✧*̥˚CHAPTER LAPAN BELAS*̥˚✧

561 72 31
                                    

          "Artemis!"

Baru aje masuk ke dalam tubuhnya di rempuh. Terkedip-kedip matanya saat itu.

         "Saya tahu Lila sayang saya...kalau ya pun tunggu la saya masuk sepenuhnya.." ketawa Artemis.

         "Cepat-cepat...kita ada ramai pelanggan ni...mujur la kamu nak masuk awal kalau tidak pengsan saya..." gesa Lila saat menarik lengan Artemis.

Barulah Artemis gerak hendak memandang ke depan, waktu itu la baru dia sedar bahawa seisi restoran kecil itu sememangnya telah penuh dengan pelanggan.

Tidak sempat hendak menukar pakaiannya itu, Artemis terus mengenakan apron di sekeliling pinggang lantas dia gerak ke arah kaunter. Sementara Lila sudah ke hulu dan ke hilir meja mengambil pesan atau mengemas sepah.

Semasa Artemis meletakkan teko kaca dalam mesin bancuhan kopi, satu siulan kedengaran dari sebuah meja.

         "Hey!Berikan kami dua set kek!" panggil pelanggan lelaki di meja berdekatan dengan kaunter itu.

Artemis yang dengar terus palingkan kepala. Waktu itu Lila terlebih dahulu menyahut. Artemis pun gerak ke rak kek. Dia tolong hidangkan ke dalam pinggan. Mendekat sahaja Lila di depan kaunter dia terus serahkannya.

          "Thank you..."senyum Lila kepada Artemis kerana senang bila ada rakan sekerja yang cekap melakukan sesuatu tanpa disuruh.

Artemis balas dengan senyuman. Dia perhatikan langkah Lila sehingga la kakak itu tiba di meja pelanggan tadi. Setelah Lila hidang, dia ternampak pintu restoran terbuka. Dua orang lelaki berjalan masuk ke situ. Masing-masing berpakaian biasa. Dia pun pusingkan la badan hendak menghadap pintu dan pelanggan tersebut untuk menyambut, sekali tu selepas pandang muka lelaki pertama dia terus berkerut kening.

Lahh....

        "Hi...selamat datang. Boleh saya ambil pesanan?"sapa Artemis kepada dua lelaki yang sedang berdiri di hadapan kaunter.

         "Ice Americano...buat seperti hari tu." order lelaki bertatu pada lengan kiri pada Artemis.

Mata Artemis berkedip, dia masih tertanya-tanya. Dekat mana ya dia jumpa lelaki ni?Kenapa macam familiar? Serius dia dah lupa!

        "Dine-in ke?" tanya Artemis saat menyentuh skrin mesin pesanan itu. "Encik seorang lagi nak pesan apa?"

        "Latte decaffe..."suara ceria menyambut pertanyaan Artemis, buatkan hujung bibir itu terjungkit sedikit. "Dine-in.."

         "Baik.." sahut Artemis sambil punch in total harga air tersebut.

Tiba-tiba suara Lila kedengaran.

         "Encik apa pegang-pegang ni!"

Serta merta kepala Artemis dan dua lelaki di depannya memalingkan kepala ke arah Lila. Apalagi pulak tu!Tak boleh ke satu hari dia ni lancar?

Tak ada habisnya betul!

          "Maaf...tunggu sebentar ya.."pamit Artemis  sebelum keluar dari belakang kaunter terus ke meja dimana Lila sedang berdiri memeluk dulang dengan terror!Siap la siapa buat masalah ni.

         "Apa kau ni...takkan la tak biasa. Macam mana kedai ni nak laris kalau layan customer fail?"seloroh lelaki sama yang bersiul tadi.

          "Meraba saya tiada dalam polisi perniagaan kami!"marah Lila dengan muka merah padamnya.

Artemis tiba di sisi Lila sesaat kemudian.

          "Kenapa Lila?"

Mata pelanggan lelaki itu terus terarah pada Artemis. Dia lirik wajah itu sebelum naik turun ke badan Artemis. Hal itu buatkan dia tersenyum miang!

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now