CHAPTER DUA PULUH LAPAN

610 89 11
                                    

            "Jangan dekat atau saya tembak awak!"arah Artemis Bersama mata kemerahan. Tangannya erat mencengkam senjata ke Izan.

PEMBUNUH.

PEMBUNUH.

PEMBUNUH.

Suara kepala Artemis menyebut perkataan itu berulang kali.

Kening Izan mencerlung tajam saat balas tatapan benci Artemis terhadapnya itu. Dia tidak menduga Artemis akan datang secepat ini. Kenapa lah anak buah dia tak call dia!Macam tak guna betul la mereka semua tu!

           "Artemis please...Dengar...aku boleh jelaskan pada kau-"

            "DIAM!"teriak Artemis sekuat hati. "Sepatah aje perkataan keluar dari mulut awak tu, saya sumpah!Saya sumpah!Saya akan tembak awak!"

             Tidak gentar apalagi takut dengan ugutan itu, Izan malahan menumbuk butang 'STOP'. Membuatkan lif itu berhenti dari berfungsi sebelum gerak mempenjurukan Artemis di dalam lif tersebut. "Tembak kalau itu yang kau nak."arahnya tanpa mengalihkan pandangan dari mata itu.

Air mata perlahan-lahan tumpah dari tubir Artemis saat dia pandang tidak berkedip ke Izan. Dia biarkan air mata yang mengalir turun dari tepi matanya. Rasa macam tak percaya aje yang dia selama ini telah menyelamatkan lelaki sama yang telah membunuh ibu dan ayah dia. Bukan setakat itu dia malah seronok menjalankan hubungan persahabatan mereka berdua!

          "Seronok perbodohkan orang lain?" soalnya dengan sinis sambil mengundur ke belakang hendak jauhkan diri. "Seronok musnahkan kepercayaan orang lain?"soalnya sambil mengacukan hujung pistolnya ke muka kacak itu.

            "Aku mafia....kau expect apa dari lelaki macam aku?"soal Izan dengan dingin.

              Berang dengan jawapan itu, Artemis gerak menarik picu untuk menembak Izan. "Lelaki semuanya sama!" namun begitu tangannya di cengkam oleh Izan dalam sekelip mata sebelum lelaki itu memusingkan lengannya hingga menyebabkan bahagian depan badan dan mukanya bersandar pada dinding lif itu.

Izan bersandar kuat pada belakang badan Artemis saat tangannya merampas pistol tadi dari tangan itu dan mengeluarkan konsol peluru sebelum di seluk masuk ke poket kotnya dengan sebelah tangan lagi.

Tidak mendiam di situ, Artemis gerakkan kaki berheel dia lalu Cuma melutut Izan tetapi gagal berbuat begitu apabila tubuhnya dengan kasar di pusingkan menghadap ke depan dan lengan kekar itu menindih tulang selangka bawah lehernya.

Sepantas kilat Artemis menghayunkan penumbuknya menuju rahang itu, tetapi Izan menepis lengannya ke tepi dengan kuat. Masih enggan berhenti, kakinya di bawah naik hendak menendang rimbuk itu, tetapi kaki Panjang milik lelaki itu menghentak tulang lutut kakinya dengan mudah!

            "Cukup!Jangan buat hal. Kita dekat tempat umum. Kau tak nak libatkan diri dengan pihak berkuasa tempat ni kan?"bisik Izan di depan muka Artemis saat bergelut untuk pastikan gadis itu tidak bergerak melawan.

Dengan bengis Artemis pandang Izan.

             " Apa yang awak dah buat dengan Han Tae Gu?Awak tahu saya hendak berjumpa dengan dia kan?Jadi awak cuba intercept urusan saya dengan dia macam awak buat dengan Angelo?"soalnya dibalik ketapan gigi menahan sabar. Bagaimana Izan boleh mendahului dia dari segalanya?

              Mata Izan tunduk memandang wajah marah Artemis dengan nafas naik turunnya. "Aku akan jelaskan dekat kau. Jadi bawa bertenang..."

               Hampir mahu meludah muka itu, Artemis telan air liurnya marah-marah. "Go to hell!"desisnya saat gerak memalingkan kepala ke kiri sambil mengatur nafasnya untuk tenangkan diri.

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now