CHAPTER TUJUH PULUH DUA

492 75 5
                                    

           "Kau tahu?"

           "Ya tahu la...aku nampak jari kau bergerak lama tadi..."

           Sambil tersenyum nipis, Artemis pandang seketika wajah Mael sebelum memejamkan mata sekejap. Dia cuba selesakan diri di kerusi itu untuk hilangkan sakit di tulang belakangnya. "You know...this is basically a kidnapping.."

           "Kau beritahu la hal tu pada orang yang bertanggungjawab bawa kau bersama kita orang ke sini.."kata Mael saat perasaan akan ketidakselesaan Artemis waktu itu. Namun begitu dia tidak bergerak dari duduk. Matanya sahaja perhatikan tingkah tersebut.

           "Ke mana kita nak pergi ni?"

Perasan yang seatbelt yang terpasang pada badan menghalang pergerakkan dia, Artemis buka mata. Dia melepaskan keluhan mengalah. Lock yang ada di tali itu cuba di kumpil tanggal.

            "Ke Rusia. Kita orang dah tinggalkan base di tempat lama lepas Angelo buat deal dengan Izan."berasa jengkel dengan tindakan Artemis mahu meninggalkan seatbelt, Mael mahu tak mahu bangun dari situ. Dia sondong ke Artemis dan bantu tanggalkan seatbelt dari badan tu. Lantas dia ambil bantal kecil yang ada di tepi kerusi bersebelahan Artemis untuk di letakkan ke belakang badan gadis tersebut.

            Kening Artemis mencerun. Dia pandang muka yang ada di depannya dengan bingung. "Rusia?Dah kenapa aku ikut kau orang sekali ke situ?"

             Mael kembali duduk. Dia sandar ke belakang setelah itu. "Dengar la sendiri..." bibirnya dijuih ke arah depan kokpit.

Artemis menjungkit kening saat hendak bertanya, Namun niatnya terbatal apabila dengar suara bising dari arah depan.

             "At least bagi la Artemis masa untuk minta diri dulu dengan Lila dan Lily. Mereka berdua tu kawan baik Artemis. Paling tidak bagi Elio jumpa Artemis untuk lelaki tu minta maaf pada Artemis. Bukan secara mengejut macam ni..."

             "Ahh...pergi lantak la dengan dia orang tu...tak ada susahnya pun kalau dia orang tak jumpa Artemis buat kali terakhir..." balas Izan dengan nada bersahaja. "Hidup aje dia orang tu.."

Dareen yang dengar pun menggeleng kepala kesal. Penat la bercakap dengan manusia yang ego melangit bak Gunung Everest ni! Mental dibuatnya.

             "Kau sukakan Artemis ya?"tanya Izan semasa  memandang Dareen yang tidak puas hati.

Mulanya memang senyap tiada suara sebab Dareen waktu itu dalam dilemma sama ada hendak jujur atau diamkan saja. Dia hanya pandang Izan dengan renungan tanpa gentarnya. Dia tidak takut pada Izan, sebab dia tahu tak kira la sejauh mana dia kuat memberontak, Izan takkan pernah cuba nak sakiti dirinya ini.

               "Hei...aku tanya ni...pekak dah? Tadi bukan main lagi membebel."soal Izan lagi kejengkelan.

Artemis dan Mael yang sedia maklum apa perasaan Dareen tidak memberi sebarang reaksi yang terlalu terkejut. mereka hanya memasang wajah poker face masing-masing sambil menanti apa respon lelaki tu.

              "Kalau aku kata aku sukakan Artemis...kau nak buat apa?Bunuh aku?"

              "Jadi betul la sangkaan aku selama ni?Yang kau sukakan Artemis...."

Artemis menjuling mata menyampah dengan nada yang Izan gunakan saat bercakap. Dia boleh agak apa yang bakal Izan katakan selepas itu.

              "Kau dah tahu?"soal Dareen sedikit terkejut.

              Mael membuat muka tak pedulinya. "Aku teka aje. Tak sangka pulak betul. Kalau kau sukakan Artemis atau tak bukan masalah aku. Itu urusan kau dengan dia. Apa yang pasti bila aku nakkan sesuatu atau seseorang tu...aku akan dapatkannya tak kira apa sekalipun keadaan!"

See!Artemis berdengus kecil kerana berasa tidak suka dengan kata-kata berlagak Izan itu. Confident tu beli dekat mana?Lazada?Zalora?Bukan main yakin lagi kalau bercakap tu.

            "Berlagak!"getus Dareen dengan menyampah. "Aku tak kuasa nak bergaduh dengan kau, Izan. "

             "Tahu tak apa."

Selepas itu dua beradik itupun senyap tidak mengatakan apa-apa lagi. Seperti sudah puas hati dengan sesi luahan perasaan masing-masing sejak tadi.

Sementara itu,

Mael pandang ke Artemis bersama perasaan serba salah. Waktu itu dia teringat akan kata-kata kasar yang dilemparkannya ke Artemis sebelum ni. Menuduh Artemis sebagai anak pembunuh dan sebagainya. Dan sekarang dia cuma harapkan kesembuhan Artemis aje.

Dan Artemis pula menundukkan pandangannya ke bawah. Dia termenung memandang tangan kanan yang masih tertusuk dengan IV drip. Mengenangkan semula apa yang terjadi buatkan Artemis tersenyum sendiri. Yalah sejak awal penglibatan diri dalam dunia mafia, tak pernah sekali dia tidak dalam kesakitan. Tak pernah dia tidur dalam keadaan lena. Dan tak pernah sekali dia rasa bahagia apalagi gembira. Tak satu...satu dugaan datang menimpa.

Ibubapa mati terbunuh gara-gara hendak pertahankan persabahatan tiga orang kawan.

Jadi Yatim piatu sewaktu usia 16 tahun.

Di buru oleh samseng dan gangster kerana hendak lindungi Angelo.

Melihat orang lain mati di bunuh siang dan malam tanpa henti.

Hampir di bunuh dengan teman lelaki sendiri, ditambah sepupunya sekali!

Tak habis lagi....penyakit pun sama-sama nak join dia!

              Tiba-tiba Mael bangun. Lelaki itu sondong ke Artemis lantas menarik selimut naik untuk tutup badan itu. "Sambung la rehat kau. Nanti bila dah sampai aku kejutkan." arahnya sambil tu.

Artemis selesakan badan sebelum sandar ke belakang. Kepalanya di palingkan keluar tingkap pesawat. melihat awan senja pada waktu itu.

Ola!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ola!

Sorry baru sempat nak update chapter baru.

Dah ada yang penat menunggu ke?

Maaf sangat2...Tinta baru settle kan kertas periksa dengan kelas. Baru semalam ada tenaga untuk menaip.

Hari ni Tinta akan update 10 lagi chapter.

Hahaha...harap Buddies semua belum bosan lagi la ya!😉

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now