CHAPTER SEMBILAN PULUH LAPAN

456 73 7
                                    

Elio tersenyum. Dia tunduk memandang bekas cincin yang dipegangnya waktu itu. Dibelek sekejap akan kecantik cincin berlian tersebut sebelum ia dimasukkan semula ke dalam poket kot yang dipakai. Dia pandang ke depan untuk perhatikan sekeliling kawasan restoran atas bumbung bangun setinggi 65 tingkat itu. Angin petang itu memang deras. Mujurlah rambutnya telah kemas di spray untuk kekal di tempat tanpa bergerak sedikit pun walaupun angin kuat bertiup.

Hari itu ada kejutan hendak dia buat pada orang ini.

Sudah lama dia simpan niatnya.

Cuma keadaan tidak mengizinkan.

Disebabkan semuanya telah selesai dan keadaan pula membaik, dia laksanakan niatnya itu pada hari ini.

Segak mengenakan kot mahal dan berkasut kilat, Elio disitu bersama dengan jambangan bunga duduk menghadap laluan masuk. Menanti kehadiran orang yang dia cintai selama lima tahun ini.

Selama Artemis sakit, selama itu Elio la yang menemani Artemis jalani rawatan kemoterapi. Selain Lila dan Lily, Elio juga banyak membantu dalam kesembuhan Artemis. Walaupu sesibuk mana lelaki itu cuba sebaik mungkin untuk luangkan masa menemui Artemis dan menjaga Artemis.

Angelo sendiri pun berkenan dengan Elio sampaikan lelaki itu sering mengajak Elio untuk makan malam bersama dengan keluarga dia dan Artemis sekali.

Pendek ceritanya, Elio telah menjadi sebahagian dari Angelo juga.

            "Hai...sorry lambat.."kerusi depan Elio ditarik sebaik Artemis tiba di situ. Wanita itu duduk mengambil tempat di hadapan Elio dan menyelesakan diri.

            Elio tersenyum senang saat memandang Artemis yang cantik mengenakan dress putih labuh tanpa lengan dan bersanggul hadapannya. Lantas dia menyuakan jambangan bunga itu ke Artemis. "Tak apa. Saya faham. Bunga untuk awak."

             Artemis capai jambangan itu lalu menghidu sekejap bau wangi dari bunga itu. "Terima kasih..."dia kemudiannya pandang ke Elio dengan muka funny tidak faham. "What an occasion today?You looks so bright not as usual?"soalnya. Jarang Elio kelihatan ceria begini.Biasanya lelaki ini kelihatan serius dan juga jarang tersenyum.

             Elio tersenyum handsome mendengar soalan itu. "Macam mana dengan meeting awak hari ni bersama Angelo?Lancar ke?"dalihnya semasa menuangkan air kosong ke dalam gelas berkaki Artemis.

Mata Artemis ikut melirik ke gelas itu. Dia pegangkannya untuk Elio sebelum mengangguk kepala.

             "Uhm. Bolehlah..."dia teringat akan Izan tiba-tiba. Ini pun dia baru balik dari makan dengan mereka. Tapi tak kenyang mana pun. Yalah siapa aje boleh makan kalau dekat depan mata ada orang yang selama ini dia cuba lupakan!Memulas aje la perut jawabnya.

              "Hari ni ada sesuatu yang penting saya nak beritahu awak Artemis."

               "Apa tu?"

               Untuk beberapa saat Elio mendiamkan diri. Lelaki itu duduk tegak memandang Artemis mungkin mencari semangat sebelum mengatakannya. "Sebenarnya saya dah lama simpan niat ni. Cuma keadaan tidak mengizinkan saya untuk berbuat begitu memandangkan awak sendiri waktu itu sedang sakit..."

Duh!Artemis cuak. Dia dah dapat tahu apa yang Elio cuba hendak sampaikan saat itu kepadanya.

               "Saya dapat kenaikan pangkat dan perlu di tukarkan ke jabatan lain pada hujung tahun ni. Jadi sebelum saya berpindah ke sana. Saya ingin sampaikan permintaan saya ni kepada awak..."kata Elio lagi yang jelas-jelas nampak betapa gugupnya dia waktu itu.

