CHAPTER TIGA PULUH

596 86 1
                                    

Beberapa jam yang lalu....

          "Maaf di atas kehadiran saya yang mengejut ke sini.."ucap Izan kepada Han Tae Gu.

           Lelaki tua itu membalasnya dengan senyuman nipis di bibir. "Tidak mengapa. Jangan risau. Kehadiran kamu juga telah saya duga memandangkan berita mengenai rancangan saya dan Angelo telah sampai ke beberapa telinga..."

Dengusan kecil lepas dari Izan.

Cepat betul!

          "Bukan itu tujuan saya ke sini. Saya tiada niat   hendak menghalang rancangan Angelo, sebaliknya saya ingin berikan tawaran yang lebih baik dari tu..."Izan mengeluarkan satu sampul surat dari poket kotnya lalu diserahkan kepada lelaki itu.

           "Apa tawarannya tu?"tanya Han Tae Gu saat melirik ke sampul surat yang diserahkan kepadanya.

           "Jual Taman Delaney tu kepada saya dengan harga sebanyak 50 juta. Dan saya akan berikan satu bidang tanah yang cukup untuk kamu bina kasino di situ secara percuma tanpa syarat..."beritahu Izan. "Di dalam sampul itu terdapatnya check berjumlah yang sama."

            Han Tae Gu membutangkan mata kerana begitu terperanjat Mendengar tawaran tersebut. "Huh?"

           "Hanya katakan setuju."

           Tidak semena Han Tae Gu ketawa. "Hahahaha....50 juta?Sebidang tanah percuma?memangnya untung apa saya kali ni?"

          Izan berkerut kening tidak faham. "Kenapa kamu ketawa?"

          "Yalah...Angelo sendiri berikan saya tanah Taman Delaney tu kerana ingin membayar hutang saya dengan dia yang terdahulu.saya tidak perlu keluarkan duit..malah dapat duit begitu sahaja?"ujar Han Tae Gu dengan bangga.

            "Apa dia?"Izan sedikit tergamam. Dia tidak faham dengan apa yang baru dikatakan Han Tae Gu itu.

             Dengan sisa ketawa Han Tae Gu berkata lagi.   "Sebenarnya kisah dia bermula 10 tahun yang lalu. Angelo asalnya seorang yang susah. Dia Cuma budak muda yang tak dapat nak Tarik perhatian ayah mafia dia tu. Jadi untuk itu dia cuba tubuhkan satu gang. Hanya satu kumpulan gang mafia yang baru hendak membangun. Waktu itu dia perlukan duit yang banyak. Kebetulan masa tu, Ibu saudaranya, iaitu Delaney Aurora adalah setiausaha saya yang terdahulu. Dia yang minta saya bantu Angelo bangunkan gang dia tu sampai la dapat kepercayaan ayah dia si Belaruz. Bila dah berjaya baru la jadi mafia terkenal sekarang ni. Disebabkan hutang tu, Angelo bayar saya dengan sebidang tanah iaitu Taman Delaney tu...mulanya saya tak nak sebab hutang dia dah lama terlunas sebelum Delaney Aurora tu meninggal dunia...dah dia yang berkeras..saya ambil la..tak sangka pulak tuan datang ke sini jauh-jauh semata nak beli tanah percuma yang diberikan pada saya tu."

Terkedu Izan di situ. Dia pandang tak percaya selepas mendengarkannya. What the hell?!

           "Macam ni sajalah...saya ambil tawaran kamu tu. Tapi dengan syarat, apapun masalah kamu dengan Angelo tu saya tiada kaitan sama sekali."


Amik kau!

Konon la nak tunjuk power lepas masuk kereta tu kan...

Mengamuk bagai nak rak!Sekali tu....

Hmph!Terlelap terus lepas membebel tak ke sudah.

Mafia girl la sangat....

Izan kerling ke sebelahnya saat pemanduan dia itu berhenti di hadapan sebuah laman luas yang sibuk dengan orang mengangkat barang ke hulu dan hilir. Kot yang menyelimuti badan itu dibetulkan semula sebelum dia capai phone dan menarik hand break sebelum keluar dari kereta itu.

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now