CHAPTER SATU RATUS TUJUH

478 62 30
                                    

Tangan bercincin pada jari telunjuk itu menggengam erat tangan kecil itu semasa memimpin jalan merentasi rail besi di tepi kapal yang sedang bergerak itu.

"Awak nak buat apa ni Izan?"tanya Artemis dengan senyuman lebar di bibir. Mata ditutup dengan blind hitam. Dipakai awal sejak dia berada dalam kereta lagi.

"Berdiri dekat sini."arah Izan semasa melepaskan tangan itu kemudiannya.

Dalam keadaan berdebar, Artemis diam di situ. Dia memasang telinga untuk tahu apa yang sedang berlaku di sekitarnya. Dan waktu itulah penutup mata yang dipakai tertanggal ke belakang. Membuatkan dia berkerut kening hendak jelaskan pandangan.

Pada masa yang sama bunyi letusan puluhan bunga api meledak kuat di langit. Betul-betul menghadap dok kapal Artemis dan Izan sedang berada.

"What the-"nganga Artemis sebelum tersenyum lebar saat dongak pemandangan indah malam itu. Percikan api yang berwarna warni itu turut membias wajahnya.

"Aku harap kau sukakannya."bisik Izan di belakang Artemis. Lelaki itu berdiri rapat hingga belakang Artemis bersandar pada depan dadanya.

Kepala Artemis pun berpaling. Membuatkan dia bertemu tepi muka Izan yang waktu itu sedang memandang letusan bunga api di hadapan mereka. "Lebih dari suka...."ucapnya perlahan semasa tatap wajah Izan dalam-dalam.

Ucapan itu membuatkan Izan pandang ke bawah. Lalu bertentang mata dengan Artemis yang sedang memandangnya dengan renungan berkaca. Dia bawa tangannya naik hingga di pinggang kanan Artemis lantas berkata. "Esok aku akan flight semula ke Rusia..so ini hadiah terakhir aku untuk kau sebelum aku berangkat pergi."

Artemis tahu. Dia tahu yang hari mereka bersama akan berakhir. Perlahan-lahan dia mengukir senyuman sedih dibibir. "Saya happy. Terima kasih untuk semuanya Izan."

Masih berharap yang Artemis akan ikut dia sekali, Izan diam menatap renungan itu. Dia pusingkan badan itu dengan tangan dipinggang yang sama. Berpusing sahaja tubuh itu, Izan bawa tangan sebelah lagi untuk menekup tepi muka Artemis. "Will you come with me?"Mintanya untuk kali terakhir.

Tanpa berkata apa-apa Artemis balas tatapan penuh berharap dan terdesak Izan itu dengan mata berkaca mahu menangis.

Ibubapa Elio di hadapannya di pandang dengan senyuman nipis di bibir. Angelo di samping seronok berborak akan sesuatu pada Elio yang waktu itu duduk berhadapan dengan mereka di meja restoran itu.

Waktu itu mereka dalam sebuah restoran untuk membincangkan soal perkahwinan Elio dan Artemis. Angelo yang aturkan segalanya untuk pertemuan tersebut. Sebagai ahli keluarga dan penjaga sah Artemis, lelaki itu bertanggungjawab untuk menguruskan perkahwinan Artemis.

Artemis di sebelah hanya diam termenung memandang gelas berkaki di hadapannya dengan tatapan kosong. Fikiran dia terarah pada Izan. Sungguh dia rindukan akan lelaki itu walaupun baru malam tadi mereka bertemu untuk makan malam bersama. Dan kini dalam sekelip mata lelaki itu akan pergi sekali lagi. Dan kali ini tidak akan kembali lagi.

"Siapa sangka orang yang saya mahu tangkap bakal menjadi keluarga saya suatu hari nanti."seloroh Ayah Elio bernada gurau.

Angelo malah ketawa bukan terasa dengan kata-kata itu. "Life is unexpected. Kita tak boleh agak apa yang akan berlaku di masa depan..."

Ibu Elio mengerling ke Artemis dengan senyuman lebar senang hatinya. "Maafkan Elio sekiranya sikap nekad dia buat kamu terganggu dengannya.."

Mendengar kata-kata itu Artemis memberi senyuman nipis di bibir. Dia pandang Elio yang segak mengenakan tuksedo dan tie hitam di depannya selepas itu. "Tak adalah...saya patut terima kasih sebab sudi datang ke sini walaupun tuan dan puan orang yang sibuk.."ujarnya.

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now