salah faham..."jelas Aurora pula.

          "Cukup Izan...kau tak tahu apa yang berlaku...kematian ayah masih dalam siasatan."tegah Mael.

          "Nak buktikan apa lagi....Arman adalah orang kuat Belaruz...lelaki ni bekerja untuk dia orang..."bentak Izan.

Aurora dan Arman yang sedang melutut menghadap geng kongsi gelap Izan sudah berpeluh dingin seperti di timpa air hujan. Wajah masing-masing pucat lesi. Bingung hendak berbuat apa!

           "Tolong percayakan kami..kematian ayah kamu tiada kaitan dengan kami."jelas Arman. "Kami di situ hanya la kebetulan sahaja sewaktu ayah kamu ditemui mati."

            "Atas alasan apa kami hendak bunuh ayah kamu Izan..lelaki itu telah menjadi kawan kami sejak Belaruz dan Vicenzo berpecah.."beritahu Aurora.

BANG!

Satu tembakan dilepaskan ke Udara tidak semena oleh Izan kerana begitu keberangan.

Keluhan panjang lepas dari bibir sewaktu dia bersandar pada dinding balkoni rumahnya. Udara malam itu sikit pun tidak dinginkan wajahnya yang sedang membahang gara-gara terlalu banyak sangat minum wain.

Puntung rokok yang berada di celah jari tangan kanan di bawa naik ke bibir sebelum asap beracun itu di sedut dalam-dalam sebelum dihembus bersama dengan perasaan berat yang mengasak dadanya.

           "Kau tahu...kalau kau fikir semula...kau takkan dekati Artemis.."suara Mael menegur buatkan Izan tersentak dari menungnya. Lelaki berkumis nipis itu berdiri disamping Izan sebelum menyerahkan sebotol air mineral.

           Mata Izan turun memandang botol air itu sebelum mencapainya dengan sengih meleret di bibir. "Kenapa pulak?"

            "Kau sendiri tahu apa sebabnya."

            Sebab parents dia punca kematian ayah kita bertiga ke?"soalnya.

Mael tidak membalas. Dia hanya melemparkan pandangan ke sekitar pemandangan dari tingkat tiga itu. Tangannya di seluk ke dalam poket seluar. Dia tak tahu apa yang ada dalam fikiran abangnya ini. Sudah berkali-kali dia beri pesan dan bincangkan soal Artemis, ibarat menuang air ke atas daun keladi. Segala perbuatannya itu hanyalah sia-sia tiada guna!

           "Aku sukakan dia sebelum aku tahu siapa dia, Mael....dan ianya takkan ubah fikiran aku yang fakta dia anak kepada pembunuh ayah kita...."lafaz Izan.

Mael melepaskan keluhan panjang, dia sandarkan belakangnya ke rel besi balkoni itu menghadap Izan lalu menyilang tangan ke dada.

              "Hubungan kau orang takkan mudah..."beritahunya. "So better kau berhenti sebelum kau orang berdua sama-sama di sakiti."

Izan menjatuhkan tangannya ke sisi kerana terkesan dengan kenyataan Mael itu. Dia hendak membalas pun jadi kelu sendiri kerana kebenaran kata-kata adiknya itu.

            "Sejahat-jahat mana sekalipun, kau masih abang aku, dan lihat kau disakiti adalah perkara terakhir yang aku nak tengok..." pesan Mael. "Dan aku nak kau suruh Dareen balik ke sini. Siang malam aku risaukan keselamatan dia dekat Belaruz sana"

Izan kerling ke Mael sekejap sebelum menyambung hisap rokok semula. Dia lihat ke pemandangan langit malam depan mereka saat itu.

            "Kau dengar tak apa aku cakapkan ni?"Mael bertanya apabila abangnya enggan mengatakan apa-apa sejak dia bersuara.

            "Dengar."balas Izan acuh tak acuh.

Mael mengetap garis nipis di bibir sebelum menolak dirinya jauh dari rel besi balkoni. Langkahnya di atur hendak bergerak masuk. Namun belum dia sempat hendak bergerak, lengannya di pegang.

             "Tunggu."arah Izan mematikan langkah Mael serta merta.

              Kepala Mael pun tunduk memandang tangan yang mencengkam lengannya sebelum naik memandang empunya badan. "Ada apa?"

             "Kau nak Dareen balik sini kan?"Izan pandang ke Mael dengan renungan penuh muslihatnya.

            Kening Mael berkerut-kerut. "Ha'ah."

            "Aku nak Artemis...."Izan melepaskan lengan Mael saat berkata. Hujung bibirnya terjungkit sedikit.

            Mael membuat muka tidak faham setelah Izan berkata begitu. "So?"

              Izan melepaskan dengusan kecil saat tersenyum bangga. "Kau mesti takkan suka dengan rancangan aku nanti...."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now