CHAPTER ENAM PULUH DUA

481 69 0
                                    

Beberapa hari yang lalu....

Carlos datang sendiri menemui Izan selepas majlis perjumpaan mafia itu. Awalnya Izan sekadar mahu menakut-nakutkan sahaja lelaki mafia itali itu. Biar Angelo hilang rakan kongsi. Tidak sangka pula Carlos datang sendiri menawarkan diri untuk berurusan dengan dia.

            "Sorry?Ulang balik?"soal Izan sedikit terkedu dengan apa yang disampaikan oleh lelaki di depan meja bulat tempat mereka berbual sejak 20 minit yang lalu.

             Carlos sedut asap cerutnya sebelum dihembus ke tepi saat memandang Izan. Seusai itu baru dia membalas. "Ya...Artemis sendiri yang cadangkan kepada aku untuk menemui kau kerana dia yang beritahu aku, Izan Aramis dari Orena Vicenzo akan susahkan hidup aku kalau aku meneruskan jugak urus niaga bersama Angelo..."

Mael di belakang kerusi Izan waktu itu memandang dingin ke wajah Carlos apabila lelaki itu menyebut nama Artemis. Hairan dia kenapa nama perempuan itu tidak lekang dari mana-mana mulut mafia yang di kenali!

            "Artemis...?"sebut Izan akan nama itu semakin kehairanan. Dah kenapa Artemis pulak yang suruh?

           "Ya...disebabkan dia adalah orang lama Angelo yang telah banyak berurusan dengan ramai mafia dan aku percayakan Artemis, aku batalkan perjanjian aku dengan Angelo semata untuk berurusan dengan kau, Izan. Jadi berhenti rosakkan asset aku dan beritahu apa yang kau nakkan dari aku. Dadah?Senjata?Organ manusia?Sumber manusia?Mana satu?"

Tidak terkata dengan situasi itu, Izan hanya memandang wajah Carlos bersama kening mencerlung tidak faham. Kenapa Artemis buat semua ni?Apa pulak rancangan gadis tu?







Bunyi deruman enjin dan tayar kereta brek buatkan mata yang terpejam perlahan-lahan dibuka. Izan di kerusi menghadap laman utama markas utama Organisasi Orena Vicenzo. Markas yang tiada siapa boleh temui kecuali orang yang pernah ke sini. Izan tidak terkejut sekiranya Angelo tahu tempat ini.

Yalah, Artemis pernah ke sini, jadi jelas-jelas Artemis yang beritahu lokasi mereka.

Seperti yang diberitahu oleh Dareen, Angelo akhirnya tiba di situ. Katanya Angelo nak bunuh dia. Yang hairannya kenapa Angelo marah sangat? Izan berkerut-kerut kening saat memikirkan hal yang disampaikan oleh Mael tadi.

            "Izan...kenapa Angelo cakap kau yang cantas Carlos dari urusan dia sedangkan Artemis yang rancang semua ni?"soal Mael.

             "Siapa beritahu kau?"

             "Dareen yang beritahu. Awalnya Artemis yang cakap dekat Angelo kau dah cantas Carlos. Sebab itu Angelo naik angin dan cuba cetuskan peperangan dengan kita.."jelas Mael.

              "Bukan aku yang cantas Carlos la. Lelaki tu yang datang sendiri offer diri untuk berurusan dengan aku lepas Artemis suruh dia ke sini.."beritahu Izan dengan jengkel. Dia pulak yang disalahkan.

               "Habis tu...kau nak cakap yang Artemis plan semua ni sebab nak biarkan Angelo dan geng kita berperang antara satu sama lain macam tu?"

               "Dah kenapa kau cakap macam tu pulak?"

              "Yalah...kau tak pelik ke?Carlos cakap Artemis suruh dia buat urusan dengan kau. Tapi Artemis beritahu Angelo kau yang rampas Carlos dari dia?Tak nampak ke yang Artemis cuba nak api-apikan kau dengan Angelo?"tambah Mael lagi dengan sinis. Bukan setakat tu jetak pernah-pernah Angelo tahu markas kita, tiba-tiba aje dia tahu dekat manaselain Dareen dan Artemis..tiada siapa tahu lokasi sebenar markas ni.

Berdenyut sakit jantung Izan sewaktu dengar kata-kata Mael yang masuk akal itu.

Pintu kereta terbuka. Sekumpulan samseng turun dari kenderaan lalu berkumpul membentuk satu barisan. Dan Angelo orang terakhir yang keluar dari kereta setelah itu. Diikuti Dareen di belakang lelaki tersebut.

Semua itu di saksikan oleh Izan, Mael dan anak buah geng mereka. Mereka semua mematai setiap seorang yang ada di situ dengan renungan helang. Bersiap siaga sekiranya pertumpahan darah terjadi pada waktu itu juga.

Izan yang duduk bersilang kaki di kerusi lipat yang di bawa hanya sandar malas melihatkan langkah Angelo mendekati mereka tanpa tunjuk sebarang riak di wajah itu.

             "Ini markas kau?"soal Angelo saat berjalan sambil melilau ke sekitar kawasan itu. Dia berasa curiga sendiri. Yalah...alamat ini Artemis yang berikan kepada dia.

             Perlahan-lahan Izan pun berdiri, dia seluk      tangannya ke dalam poket seluar dengan riak berlagak yakinnya setelah Angelo berdiri empat langkah dari dia. "Aku pasti ini adalah alamat sama yang Artemis beritahu kau dimana aku berada kan?"tanya dia pula.

Mael di belakang Izan curi-curi mengerling ke Dareen. Ikutkan hati dia mahu tarik abang dia supaya berdiri di sisi mereka waktu itu juga. Tapi dia tahankan saja diri tu.

               "Apa kau cakapkan ni?"giliran Angelo pula yang kebingungan.

                 Hujung bibir Izan terjungkit. Dia pandang lucu akan riak wajah Angelo. "Haih...aku tahu la kau tu bodoh...tapi bodoh tu jangan la ditunjukkan sangat.."komennya. "Jelas-jelas la sini lokasi sebenar markas aku berada. Bukan ke kau yang cari aku?"Izan berdengus kecil kerana berasa tidak percaya dengan apa yang dia baru sedari saat itu.

Sebenarnya, Artemis telah merancang segalanya dari awal.

Yang mana telah berjaya!

              "Mana ada...aku ke sini sebab Artemis beritahu aku, kau cantas Carlos, pelabur baru aku..macam tu aje!"beritahu Angelo dengan jengkel. Dia beritahu aku sebelum kau rampas pelabur aku better aku hapuskan kau dulu sebab itu aku ke sini.

Disaat Izan membalas renungan Angelo,

Waktu itu....

Dareen kerling ke belakang kepala Angelo sebelum pandang ke Izan dengan renungan dalam yang tidak dapat ditafsirkan. Sesaat selepas itu pandangan dia jatuh ke Mael yang waktu itu kebetulan sedang memandang dia. Jauh di dalam sudut hati dia beritahu ada sesuatu yang tidak kena di situ.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now