CHAPTER SATU RATUS DUA

478 71 2
                                    

Hampir 20 minit Mael perhatikan.

Selama 20 minit itu jugalah mata dia tidak berhenti bergerak perhatikan mahluk tinggi lampai yang sejak tadi ke kanan dan kiri bilik bacaan mereka.

Awalnya duduk merokok. Tak sampai 5 minit minum. Ingatkan dah settle lepas tu. Kemudian sambung balik ke duduk sambil merokok. Lepas tu sambung balik ulang alik dekat situ.

Mungkin otak dah benak dengan asap rokok tu, orang depannya ini decide untuk ke hulu dan ke hilir pulak sambil gigit buku jari tangan.

             "Kau ni dah kenapa?"tanya Mael kepada Dareen sambil buat muka rimas. Yalah..dia nak menaip email pun tak lalu sebab abang dia tidak berhenti bergerak sejak tadi depan sofa dia duduk. "Macam apa aje aku perhatikan dari tadi...cuba la duduk ke tak pun keluar dari bilik ni terus.pening la."

Rungutan Mael itu buatkan langkah Dareen berhenti. Dia pusingkan badan menghadap adik bongsunya itu dengan reaksi kesal dan bingungnya.

              "Kau tanya aku kenapa?"soal Dareen semasa mencekak pinggang menghadap Mael. Keningnya berkerut susah hati. "Izan bersama dengan Artemis dekat luar sana. Entah apa yang Izan buat kita tak tahu. Macam mana kalau dia buat sesuatu yang menakutkan Artemis nanti?"tanya dia.

Mael buat muka. Dia pandang Dareen atas ke bawah beberapa kali.

                "Kau nak gelabah kenapa?Biarlah dia orang berdua tu."

                "Yalah...masalahnya sekarang Artemis tak tahu apa-apa."

                 "Kan Izan dah beritahu kita jangan masuk  campur...lagipun Izan nak buat apa aje dekat Artemis tu. Dia nak get back semula dengan Artemis....takkan la dia nak apa-apakan Artemis tu pulak..."Mael menggeleng kepala kerana tidak faham akan sikap cemas Dareen tu.

Dareen merenggus kasar. Dia pandang ke arah perapian pula sambil mengetap gigi menahan rasa.

                 Sambil tunduk menaip, sambil tu Dareen berkata. "Kan kau sendiri beritahu dekat Izan yang kau tengking Artemis hari tu dekat hospital sebab nak lindungi Artemis...nanti tahu la Izan nak beritahu Artemis macam mana...dia tak nak Artemis larikan diri dari dia lagi."

                    "Memang lah...masalahnya sekarang Artemis tak tahu pasal tu.Apa Artemis tahu, aku arahkan dia supaya jangan dekati Izan. Aku tak nak disebabkan aku, Artemis tak nak terima Izan semata kata-kata aku tu...."jelas Dareen dengan kesal.

                     Tangan Mael berhenti dari menaip apabila dia dengar penjelasan Dareen. Dia mengangkat kepala lantas memandang abangnya itu dengan muka tersedar akan sesuatu. "Ya tak ya kan..."angguknya setuju dengan hal tu.

                   Terus Dareen duduk menghenyak marah ke sofa sebelum melepaskan hela panjang kesalnya. "Lagipun kalau Artemis tahu hal sebenar, mahu ke Artemis terima lamaran Izan tu nanti...hidup dengan mafia ni bukan mudah...banyak bahayanya. Kadang-kadang kita boleh terlepas pandang bila spy selinap masuk dalam organisasi ni...Kalau apa-apa berlaku, kita cuma akan tambah musuh aje.."

                   Mael memandang tepi muka Dareen sewaktu lelaki itu mengeluh. Selama ini Dareen jarang tunjukkan emosi apalagi reaksi di wajah dalam apa-apa hal. Tapi kalau soal yang melibatkan Artemis, Nampak sangat betapa mudahnya Dareen ini hendak di baca. "Kau masih belum lupakan perasaan suka kau pada Artemis ya?"duganya.

                   Kepala Dareen tersentak ke Mael. "Dah kenapa kau cakap macam tu...aku dah lama move on dari sukakan Artemis lah.."

                  "Iya la tu.."Mael buat muka funny tak nak percaya.

Tidak membalas, Dareen sekadar menjeling tidak suka ke Mael. Dah berapa kali dia nak jelaskan pun tak tahu. Mael asyik beranggapan yang dirinya masih suka pada Artemis.Sedangkan tidak. Dia cuma berasa serba salah pada Artemis aje selama lima tahun ni. Dareen berharap yang dia boleh temui Artemis dan jelaskan segalanya.

Lantas Mael kembali menyambung kerjanya. Dia tersenyum nipis saat lihat tulisan muncul di skrin laptop itu saat jarinya laju menaip atas papan kekunci.

                 "Kalau dah jodoh tu tak ke mana..."kata dia dengan perlahan. "Dan kadang-kadang tu dalam hidup, kena belajar untuk melepaskan. Sebab bukan semua perkara dalam dunia ni kita boleh miliki. Adakalanya perkara yang kita mahukan tu la takkan dapat sebab ada perkara yang lagi penting kita perlukan..."

                   Dareen berdengus kecil.Dia berasa lucu dengan sikap serius Mael. Siapa sangkah adik bongsunya ini sudah masuk tahun ke-29. Seusia dengan Artemis. Sekejap saja masa berlalu. Dari bayi hingga la dewasa. "Pandai la kau bercakap..."komennya.

                    "Baru tahu ke adik kau ni pandai...."Mael menarik sengih meleretnya.

                    "Blah la kau..."bantal kecil yang ada di sampingnya di capai Dareen lalu dilemparkan ke arah Mael waktu itu.

Mael ketawa bila bantal kecil itu kena pada tepi kepalanya. Dia tidak membalas malah bersahaja meneruskan taipnya.

                     "Agaknya Izan beritahu tak hal sebenar?"keluh Dareen saat lelaki itu sandar di sofa dengan kedua-dua tangan naik ke belakang kepala.

Barulah Mael melepaskan keluhan. Dia pun ikut sama sandar ke sofa lalu termenung memandang kosong ke satu arah tanpa sebab.

                       "Harap-harap dia beritahu la...biar settle semua ni dengan cepat.Kesian dah aku perhatikan Izan tu...selama 8 tahun dia struggle hendak dapatkan cinta dia yang satu ni"kata Mael penuh berharap waktu itu. "Dari crush dia dengan Artemis selama tiga tahun...lepas tu kemelut dia bersama Angelo buatkan Artemis makin susah nak terima Izan...berakhir dengan kemalangan yang buatkan Izan hilang ingatan...kalau aku jadi Izan..lama dah aku give up dari kejar orang yang sama.."

Kata-kata Mael itu terngiang-ngiang dalam kepala Dareen yang mendengar. Yalah..Izan baru 8 tahun. Yang dia ni...one sided love selama bertahun lamanya tak ada fikir pulak.

one sided love selama bertahun lamanya tak ada fikir pulak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sikit aje lagi ni.

Dah nak habis dah buku 42 kita ni.

Hang on there.

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now