CHAPTER EMPAT PULUH TUJUH

528 75 35
                                    

Verena termenung memandang pintu bilik perjumpaan yang dikawal oleh seorang pegawai polis. Pegawai polis wanita yang berwajah grumpy itu seakan mencerminkan mood dia waktu itu. Sejak di tahan dalam penjara selama tiga hari, dia tidak mandi tidak makan. Pengawal penjara di situ semua kurang ajar sebab mereka hanya berikan dia satu cawan air mineral dan roti kosong.

Siapa aje yang nak makan!

Tikus pun tak sudi la!

Serius!Dia stress sangat!

Dan selepas tiga hari meringkuk, akhirnya ada yang nak berjumpa dengan dia! Elok la!Dapat la dia keluar dari penjara busuk ni dan cari si Artemis s*alan untuk dibunuh! Hasad benci dia masih banyak tersisa selagi musuhnya itu tidak mati!

Bunyi pintu besi bilik perjumpaan buatkan Verena tersentak dari menungnya. Dia terus larikan pandangan dia ke arah pintu. Berharap yang masuk adalah bos kesayangan dia.

Sekali tu, mata dia ternampak hujung heel hitam yang muncul di kuakan pintu itu.

DETAK!
DETAK!
DETAK!
DETAK!

Bunyi hujung tumit tinggi tersebut yang begitu tidak asing buat pendengaran Verena, serta merta jantung Verena ibarat terjatuh dari tangkai setelah lihat empunya kasut tersebut. Air mukanya menjadi keruh serta merta!

              "Hai Verena..."sapa Artemis dengan senyuman manis di bibir.

Mata Verena perhatikan lenggok penuh keyakinan Artemis mendekati meja dimana dia sedang di gari. Langkah itu buatkan nadi Verena berdenyut laju kerana sakit hati. Diam-diam dia cengkam pemegang kerusi tempat duduknya itu.

             "Apa kau buat dekat sini?"deram Verena apabila Artemis dengan elegannya mengambil tempat di kerusi berhadapan dengannya.

            Sambil selesakan diri di kerusi itu, Artemis pandang wajah tidak terurus Verena bersama senyuman manis di bibir. "Kenapa?Kau harap yang aku mati semasa serangan kau dekat pejabat semalam ke?"tanya dia saat menyilangkan kaki panjangnya.

             Verena menyeringaikan gigi saat kawal diri  supaya tidak terkam Artemis waktu itu juga. "Lebih dari tu!"deramnya.

             Artemis ketawa lantas selak rambut Panjang ke belakang baju kiri lalu merehatkan lengan kanan ke meja saat menyondong sedikit ke depan. "What to do.... I'm still alive though..."ejeknya membuat muka sedih sebelum ketawa. "Maybe next time kau kena lakukan yang lebih baik kut kalau ada peluang lagi.."kata dia selepas itu.

Mata Verena memandang tajam ke wajah Artemis. Dari balik renungan itu jelas beritahu Verena benar-benar mahu membunuh Artemis masa itu juga. Tangannya semakin erat memegang kerusi itu. Sesuatu telah terlintas dalam benaknya saat itu juga!

            "Kau yang bunuh Han Tae Gu kan?Tapi kau guna identity aku untuk tutup perbuatan kau?"desis Verena dari balik ketapan gigi. "Kau buat semua tu guna akaun Rupert..."

Artemis perhatikan Verena saat wanita itu bercakap, senyuman masih terukir di bibir.

            "Kau dedahkan juga rahsia Angelo pada pihak polis..."tambah Verena setelah menyedari apa yang sedang terjadi saat itu. "Buatkan macam Angelo yang arahkan aku bunuh Han Tae Gu...supaya polis yakin pembunuhan tu dilakukan untuk hapuskan saksi"

CLAP!

CLAP!

CLAP!

Tidak semena Artemis bertepuk tangan.

             "Wow!Siapa sangka perempuan yang dah rampas boyfriend aku pandai jugak ya. Patut la Rupert buta-buta pilih kau untuk curangi kekasih 6 tahun dia ni...tengok la kau...geliga jugak rupanya."ucap Artemis dengan nada penuh sindirannya.

Riak marah Verena tadi berubah serta merta bila dengar.

             "Tapi itulah...kesian,yang dikejar tak dapat, yang dikandung berciciran. Dia nakkan aku tapi pilih kau kerana tamakkan kuasa. Last-last... mati katak!."Artemis sengih meleret mengejeknya. "Dia nak bunuh aku, sebaliknya dia yang terbunuh. Dia yang nakkan kau untuk dapatkan kuasa, kau yang meringkuk dalam penjara...."masa itulah Artemis ketawa.

Verena yang dengar begitu tergamam yang amat sangat. Dia begitu terperanjat dengan kenyataan Artemis sebentar tadi. Matanya beliak luas. Deru nafasnya mula naik turun kencang.

Rupert adalah teman lelaki 6 tahun Artemis?

Itu bermakna Artemis telah bersama dengan Rupert sebelum lelaki itu bersama dengan dia?

Penipuan apakah semua ni?

Dan apa?Rupert bersama dengan dia hanya kerana hendakkan kuasa?

Lelaki tu?

Setelah dia serahkan segalanya pada Rupert, lelaki itu hanya mahukan pengaruh dari dia aje?

WHAT THE F*CK!

Verena begitu tertampar!

Verena begitu tertampar!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Okay tak?
 

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now