CHAPTER TUJUH PULUH

682 88 11
                                    

           Buat julung kalinya, dalam seumur hidupnya dan buat pertama kali Izan jatuh melutut di atas lantai itu menghadap Artemis. "Maafkan aku Artemis..."ucapnya setulus hati dengan penuh penyesalan. Andai dia boleh putar balik masa, akan dia beritahu dia di masa silam untuk berfikir dua kali sebelum membunuh ibubapa Artemis!Namun tidak, tiada apa-apa yang dapat dilakukan lagi. "Aku menyesal...aku bersalah pada kau....ibubapa kau....pada Elio...lagi-lagi Angelo..."

Ucapan itu membuatkan Artemis diam di atas katilnya. Dia pandang kepala Izan yang tunduk memandang ke lantai itu dengan sebak.

Maaf.

Satu kata-kata yang mudah untuk di ucapkan.

Walaupun ucapan itu cukup ikhlas di telinga Artemis, namun  seluruh imej dan momen lama mula bermain dalam fikirannya tak boleh dilupakan begitu saja.

              "Kalau boleh digantikan, aku sanggup serahkan nyawa aku untuk hidupkan ibu dan ayah kau kembali...."ucap Izan lagi dengan lemah tiada semangat. "Tapi aku tak boleh...sebab itu aku cuba cari kau...aku nak tebus semuanya kepada kau.."

                "Nak tebus semula?"Artemis pandang judging dengan kepala terlentok ke kanan. "Macam mana?"

                Waktu itulah Izan mengangkat kepalanya. Dia pandang Artemis dengan renungan nekad sepenuh hati! "Kahwini aku...dan aku akan jaga kau."

               "Apa awak cakap?Kahwin?"soal Artemis.

                "Ya. Bersama aku."

                What on earth!?Kelu Artemis waktu itu. Dia cuba proses apa yang baru sahaja yang didengarnya waktu itu." Awak bergurau kan?"

               "Tak."lafaz Izan. "Dan aku tak terima 'tidak' sebagai jawapan."

                Tidak semena Artemis ketawa. Kedua-dua tangannya dibawa naik ke atas. "Awak tak nampak ke keadaan saya ni?Atau awak masih belum tahu apa yang berlaku dekat saya?"tanya dia di balik tawa. "I'm  sick and a mess."

                "Aku dah tahu. Doktor beritahu masih belum terlambat untuk kau sembuh dari sakit ni...tapi kau lilih untuk tidak menerima rawatan."ujar Izan hampir marah.

                 "Masalahnya saya tak berminat untuk teruskan hidup ni..."beritahu Artemis dengan lucu sekali."You know...the only reason why I keep living instead die is because I want to know the reason why my parents dead. And now...everything were settle down...my purpose all done and also there's nothing left for me anymore."

                Marah-marah Izan bangun dari situ, dia berdiri di depan Artemis lantas mencengkam lengan kurus itu dengan kuat. "Mudahnya kau bercakap Artemis!Patut la kau rancang pelan gila kau supaya aku,Angelo dan Elio bertemu di tempat dan masa yang sama. Nak suruh kita orang saling berbunuhan. Sebab kau nak balas dendam atas kematian parents kau."

               Masih tersenyum, Artemis pandang wajah marah Izan lalu berkata. "So cute. You know me so well. And yes. Niat saya memang begitu. Tapi awak semua tak mati kan...okay la tu..."katanya bersahaja.

                "Artemis-"

                "Cukup Izan. Hentikan semua ni. Saya nak teruskan hidup atau tidak bukan urusan awak!"

                Terkedu Izan. Hatinya di rundung rasa serba salah yang bukan kepalang. "No! You will keep living. And I will make sure it will!" deramnya di depan muka itu. "Guard!"panggil Izan tiba-tiba.

Berkedip mata Artemis dibuat suara tegas Izan.

Dua orang pengawal berjalan masuk ke dalam bilik itu dengan beg duffle hitam. Masing-masing bersarung tangan. 1

                 "Kemas barang di dalam bilik ni. Jangan tinggalkan satu jejak pun."beritahu Izan.

                 "Baik tuan."sambut mereka berdua sebelum bergerak sekitar bilik rawatan itu mengeluarkan baju, barang-barang Artemis yang lain dari almari.

                  "Hei..apa yang awak cuba lakukan ni?"soal Artemis dengan cemas. Matanya bulat memandang dua lelaki buffy tadi.

                  Izan tunduk mencapai selipar sebelah lagi lalu di pakaikan ke kaki Artemis.  "Kau akan ikut aku...."beritahunya.

Seorang daripada mereka serahkan satu jaket labuh kepada Izan tidak lama kemudian.

                   "Ikut awak?Ke mana?"tanya Artemis begitu bingung.

                   "Tinggalkan tempat ni..."Izan letakkan jaket labuh itu ke sekeliling bahu Artemis.

Belum sempat Artemis hendak bersuara, muncul tangan lain dari belakang kepala lalu menekup kain ke hidung serta mulutnya. Bau klorofom serta merta menghentak deria bau dia sesaat kemudian. Dan segalanya menjadi gelap selepas itu.

Okay tak 9 chapter ni? Tinta minta maaf kalau agak berserabut ceritanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Okay tak 9 chapter ni? Tinta minta maaf kalau agak berserabut ceritanya. 😂😂😅. Hari sabtu dengan Ahad ni maybe tak ada update sebab tinta nak siapkan kertas soalan untuk exam budak2.

Boleh tunggu tak ni?

Hahaha...kalau sampai 100 chapter tak apa kan?

Macam best pulak buat buku ni..

By the way...Tinta update banyak sikit sebagai ganti hari2 sebelum ni ya. Harap Buddies suka la.

Bye. jumpa dekat next chapter nanti.

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now