✧*̥˚CHAPTER SEMBILAN BELAS*̥˚✧

622 81 9
                                    

Berdesing telinga akibat lemparkan itu.

Izan tunduk memandang ke bawah lalu bertentangan mata dengan Artemis. Rasa sakit yang dirasai pada belakangnya tidak dihiraukan kerana perasaan risau mengatasi segalanya.

Walaupun dia tahu siapa Artemis, walaupun dia tahu tindakannya ini hanya bakal mengeruhkan lagi keadaan, Izan gagal mengawal dirinya untuk tidak melibatkan diri dengan Artemis.

Dia cuba!

Serius!

Dia cuba yang bersungguh-sungguh!

Tapi akhirnya gagal juga!

            "Siapa kau!Berani kau masuk campur?"tegur suara sama yang buatkan darah dia yang sedia mendidih sejak lelaki itu menyentuh Artemis, terus meledak.

Izan perlahan-lahan berpaling. Dia pandang lelaki itu dengan penuh amaran.

            "Keluar dari sini sekarang..."arah Izan dengan nada perlahan tetapi beraura penuh amaran.

Semua orang di situ pandang. Mereka semua beri reaksi yang sama.

TERROR!

Mata lelaki si pencabul terbutang kaku sesaat selepas menyedari siapakah lelaki yang masuk campur urusannya itu.

Sekali tu hah!

Ambik kau setepek kena!

Dah la pinggang kena kepala tu!

Ketua Mafia Orena Vicenzo, Izan Aramis!

Tidak menyangka dia akan bertemu dengan lelaki ini di sini. Lantas matanya gerak ke Artemis yang sedang berdiri di belakang Izan untuk sesaat sebelum memandang wajah ketua mafianya itu.

             "Dah...jom..jom gerak!" tergagap-gagap lelaki itu saat mengundur ke belakang hendak pergi dari situ. Menggeletar lutut kaki waktu itu. Masakan tidak, dia dah kacau apa yang tak sepatutnya dia usik. Perempuan tadi pasti ada hubungan dengan ketuanya ini!Sebab itu perempuan tadi berani melawan dia!

Artemis perasan, dia kedipkan mata tidak faham lalu jengahkan kepala ke balik lengan Izan.

            "Oi!Nak ke mana hah!Urusan kau dengan aku belum selesai lagi!"panggil Artemis cuba mendekat, tetapi lelaki di depannya malah menyiku dia supaya berhenti.

Izan perhatikan kumpulan lelaki yang tadi memenuhi seluruh ruangan dalam restoran itu keluar dengan renungan benci. Baik mereka sembunyi sebelum dia yang jumpa nanti. Kalau dia jumpa, mati dia orang dikerjakan!

Kosong terus restoran tu.

          Lila yang ada di tepi kiri meja tadi pandang bingung. "What the hell just happened? Tadi bukan main tunjuk samseng...lepas tu lesap?"fikirnya terkebil-kebil.

          "Okay tak tu?"suara Artemis menyentak Izan.

Izan pun berpusing semula menghadap Artemis dengan reaksi berang.

Grrr!

Dia ni kan!

            "Hei perempuan pelik!Kau tu dah tak sayang nyawa sangat ke!?"herdik Izan kerana bengang dengan tindakan berani mati Artemis yang baru sahaja menyerang ketua kumpulan pengedar dadah paling berbahaya dalam bandar itu. Angelo sendiri pun tak boleh la nak control lelaki tu dari serang Artemis nanti.

Berkedip-kedip mata Artemis sampai dia sendiri tak sedar terlompat sedikit kerana terkejut.

Waktu itu Mael tanpa di suruh, dia sendiri gerak ke arah pintu restoran lalu memusingkan papan 'OPEN' kepada 'CLOSE'. Lalu berdiri berkawal di situ.

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now