CHAPTER LIMA PULUH SEMBILAN

499 72 10
                                    

                "BEDEBAH!"satu pukulan yang kuat hinggap atas meja oleh Angelo. Semua orang yang berkumpul dalam bilik itu pandang tidak berkedip ke muka berangnya.

Dareen, Artemis dan dua lagi orang kanan Angelo diam di situ tidak memberi sebarang reaksi.

                 "Aku yang cuba dapatkan Carlo....lelaki keparat tu apa?Cantas aku dulu?"soal Angelo.

Artemis kerling ke Angelo semasa sepupu dia itu naik angin. Nampaknya berita mengenai pelabur yang dikehendaki oleh Angelo telah di rampas oleh Izan telah sampai di telinga lelaki itu. Sudah dua hari berlalu sejak majlis pertemuan antara mafia berlangsung. Dia tidak pernah beritahu Angelo mengenai rancangan Izan kerana dia beranggapan yang Izan tidak serius! Tambahan pula sudah dua hari kejadian dimana Angelo mendedahkan punca kematian kedua-dua ibu bapanya.

Rupa-rupanya.....

Izan telah mendahului Angelo.

Sekali lagi!

               "F*CK HIM!"ngaum Angelo saat melemparkan telefon ke atas lantai hingga ia pecah menjadi serpihan. "Dareen!sediakan semua anak buah!Kita akan serang markas Orena!"arah Angelo.

Artemis dengan tenang perhatikan langkah marah Angelo yang bergerak ke arah pintu. Membuatkan semua yang ada di situ ikut bergerak mengekori langkah lelaki itu.

             "Baik.."sambut Dareen masih berdiri di situ perhatikan Angelo berlalu pergi.

Angelo lenyap dari pintu sesaat kemudian.

              Artemis di sebelah mengerling ke Dareen. Dia tatap tepi muka itu untuk seketika sebelum bersuara. "Berapa lama lagi kau akan berada di sini Dareen?"soalnya dengan nada tenang. "Kau tahu...kau lebih selamat bersama dengan Izan di bandingkan tempat ni.."barulah dia mula berjalan keluar dari situ.

Waktu itu Dareen sedang memegang telefon. Dia menghantar pesanan kepada anak buah Izan terlebih dahulu untuk beri amaran. Selepas itu barulah dia hantar pesanan kepada anak buah yang lain untuk berkumpul.

            "Kenapa?Kau risaukan aku ke?"tanya Dareen saat bawa telefon ke telinga. Sama-sama jalan keluar dari bilik mesyuarat itu untuk sertai Angelo.

             Artemis tersengih. "Bukan risau. Cuma tertanya-tanya. Aku masih tak faham...kenapa kau bersetuju at the first place untuk sertai Angelo.."ujarnya semasa mereka menyusuri koridor dimana orang lelaki mula bergegas keluar dari situ hendak berkumpul. Lagipun Mael dah beri amaran supaya arahkan Dareen jauhkan diri dari dia!

             Panggilan Dareen di angkat. Lelaki itu pandang ke Artemis saat berkata. "Hello...Angelo dalam perjalanan ke markas Utama untuk menyerang Izan. Siap sedia Mael.."beritahunya.

Artemis yang dengar hanya buat muka sebelum berhenti di hadapan lif. Dia tekan butang turun sebelum menyilang tangan ke dada. Memandang ke pintu lif yang tertutup rapat. Beberapa hari ini dia cuba fikirkan cara untuk selesaikan konflik dua kuasa ni. Tapi tiada satupun idea yang muncul dalam kepala!

Semua ni salah Izan!

            Selesai buat panggilan, Dareen seluk telefon ke dalam poket kot. "Kau patut stayback..jangan ikut."dia pandang Artemis. "Dah kenapa kau tiba-tiba tanya soalan macam tu tadi?"

DING!

Pintu lif terbuka.

           "Sengaja tanya...."jawab Artemis.

           Dareen pegang pintu itu saat Artemis berjalan masuk. "Lebih selamat kalau kau tak ikut serta pertarungan ni.."katanya lagi saat bergerak masuk.

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now