CHAPTER TIGA PULUH DUA

530 77 0
                                    

              “Apa yang sebenarnya dah berlaku ni?”tanya Artemis dengan tangan bersilang di dada. Mata dia terarah pada depan kereta. Dua lelaki bersut hitam duduk di situ. “Kenapa kau boleh ada dekat situ tadi?”

Dareen mendiamkan diri. Lelaki itu terlalu sibuk dengan telefonnya untuk menjawab pertanyaan Artemis.

Tidak lama selepas itu dengar bunyi Artemis tarik nafas dalam-dalam sebelum di hela dengan marah.

SLAP!

Satu tamparan hinggap di peha Dareen tidak semena. Serta merta buatkan Dareen melompat ditempat duduknya dan menjatuhkan telefon ke celah kelangkang.

             “Auw…auw…what the f*ck Artemis!”tunduk Dareen menggosok kesan tamparan itu.

            “Sebab itu kalau aku tanya jangan buat pekak!Aku ni tengah marah, kau boleh tak jangan tambah marah aku.”ketap Artemis di balik gigi semasa memandang geram ke Dareen.

Sambil menggosok kesan tamparan itu, hidung Dareen kembang kempis kerana kesakitan.

             "Amenda yang kau tanyakan?Kalau kut ya pun...tak payah la pukul aku. Tangan kau tu dah lah halus...sakit tahu tak!"rungut Dareen.

Artemis menjuling mata menyampah.

Macam la dia kisah!

           “Baik kau beritahu aku sekarang apa yang sebenarnya dah berlaku atau aku akan pastikan hidup kau tak tenteram Dareen Nezha!”

             Masih berkerut kening menahan sakitnya, Dareen pandang Artemis lalu berkata. “Izan sendiri yang call aku..suruh ambil kau dekat airport tadi…”

              “Itulah masalahnya…macam mana dia boleh call kau....kenapa dia call kau?”soal Artemis.

               “Mana lah aku tahu…kau yang bersama dengan dia kan…kenapa tanya aku..”

Ish!Menyirap dia dibuat jawapan itu. Lelaki depannya ini memang tak nak hidup lama ke!

                "Kalau aku tahu tak adanya aku tanya la bo-"Artemis angkat tangannya semula. Mahu memukul Dareen. Geram betul! Sekali tu tangan dia terhenti di udara setelah menyedari sesuatu. Sesuatu terlintas dalam fikirannya. “Spy?”kepalanya terlentok  ke kiri.

Elok Dareen nak pegang tangan Artemis supaya tidak memukulnya,terkebil-kebil Dareen memandang Artemis.

                "Apa kau cakap?Spy?Siapa?"

                Terus Artemis tunding jari ke tepi lengan tu.“Kau spy Izan kan?”

Dareen terus pandang tidak berkedip ke mata itu. Mulutnya tanpa sedar sibuk menangkung air liur yang tak dapat nak ditelan.

Jelas-jelas di muka dia tu bagi reaksi 'oh sh*t, aku terkantoi!'

Artemis pun apa lagi, terus jarakkan dirinya sedikit dari Dareen.

               “So betul la…"katanya dengan nada tak percaya. "....jadi no wonder kenapa Izan boleh tahu segalanya tentang Angelo. Setiap gerak geri aku dan juga rancangan Angelo selama ni...kau punya kerja!”ujar Artemis lagi dengan nada berbisiknya. “Kau…adalah sumber maklumat dia.”

Elok dari muka pura-pura innocent, reaksi Dareen terus berubah menjadi dingin. Ini mesti kerja Izan!Abang dia kan memang tak pandai cover line. Buat kerja tak clean!  Renungannya menjadi gelap.

Artemis semakin terkedu.  Dia pandang dengan terkejut akan wajah tenang Dareen ketika itu.  Lelaki itu memandang dirinya seakan lelaki itu boleh baca fikirannya sekali.

             Hujung bibirnya terjungkit sinis.  "Aku tak tahu...apa yang kau cuba katakan ni..." nafi Dareen walaupun dia tahu tiada gunanya memandangkan Artemis ni seorang gadis yang bijak.

Untuk sesaat, Artemis boleh nampak sekilas imej Izan di mata Dareen.  Sepasang masa yang seiras seperti Izan. Rupa paras yang sama menawan seperti Izan. Suara yang dimiliki juga sama seperti lelaki itu.

Barulah Artemis sedar.

Setiap titik-titik yang putus selama ini mula bersambung. Dan saat itu Artemis faham segalanya.

Dia begitu dumfounded dengan kenyataan yang dia ketahui saat itu. Mata Artemis perlahan-lahan terbuka dengan luas.

Oh!

My!

God!

              “Dareen...kau-“adik kepada Izan. Anak kepada Orena Vincenzo yang selama ini adalah rahsia!

Lantas Dareen gerak mengangkat tangan lalu di bawa ke belakang kepala Artemis. Dia cengkam lembut belakang tengkuk itu . 

               “Sshhh….biar pecah perut jangan pecah di mulut..”katanya semasa meletakkan jari ke bibir Artemis.

                Mata Artemis gerak ke dua lelaki yang sedang duduk di seat depan. Nafasnya semakin ditahan. Kalau macam tu...."Itu maksudnya anak buah kau pun-"

            "Tuan...kita hendak ke rumah tuan atau-"tegur lelaki di seat depan tiba-tiba memintas Artemis.

Tanpa mengalihkan pandangannya Dareen tersenyum.

              "Hantar terus Cik Artemis ke apartment dia..."arah dia sebelum mengenyitkan mata ke Artemis dan kembali sandar ke belakang.

Tidak tahu hendak beri reaksi bagaimana lagi, Artemis hanya mampu bersandar di kerusi itu dengan perasaan tergamam tak percayanya..

Selama ini,dia fikirkan yang dia dah cukup bijak dalam dunia mafia ni.

Sekali tu....

Rupa-rupanya ada yang lebih hebat dari dia.

Jadi tidak hairan la kenapa Angelo begitu terdesak sekali hendak menjadi paling berpengaruh dan mahu hapuskan Keluarga Orena Vicenzo ini.

Lihat la sendiri betapa liciknya mereka!

Lihat la sendiri betapa liciknya mereka!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now