Mata Artemis berkedip. Dia tenung tatapan Elio waktu itu dengan perasaan ternanti-nanti walaupun dia tahu apakah perkara itu.

Elio perlahan-lahan bangun dari situ. Dia gerak ke tepi Artemis dimana kerusi wanita itu berada .

            "Apa awak nak buat ni Elio?"tanya Artemis semasa perhatikan langkah lelaki itu sampailah Elio melutut sebelah kaki di tepinya ketika. "Oh my god..."lafaznya dengan perlahan sangat tergamam!Takkanlah!

Perlahan-lahan Elio pun mengeluarkan kotak cincin tadi dari balik poket kotnya. Kotak berwarna biru baldu itu dipegang olehnya sebelum dibuka mengaju ke depan Artemis.

Tindakan Elio itu membuatkan pelanggan restoran lain yang berada berdekatan dengan meja makan mereka saksikan hal tersebut. Mereka semua memasang muka kagum dan teruja masing-masing kerana menyaksikan hal besar itu.

             "Will you be mine Artemis Delaney?"aju Elio sebelum tersenyum lebar.

Artemis pandang akan cincin dalam kotak itu lalu ke wajah segak Elio tanpa berkedip. Mulutnya terbuka sedikit kerana begitu shock! Apa dia nak jawab ni?Memikirkan semua orang di situ menjadi saksi. Tiba-tiba pulak dia lupa cara nak bernafas.Artemis capai kotak cincin itu untuk jaga air muka Elio.

             "Bangun dulu."minta Artemis.

              "Adakah awak terima lamaran saya?"senyum Elio hingga ke telinga.

"We already talked about this right?"soal Artemis dengan perlahan saat perhatikan Elio mengambil tempat di kerusi semula.

               "Saya tahu. Dah lima tahun Artemis. Berapa lama lagi awak nak tunggu Izan. Dia dah berkahwin pun. Belum tentu lagi dia ingat pada awak. Awak ikut saya. Saya jaga awak. Selepas ni awak tak perlu libatkan diri lagi dengan dunia jenayah ni. Saya boleh berikan awak kehidupan lebih baik dari ni.." jelas Elio.

Apabila nama Izan disebut Artemis menahan nafas tanpa sedar. Dia baru teringat pertembungannya bersama lelaki itu siang tadi. Agaknya Elio tahu ke yang Izan telah kembali ke tanah air? Dan perlu ke dia beritahu Elio mengenai itu?

              "Awak-"

               "Awak simpan saja cincin tu dulu. Saya tunggu jawapan awak. Sehingga hari tu tiba. Awak pertimbangkan lamaran saya ni."pintas Elio.

Tidak memberi sebarang respon atau reaksi, Artemis hanya diam memandang kotak cincin yang ada di tangannya sebelum kembali memandang Elio.

Kalau ikutkan logik better pilih Elio sebab lelaki ini sudah ada segalanya. Latar belakang pun baik. Polis lagi tu. Sopan dan lemah lembut orangnya. Cakap tak pernah tinggikan suara. Tapi satu sahaja masalahnya. Kalau ikutkan hati Artemis masih mahukan Izan!

                "Elio..jangan begini. Saya beritahu awak tempoh hari...saya tiada perasaan istimewa terhadap awak selain sebagai seorang kawan..."bisik Artemis semasa pegang lengan Elio. Berharap lelaki depannya itu faham.

Elio mengangguk kepala.

               "Saya faham Artemis. Saya tahu. Sebab itu saya minta awak pertimbangkan semula lamaran saya ni. Saya tunggu jawapan awak.."

Berkerut-kerut kening Artemis sewaktu cuba atur nafasnya supaya kembali bertenang. Namun sakit sahaja yang dia rasai waktu itu.

Hii

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hii..

Okay tak tu?

🤣😅 Rasanya buku kali ni pecah rekod. Dah macam sinetron. Banyak gila chapternya.

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now