✧*̥˚CHAPTER ENAM BELAS *̥˚✧

564 73 18
                                    

Sepulangnya Artemis dari menghantar lelaki malang bernama Elio, dia gerak terus ke pejabat Utama Angelo.

Mujur la ketika dia tiba di pangkalan operasi Belaruz, tidak terlalu ramai orang berada di situ. Hanya segelintir sahaja yang kelihatan berlegar di koridor dan ruang pejabat.

Mudah sedikit kerjanya. Tak adalah nanti asyik menjawab soalan kalau bertembung dengan mana-mana pekerja dalam tempat itu.

Tanpa berlengah Artemis menuju ke pejabat Angelo. Dalam perjalanannya itu dia lewati Lorong yang tidak mempunyai rakaman CCTV bagi mengelakkan dirinya dari ketahuan. Dan menggunakan gadjet buatannya sendiri, Artemis memakai jam tangan sonar efek untuk menganggu siaran mana-mana CCTV berdekatan. Efek dari sonar itu boleh mengakibatkan rakaman cctv bakal rosak sekiranya Artemis berada hampir dengannya.

Setelah tiba di tingkat 20, dia membelok ke kanan dari arah pintu lif dan terus menyusuri koridor yang lengang dari penghuni.

Beberapa langkah lagi sebelum tiba di dalam pejabat, Artemis melewati sebuah bilik. Suara orang berdesah aneh ikut kedengaran di selangi dengan suara seorang wanita dan lelaki. Tergerak hati hendak melihatnya, dia pun berhenti. Tanpa sebarang bunyi, Artemis gerak ke pintu tersebut. Dan semakin dia mendekat, semakin jelas suara mereka.

Artemis berhenti. Dia buat muka kengerian kerana kenal siapa empunya suara tu.

What the heck?

Dah tak ada tempat lain apa nak buat 'projek'?

Muncul suara lelaki pula.

Serta merta reaksi kengerian Artemis berubah kepada terkejut. Dia pandang permukaan pintu yang tidak bertutup rapat itu dengan renungan laser.

Takkan la.

Tak mungkin.

Dia pasti salah dengar ni.

Bersama deru nafas tidak menentunya, dia gerak ke kuakan pintu yang terbuka di situ lalu intai ke dalam ruangan yang serba terang tersebut. Matanya memandang belakang badan seorang lelaki menghadap perempuan yang duduk di atas meja kerja dalam keadaan kedua-duanya tidak berpakaian.

Sambil menahan nafas terkejutnya, Artemis menggengam erat jari jemarinya dalam kepala. penumbuk.

Menggeletar hebat seluruh badan Artemis waktu itu apabila dia menyedari lelaki dan perempuan dalam bilik itu adalah Verena dan teman lelakinya sendiri.

Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa hancurnya hati dia saat itu melihat kekasih yang sudah menjadi orang terpenting dalam hidupnya selama enam tahun sedang bersama dengan perempuan yang mahukan kematiannya!

Air mata mula mengancam mahu tumpah dari tubirnya.

"I love you Verena...."lafaz teman lelaki Artemis di balik nafasnya yang termengah-mengah.

Sekali lagi, tangkai jantungnya direntap hebat hingga buatkan darahnya berderau deras ke urat saraf otaknya. Membuatkan sakit yang sama di rasai sewaktu berbual dengan Angelo tadi bertandang kembali.

Sampai hati buat dia begini!

Love you kepala bana kau!

Suka hati aje!

Sedap sodok perempuan lain!

Love you aje modalnya.

Dah pupus agaknya perempuan dalam dunia ni sampaikan Verena jugak pilihannya?

"Dasar jantan tak guna!Kau curang belakang aku dengan perempuan tak guna tu?"bisik hati Artemis yang teringatkan kejadian dimana Verena memfitnahnya di depan Angelo. Beria teman lelakinya beritahu lelaki tu tidak dapat membela dirinya kerana khuatir ketahuan dengan orang....dan sekarang baru dia mengerti apa maksud teman lelakinya itu.

Dalam sehari, dia telah di khianati oleh dua orang lelaki yang pernah penting dalam hidupnya selama ini. Silap dia jugalah sebab terlalu percayakan mereka. Yalah...nama pun dunia mafia. Terutamanya sekali lelaki, mana la boleh buat pakai!

Tidak melatah seperti perempuan kehilangan suami, Artemis terus bergerak pergi dari situ.

Bagaimana dia masih boleh tenang?

Pengalaman mengajar dia banyak.

Tergopoh gapah dan cepat melatah adalah sikap yang sia-sia. Kerana waktu begini, fikiran akan kacau dan tidak rasional. yang mendorong seseorang itu cenderung melalukan kesilapan.

So.... Buang masa dia nak kejar lelaki perangai sampah macam tu.

Mujurlah dia tidak pernah serahkan harga diri dia kepada 'teman lelaki'nya itu selama ini. Kalau tidak menyesal tak ke sudah! Jadi dia tak adalah sakit hati mana...hanya terkilan dan sedih tu ada la.

Detak black heel Artemis senyap menghentak lantai sehingga dia tiba di cubicle office yang kosong di situ. Ruang tempat dimana lelakinya berkerja dia duduki.

Suis pada CPU di hidupkan sebelum butang on pada skrin monitor di tekan. Apabila gadjet itu telah menyala. Artemis mula memasukkan password milik teman lelakinya pada homescreen. Lima saat selepas itu dia masuk ke laman utama sesawang lelaki itu.

Seperti sudah biasa, jari jemari Artemis dengan laju menaip sesuatu pada keyboard sebelum dia masuk ke sebuah sesawang dimana maklumat segala aktiviti dan proses kemasukan keluar wang di dalam organisasi Belaruz.

Segala maklumat yang perlu diisi, Artemis isikannya dengan nama teman lelakinya. Iaitu Rupert Valentine. berumur 28 tahun. Tinggal di Apartment Jade House Bandar Q. No ID, ##$-@##@-****#$. Nombor yang boleh dihubungi. 00-99-77-22-11. No. akaun. 334-334-21-3300.

Butang 'ENTER' ditekan.

Secara automatik, segala detail perbankan milik teman lelakinya itupun muncul di skrin.

Artemis gerak ke tab baru. Dia taip nama HAN TAE GU. Email dan maklumat penting jutawan tersebut muncul di skrin. Dia lihat nombor telefon yang ada di site iklan tersebut. lalu dia capai gagang telefon di tepi computer itu. Nombor itu di dailnya dengan bersahaja.

Langsung tiada reaksi gusar atau gementar kelihatan di wajah Artemis saat itu. Hal ini bukan kali pertama dia buat kerja begini.

Infact, selama ini Artemis Delaney adalah mastermind tersembunyi Organisasi Belaruz. Orang yang merancang dan menjalankan segala operasi di situ. Dia adalah perencana yang ramai musuh Belaruz cuba cari tahu. Tapi sukar untuk ditemui kerana kelicikannya.

Jika di luar organisasi perwatakan dia seperti gadis innocent. Seakan orang tidak tahu apa-apa.

Jika di dalam organisasi, bila dia baik, dia baik sangat. Tetapi, bila dia jahat...boleh menjadi sekejam-kejam iblis!

Selesai mendail, Artemis bawa gagang telefon ke telinga lalu di kepit pada bahu untuk menyambung urusannya di dalam akaun teman lelakinya tadi.

Jumlah wang yang ada dalam akaun tersebut Artemis semak. Pada masa itulah panggilannya di jawab.

 Pada masa itulah panggilannya di jawab

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now