CHAPTER EMPAT PULUH DUA

606 86 45
                                    

Dari situ lagi sudah mendengar suara marah-marah Dareen dan Izan yang bertekak sejak tadi. Mael berhentikan Artemis sekejap nak pastikan keadaan clear atau tidak saat mereka tiba di situ. Mana la tahu kan dua orang tu baling barang ke apa ke...kan tak pasal-pasal pulak!

Yakin yang Dareen dan Izan tidak memegang objek atau senjata di tangan, Mael dorong Artemis ke tepi, masuk ke ruangan dimana Izan dan Dareen sedang berdiri menghadap satu sama lain.

          "Kau dah buatkan Artemis jadi buruan samseng dekat luar sana hanya kerana Artemis gagal temui Angelo semalam. Kau tanya aku lagi kenapa aku marah?10 tahun Izan aku bazirkan masa bekerja bawah lelaki tak guna tu sedangkan aku boleh bekerja atas nama ayah kita"

          "Bukan salah aku dia kena tembak dengan perempuan entah sebarangan nama Verena tu...salah Angelo la sebab tak reti nak jaga orang bawahan dia."

           "Itu bukan masalahnya sekarang. Masalahnya sekarang kau tak nak beritahu dia apa yang berlaku malam tu..."

           "Kau nak aku beritahu macam mana lagi...Apa bezanya kalau aku beritahu aku bunuh mak ayah dia ke tak!Kita mafia Dareen. Apa saja yang keluar dari mulut ni hanya penipuan. Dia takkan percaya!"bentak Izan.

Mendengar kenyataan Izan dan Dareen, Mael dekat situ sandar ke pemegang tangga dengan tangan bersilang di dada. Mari tengok siapa tundukkan siapa.

Artemis di situ pandang akan Izan dan Dareen di situ dengan renungan tak percaya. Serius la. Dia dikejutkan dari lena hanya kerana dua orang ini ke?

           "Hei!"panggil Artemis.

Terkejut dua bahu tu bila dengar suara Artemis. Pada masa yang sama, Izan dan Dareen palingkan kepala ke arah Artemis. Memandang gadis itu dengan muka 'f*cked up' masing-masing. Wajah pucat kepenatan Artemis di pandang mereka bersama mata terbutang kejung.

           "Mael Nezha!"panggil Izan dengan nada tak percaya. "Apa yang kau fikir kau cuba buat?Dia sepatutnya rehat...bukan berada di sini.."

           "Dah kau orang tu susah sangat nak settle kan benda ni...dah alang-alang dia ada dekat sini kan...baik biar dia tahu je terus.."jawab Mael dengan muka tak bersalah.

           "Dumb ass...kau kejutkan dia semata kita orang bergaduh?"keluh Dareen dengan kesal.

            Sambil pegang kepala yang sedang pening, Artemis melepaskan keluhan panjang. "Boleh tak kau orang semua diam sekejap."

            "Artemis....baik kau naik sekarang balik bilik berehat."arah Izan.

             Dareen pandang tak percaya ke Izan. Dia terus dekati Artemis. "Kau patut jawab panggilan kau Artemis semalam."beritahunya. "Angelo bising sebab kau tak jawab panggilan dia. Dia fikir kau cuba beloti dia...sekarang semua orang cari kau untuk di bunuh lepas Angelo dah di bawa ke penjara wilayah persekutuan semalam."

           "Biarkan aje keparat tu dalam penjara tu...dia tu tahunya gunakan kau untuk kepentingan dia aje. Lepas dia gunakan kau dia buang kau macam tu..."kata Izan saat lelaki itu turut berjalan ke arah Artemis.

           "The heck?Kena buru?"sampuk Mael tiba-tiba.

Mata Artemis gerak memandang dua beradik itu silih ganti. Tidak tahu hendak berkata apa lagi. Agaknya kalau ada pistol di tangannya saat ini, dua-dua kepala ni dah pecah berkecai dengan pelurunya!

           "Stop."arah Artemis mendatar. Dia tiada tenaga sangat hendak tinggikan suara. Ini yang dia malas sangat nak hadap!

Dengan serentak dua lelaki itu terus berhenti dari melangkah.

Mael pandang kagum ke dua orang abangnya sebelum ke belakang kepala Artemis saat melihat kepatuhan dua orang anak mafia depannya itu.

             Bersama renungan tidak berminatnya Artemis pandang ke Dareen. "Pertama sekali, aku memang sengaja tak jawab panggilan Angelo tu sebab aku fed up dengan dia."lalu dia pandang Izan pula. "Kedua, saya tak peduli apapun alasan kenapa awak bunuh parents saya. Hutang darah di bayar darah. So stick this up on your thick skull!Jangan serabutkan kepala saya yang sudah sedia serabut ni. Ingat sikit...kita adalah musuh. Berhenti ambil berat tentang saya." pandang dia akan dua orang di depannya silih ganti.

Mulut Izan terbuka sedikit kerana dia ingin sampaikan sesuatu tapi tak terluah.

          Sementara Dareen buat muka jengkelnya bila Artemis cakap begitu."Artemis..itu-"

          "Dan kau-"tidak hiraukan Dareen, Artemis pusing menghadap Mael pula.

          Berdiri tegak Mael dari sandarnya bila Artemis pandang dia. "Ya saya?"jarinya di tunjuk ke muka sendiri.

          "Kau hantar aku keluar dari sini sekarang jugak. Aku malas nak hadap muka dua orang ni."arah Artemis saat pegang tiang besi Iv Drip lalu merentap beg berisi cecair itu kasar-kasar dan mula mendaki tangga di situ.

          "Baik!"sahut Mael tanpa sedar.

          Artemis melintasi dua orang pengawal tadi pula. "Mana bilik tadi?Pulangkan balik baju aku, atau dua-dua aku bogelkan dekat sini sekarang!!"arahnya kepada mereka tadi.

Bingung-bingung dua orang pengawal tadi dibuat situasi itu. Boleh pulak!?

         "Baik."sahut mereka tanpa sedar sebab begitu tercengang.

Dan bila Artemis sudah mendaki naik jauh di atas, ketiga-tiga beradik itu masing-masing blur sendiri. Seperti orang baru tersedar dari di pukau.

          "What the hell? Asal aku dengar cakap dia?Kau Nampak tadi tu?"tanya Mael pada Izan menunding jari ke arah Artemis.

          "Ugh!Semua ni kau punya pasal la Mael!?"getus Izan.

Dareen melepaskan keluhan panjang kerana kekesalan. Batang hidungnya di picit kerana letih. Apalah nasib dia dikurniakan dua beradik seperti mereka ini!

           "Tuan Izan...apa kami kena buat ni?"soal pengawal tadi.

             Izan melepaskan keluhan. "Kau orang dengar dia cakap apa tadi kan...buat aje la sebelum dia naik angin."ngalahnya sebelum gerak ke sofa dan duduk bersandar di situ.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Fuhh.... selesai jugak enam chapter hari ni seperti yang dijanjilan. Harap2 awak yang membaca tu puas hati la eh.

Hehhehe...dalam kepala ada banyak idea sebenarnya. Tapi tak tahu la nak seronokkam lagi jalan cerita macam mana.

Nak buat romantik rasa macam off pulak switch tu...nak buat kelakar...takut hambar pulak..🤣😂.

Apapun terima kasih sebab sudi baca!

Nantikan bab yang seterusnya!

Ciklesungpipit! Thank you!😉🥰 6 chapter ni khas untuk awak.

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now