CHAPTER TUJUH PULUH TUJUH

499 71 0
                                    

Brit!

Brit!

Telefon dalam poket bergetar mintak di jawab.

Sewaktu Menteri pertahanan sedang memberi ucapan sempena ulangtahun kebesaran polis diraja atas podium kecil, Elio di kerusi menghadap podium tidak hiraukannya. Perhatian dia terarah pada ucapan Menteri waktu itu.

Brit!

Brit!

Sekali lagi getaran kedengaran dari balik kot uniform polis yang dipakainya.

"Angkat panggilan kamu tu Elio."arah ayah Elio di sebelah tidak semena. "Mana tahu ianya panggilan penting."

Elio melepaskan keluhan mengalah. malas-malas dia seluk tangan ke dalam kot lalu mengeluarkan telefon dari poket itu. Matanya turun memandang skrin. Nama Angelo tertera pada skrin itu.

Nak apa lagi?Keningnya berkerut. Mahu tak mahu dia jawab juga panggilan tu.

"Hm."jedanya pendek.

"Kau dekat mana?"tanya Angelo dalam panggilan tu.

"Perhimpunan."Elio jawab tidak berminat.

"Ada sesuatu yang aku nak kau lakukan.."

Elio pandang ke tempat lain. Kepalanya menjauh dari jarak pendengaran ayahnya. "Jangan kau libatkan aku dengan urusan jenayah kau tu.."bisik dia selepas itu.

"Ianya bukan mengenai aku Elio...tapi Artemis."

Elio terkutik. Air muka tidak Sukanya tadi berubah serta merta. "Kau dah temui dia ke?"Sudah seminggu lebih Artemis menghilang tanpa khabar. Angelo beritahu Artemis bawa diri kerana hendak larikan diri dari mereka. Dia pun ada tolong cari, tapi tak dapat jumpa jugak!

"Artemis sakit...dia sakit Elio. Sekarang aku cuba cari dia di hospital tempat dia terima rawatan. Tapi doctor beritahu Artemis dah keluar dari situ...beberapa minit sebelum aku sampai."jelas Angelo yang kedengaran seperti sedang jengkel menahan sabar.

Berdiri tegak dengan mengejut Elio lepas dengar. bagai hendak gugur jantung dari tangkainya. "Apa kau cakap?"Sakit?Artemis sakit?

Ayah Elio di sebelah ikut terkejut. Dia dongak memandang Elio dengan muka tak faham. "Kamu kenapa?Duduk la!"desisnya.

Tidak berlengah, Elio gerak mencelah orang yang duduk di deretan kerusi untuk dapatkan ruang privasi bagi meneruskan perbualannya dengan Angelo.

"Ya...aku dapat jumpa anak buah Artemis. Dia orang semua sembunyikan diri sebab nak simpan rahsia yang Artemis selama ni sakit. Aku nak kau cari dia!Kau kata kau berhutang budi dengan mak bapak Artemis kan!Kau cari dia!Cari sepupu aku sampai jumpa!"

Langkah Elio serta merta berhenti dari berjalan. Dia termenung memandang ke depan kerana begitu terkejut untuk menerima kenyataan yang orang yang dia cari selama ini sakit! "Dia sakit apa?"

"Kanser...kanser darah. Cari dia Elio. itu aje aku mintak dari kau sekarang ni. Aku dah buntu tak tahu nak buat macam mana lagi!Berita Artemis sakit buat aku mati kutu!Cari adik sepupu aku Elio. Aku janji aku takkan susahkan hidup kau lagi....tolong aku.."begitu terdesaknya nada suara Angelo waktu itu.

Sampaikan Elio yang dengar sakit hati sendiri.

"Baru sekarang kau nak cari dia?Selama ni susah sakit dia kau tak pernah nak peduli?"tanya Elio bernada kecewa.

"Aku tahu aku salah. Kau expect apa dari mafia seperti aku ni! Kejam dan tak berhati perut adalah sikap nature aku!Aku nak Artemis kembali ke pangkuan keluarga aku. Kau cari dia sampai dapat. Aku janji aku takkan susahkan hidup kau lagi!"

Elio perhatikan skrin computer yang memaparkan video cctv hospital tempat Artemis pernah menginap. Dia telah selidik rakaman yang terlibat pada hari kejadian Artemis menghilang. Susah la jugak dia nak dapatkan rakaman CCTV ni sebab pihak hospital agak bertegas soal privasi mereka. lagipun ada berpeluh jam rakaman yang perlu di pantau kerana terlalu banyak.

Awalnya dia fikirkan Artemis keluar larikan diri. Rupa-rupanya bukan. Sebaliknya Artemis telah dilarikan. Dan yang melarikan Artemis itu tidak lain tidak bukan orang itu adalah Izan sendiri. Kelibat Izan bersama tiga orang suruhan lelaki itu kelihatan dalam rakaman CCTV yang berjaya dia pantau.

Walaubagaimanapun, Elio tidak dapat berbuat apa-apa.

Sekalipun dia tahu orang yang membawa Artemis pergi adalah Izan, dia tak tahu kemana Izan telah pergi. kerana markas Izan telah kosong. Jejak lelaki itu lesap begitu saja. Tiada tanda atau kesan yang tertinggal.

Knock!

Knock!

Bunyi ketukan pada meja tidak lama kemudian menyentak lamunan Elio.

Lelaki itu dengan malas kerling ke depan meja kerjanya. "Ada apa?"

"Kita ada kes baru. Dekat Rusia. Tuan beritahu penyeludupan senjata kimia bakal dilangsungkan dalam majlis amal di sana.."kata Leon.

"Hm."angguk Elio.

"Maklumat akan disertakan kemudian. Tuan hendak sekarang atau masa meeting?"

mata Elio gerak semula ke skrin computer. Dia masih terfikir hendak mencari Artemis. Bukan kerana permintaan Angelo. Tapi kerana ingin meminta maaf pada Artemis sendiri selepas bertahun lama dia memendam rasa serba salahnya ini.

Leon di depan meja sudah buat muka tidak sabar. Dia tunggu Elio beri jawapan, tapi ketuanya itu kelihatan seperti tidak fokus dengan apa yang dia katakan tadi. "Tuan?"panggilnya semula.

"Kemudian aje..."jawab Elio sebelum bangun dari situ. Dia capai kotak rokok yang ada di tepi papan kekunci computer. hendak keluar merokok sekejap!"Aku keluar sekejap. Ada apa-apa call."

"Baik."angguk Leon sambil perhatikan dengan hairan akan tingkah ketuanya itu. Sudah beberapa hari dia perhatikan Elio. Nampak macam lelaki hilang isteri pun ada. nak kata putus cinta tak ada teman wanita. Nak kata angau bercinta...rasanya tak pernah pulak dia nampak Elio bersama dengan mana-mana perempuan. Tapi kenapa frust menonggeng sangat?!


 Tapi kenapa frust menonggeng sangat?!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now