CHAPTER DUA PULUH ENAM

559 77 3
                                    

10 tahun yang lalu

Matanya tidak berkedip melihat video yang di tunjukkan oleh Angelo kepadanya. Video dimana ibubapanya di bunuh tanpa perikemanusiaan oleh dua lelaki yang menjerut leher pasangan tersebut dari belakang menghadap lelaki lampai yang berdiri di depan mereka.

         "Kau nampak ni?"tunjuk Angelo kepada Artemis di sampingnya saat rakaman itu sedang berlangsung.

Mata Artemis berkaca lebat, wajahnya merah padam dan kepalan penumbuk erat di genggam.

          "Dia adalah lelaki yang bertanggungjawab atas kematian ibu dan ayah kau....dia!"beritahu Angelo lagi saat dua lelaki tadi mengelar leher ibubapa Artemis begitu sahaja sebelum dua tubuh itu jatuh mengelupur di atas lantai mencari udara.

Saat itu Artemis sudahpun memalingkan kepala ke sisi kerana begitu takut dan gerun hendak meneruskan tontonannya.

          "Sebab itu aku bawa kau ke sini.... untuk recruit kau menjadi anak buah aku. Bekerja untuk aku Artemis. Dengan cara ni kau boleh balas dendam atas Tindakan Izan Aramis kerana membunuh ibu dan ayah kau.." hasut Angelo lagi saat memandang sepupunya yang masih mengenakan uniform sekolah di badan. Dia yang jemput sendiri sepupunya ini.

Air mata jatuh mengalir ke pipinya saat dia pejam mata hendak membuat pilihan!

Dia terjaga dari tidurnya dengan satu gelombang mual yang membuatkan dia terus bangun dari katil dan ke bilik air dengan kelam kabut. Sinki yang terdekat dia terus tunduk di situ meluah sehabis mungkin isi yang ada walaupun hanya angin yang keluar dari kerongkong.

Masih termuntah-muntah, Artemis cengkam kuat sinki itu mencari sokongan untuk elakkan dirinya dari terjatuh di lantai bilik air hotel tempat penginapannya itu.

Sakitnya ibarat seperti segala isi organ dalam badannya mahu ikut keluar. Muntah adalah salah satu kesan ubat yang dimakan kerana badan dia selalu reject ubat-ubatan ni. Kalau dimakan begini efeknya. Kalau tidak dimakan memang tidak berjalan dia satu hari ni nanti.

Sejak tiba di Korea jam 2 pagi tadi, Artemis berpisah Haluan dengan Izan di lapangan terbang. Dia mulanya cari jugak kelibat lelaki itu, namun tidak dapat kerana terlalu umat manusia dalam lapangan terbang tu. Akhirnya dia pergi sendiri dari situ dengan beberapa persoalan yang masih belum terjawab.

Satu, adakah malam itu Mael yang dia dengar itu adalah orang yang sama?

Dua, bagaimana Dareen boleh menemui dia seorang sahaja di perlabuhan itu sedangkan ke semua anak buahnya mati terkorban?

Lamunan Artemis tersentak dengan bunyi loceng dari pintu bilik hotel itu.

           "Room Service!"laung suara dari balik pintu itu.

Artemis cuci sinki dan mulutnya sebelum berjalan keluar dari bilik air yang bertentangan dengan pintu masuk itu. Tiada tenaga sangat, dia tidak susah-susah untuk intai keluar, pintu itu terus di buka.

Seorang lelaki berblazer dan troli berdiri di situ memandang Artemis dengan senyuman mesra.

          "Pesanan cik..."beritahu lelaki itu.

Terus Artemis buka pintu itu sedikit luas. Membenarkan pelayan itu masuk.

Tanpa berlengah lelaki itu menolak troli tersebut ke dalam bilik Artemis. Seusai sahaja pintu di tutup, lelaki itu kemudiannya berpaling memandang Artemis. Menyelak kain yang menutupi bawah troli tersebut.

          "Ada sesiapa ikut kau ke sini?"tanya Artemis sambil gosok perutnya sedikit lalu gerak ke troli itu.

           "Tidak cik..."pelayan itu mengeluarkan satu briefcase yang tersembunyi di bawah troli itu. Lalu diletakkan atas troli pula lantas di buka. Mendedahkan isinya yang mengandungi set spy gun brand Korea sendiri.

            "Macam mana keadaan Uncle Ben di sana? Adakah Taman Delaney telah di robohkan?" Artemis mendekati troli itu. Mengeluarkan pistol itu dari beg tersebut untuk di periksa.

             "Keadaan masih terkawal. Hanya ramai yang jatuh sakit kerana tidak dapat mencari tempat berteduh atas factor kekurangan wang. Ramainya gunakan duit untuk beli makanan dan pakaian hangat.... kami semua sedang berteduh di bawah jambatan buat sementara waktu."beritahu lelaki yang berpura-pura sebagai pelayan itu.

             Artemis mengangguk kepala berpuas hati dengan barang yang dia peroleh."Tunggu untuk beberapa ketika lagi. Saya akan selesaikan hal ni secepat mungkin dan dapatkan semula tempat tinggal tu untuk awak semua..."

             Kening lelaki itu berkerut bila dengar Artemis berkata begitu." Maaf kerana cik perlu bersusah payah kerana kami..."

             Artemis berhenti dari membeleknya. Dia termenung memandang ke briefcase di depannya dengan kening berkerut sebelum memandang lelaki di depannya." Kalau ibu saya masih hidup, dia pun akan pertahankan tempat tu..."ujarnya.

             "Ada apa-apa lagi yang cik perlukan?"

              "Bagaimana dengan kereta?"

              "Telah disediakan..."

              "Pelan escape macam mana?"

              "Telah diatur oleh Uncle Ben dan yang lain."

              Berpuas hati dengan hal itu, Artemis mengangguk kepala. "Okay. Kau boleh balik. Pastikan jangan kelihatan mencurigakan. Aku syak ada orang sedang perhatikan gerak geri aku..."

               "Baik!"

Lelaki itu kemudiannya berjalan keluar dari situ Bersama troli yang kosong sesaat kemudian. Meninggalkan Artemis sendirian dalam bilik tersebut.

Hamparan kertas dan laptop yang masih menyala tergeletak atas katil tempat Artemis terlelap didekatinya. Dia tunduk mengambil telefon skrin sentuh anti penjejak yang dia cipta sendiri tiga tahun lepas itu lalu melihat jam di situ. Sudah masuk jam 12 tengah hari. Dia masih ada tiga jam lagi sebelum pertemuannya dengan Han Tae Gu!

 Dia masih ada tiga jam lagi sebelum pertemuannya dengan Han Tae Gu!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tu dia!Miss Mafia kita. Sakit-sakit pun masih kuat hendak membantu orang lain dalam kesusahan.

Tapi dia tak tahu yang apa yang dia pelan tak semuanya akan berlaku.

Slide lagi!

Ada banyak chapter dekat bawah ni!

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now