CHAPTER SATU RATUS LIMA

509 74 0
                                    

             "Aku beritahu Artemis supaya jauhkan diri dari kau Izan. "

             "Berani kau halau Artemis!"bentak Izan.

Mael di sebelah Dareen sudah terkebil-kebil.

             "Aku terpaksa. Waktu tu keadaan tak mengizinkan untuk Artemis bersama kita. Kau sendiri tahukan Artemis sakit masa tu..."

              "Bukan itu alasan untuk kau halau Artemis!"Izan sudah mahu menerkam Dareen. Tetapi Marco dan Bob mengekang lelaki itu supaya bawa bertenang kerana baru sahaja sedar dari komanya kerana migraine teruk. Entah kenapa sedar-sedar sahaja Izan ingat semua kejadian dan terus nak cari Artemis.

            "Itu aje cara yang ada. Aku tak ada niat nak tengking Artemis dan halau dia pergi dari sini dengan Elio. Elio sendiri yang cadangkan hal ni pada aku supaya hantar Artemis semula ke Angelo supaya dia dijaga dan menerima rawatan dengan selamat..."

             "Kau buat semua ni sebab cemburukan aku?"

             "Tak..aku tak ada niat!"

             "Lepaskan aku!Biar aku tumbuk muka kau tu!Adik jenis apa kau nI!"gelut Izan dalam pelukan bodyguardnya. "Kau lagi turut akan kata Elio. lelaki yang jadi punca kita jadi macam ni dari fikir kebajikan abang kau sendiri!"

Mael pandang silih ganti akan Izan dan Dareen. Susah betul kalau dah tersepit antara dua orang alpha di depannya ini. Tak nak mengalah!Ego melangit mengalahkan gunung Everest dan Fuji!

               "Sudah la tu!Kau orang bukan Budak-Budak lagi nak bertekak. "

Jam waktu itu sudah masuk lewat 11 malam. Tadi siang selepas makan bersama Artemis, dia bawa Artemis berjalan-jalan ambil angin ke sekeliling bandar sebelum bawa Artemis makan malam. Kemudiannya dia bawa Artemis ke hotel penginapanya di situ untuk menceritakan segala yang terjadi sepanjang lima tahun ini.

Borak punya borak tak sedar dah lewat.

Artemis pun terlena sendiri tanpa dia sedari.

Itu yang berakhir di katil biliknya.

Selimut yang menutupi badan berpijama tidur hitam itu di betulkan oleh Izan sebelum lelaki itu tunduk mengucup tepi kepala itu perlahan-lahan.

Artemis tidak terkutik. Mata itu hanya terpejam rapat. Mungkin kepenatan satu hari ini mengelilingi bandar bersamanya mengimbau kenangan lama. Ianya cara Izan untuk ambil hati Artemis. Tapi Izan tidak yakin samaada Artemis ubah fikiran atau tidak.

Brit!

Brit!

Tidak semena telefon di atas night stand bergetar.

Mata Izan pun terus mengerling ke skrin itu. Dia pandang saja tidak hiraukannya untuk di angkat atau menjawab panggilan yang masuk tersebut.

Panggilan itu mati sesaat kemudian.

Baru Izan hendak bangun, telefon Artemis bergetar lagi. Membantut bangunnya serta merta.

Berasa tidak suka dengan hal itu, Izan nak tak nak capai juga telefon itu. Dan bila dia pandang ke skrin, nama 'Elio' tertera. Terus buat muka dia waktu itu juga.

Brit!

Brit!

Getaran itu buatkan Izan memandang wajah Artemis sebelum slide button hijau di skrin dan telefon itu di bawa ke telinga.

          "Hello?"sapa Izan dengan dingin.

          "Siapa bercakap ni?"

          Izan termenung memandang tangan Artemis yang terkeluar dari selimut. Dia menarik sengih meleret. "Izan."jawabnya sambil membawa tangan Artemis masuk semula ke dalam selimut.

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now