CHAPTER SATU RATUS TIGA

570 80 3
                                    

Tidak berkedip untuk beberapa saat, Artemis pandang wajah bercermin mata Izan itu. Cuba hendak pastikan dia tidak salah dengar. Berharap yang ini bukan ilusi atau mimpi. Izan dah ingat semula?Dan belum berkahwin?

             "Lima tahun aku struggle untuk bangun semula dan sembuhkan diri lepas sedar dari koma dengan hasil rekaan cerita Luciana bahawa Luciana adalah orang yang aku cintai selama ni...Aku percayakan Luciana sebab masa tu aku hilang ingatan."mula Izan sewaktu dia bawa makanan ke mulut lalu di suap. Sambil memandang Artemis dia kunyah makanan itu.

Masih terkedu tidak dapat berkata apa-apa, Artemis mendiam. Dia terlampau terkejut!Awalnya dia mahu gembira dan melompat terus untuk peluk Izan Namun apabila realiti menghentak fikirannya, perasaan itu terus tenggelam serta merta.

             "Kau nak tahu apa yang lebih menarik..."Izan mengukir senyuman pada Artemis. "Luciana kena tangkap dengan aku tiga hari sebelum wedding kami berdua. Dari situ dia ceritakan segalanya pada aku. Selama ini Luciana tipu aku sebab nak lindungi kekasih gelap dia sepanjang tempoh masa aku dan Luciana bertunang.."

Artemis mula membutangkan mata kerana sedar apa yang bakal bersambung kemudian melalui cerita Izan itu. Nafasnya mulai tidak teratur, dia hampir hendak bangun dari situ.

               "Luciana beritahu aku sesuatu...sesuatu yang membuatkan aku marah dan kecewa yang amat sangat." kata Izan semasa menelan sisa makanan dalam mulutnya. Gelas berkaki yang terisi dengan wain kemudiannya di capai.

              Secara refleks Artemis berdiri, dia capai beg tangannya. "Maaf..saya hendak ke tandas.."cubaan dia mahu mengelak. Ianya terlampau mengejut dan tiba-tiba. Dia tak bersedia hendak berhadapan dengan Izan sebab dia sedar yang dalam hal ni memang salah dirinya.

              "Duduk."arah Izan dengan tenang sebelum menyisip sedikit cecair merah berbau harum dalam gelas berkaki itu. Matanya terarah pada wajah cemas Artemis. "I'm not done yet..."

Pandangan Artemis terarah pada wajah Izan. Lelaki itu kelihatan tenang tapi dia tahu Izan sedang mengawal amarahnya.

               "Duduk sekarang..."nada Izan mulai keras.

Mahu tak mahu Artemis duduk semula. Dia cuba untuk tidak memandang wajah Izan, tapi aura yang menyelubungi meja makan mereka waktu itu buatkan dia gagal untuk berhenti dari menatap renungan tajam Izan.

               Perlahan-lahan Izan pun meletakkan gelas berkakinya ke meja semula. "Luciana beritahu aku yang kau minta dia untuk selamatkan aku...dengan cara kami berdua perlu kahwin. Sebagai bayarannya kau tinggalkan aku..."

               Mata Artemis merenung tepat ke mata Izan waktu itu. Nampak sangat yang Izan kecewa. Ianya buatkan Artemis menjadi sebak. "Sebab itu aje cara yang saya ada untuk bantu awak waktu di buru oleh pihak polis di sana...kalau saya tak buat apa-apa awak dan Dareen dalam bahaya."beritahunya dengan lirih.

Izan ketawa kecil. Dia pandang Artemis dengan renungan terkilannya. Dia bukan marahkan Artemis. Dia rindu Namun perasaan kecewa dan terkilannya masih berlegar-legar.

               "Macam tu aje?Sebab kau tak cintakan aku?Kau serahkan aku pada orang lain?"

                "Saya terpaksa Izan..."

Izan berdengus kecil. "Kau boleh pilih untuk stay Artemis...tapi tak. Kau tinggalkan aku dekat situ sendiri macam aku ni tak penting untuk kau...kalau la kau tahu malam sebelum aku kemalangan bersama Dareen..orang pertama yang aku fikir cuma kau..."

               "Dan orang terakhir yang saya fikir akan tinggalkan saya adalah awak!"ketap Artemis kerana geram. Dareen yang halau dia!Kalau tidak memang dia akan stay sehingga Izan sedarkan diri!Dareen yang bawa Elio ke situ untuk hantar dia pulang ke Angelo!Mereka yang dia pergi tinggalkan Izan! Kenapa nak salahkan dia pula?!

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now