CHAPTER DUA PULUH EMPAT

544 82 3
                                    

          "Ya..."sambut Dareen dengan mendatar saat Artemis bergelut hendak bangun dari baring. Cepat-cepat Dareen bangun, dia membongkok mendapatkan bantal dan di timbunkan ke belakang untuk Artemis bersandar.

        "Apa yang dah berlaku?Aku dekat mana?"kening Artemis mencerun tajam saat perhatikan sekitar bilik itu. Bingung kerana teringat apa yang sebenarnya telah terjadi.

       "Rumah.."jawab Dareen semasa memandang wajah pucat Artemis. Dia tidak dapat membawa Artemis ke apartment gadis ini kerana khuatir anak buah Angelo yang lain mungkin akan cuba sakiti Artemis semula. Nak tak nak terpaksa jugak dia bawa Artemis ke rumahnya sendiri.

       "Rumah siapa?"

       "Aku.." Kata-kata doctor masih terngiang-ngiang dalam kepala. Doktor mengatakan Artemis mengalami dehidrasi dan keletihan. Dareen diam memandang Artemis yang masih mamai dan lemah itu.

        Sambil memegang dadanya, Artemis kerling kanan dan kiri mencari sesuatu. Dia perasan keadaan bilik itu tidak seperti apartment dia. Mana ubat-ubatan dia?Tekaknya sudah mula rasa tidak selesa. "Did im dying or something?"

        "You wish.."ujar Dareen sebelum bangun dari situ. Jug berisi ais kosong atas night stand dicapai lalu menuangnya ke dalam gelas. Lantas di serahkan kepada Artemis apabila perasan ketidakselesaan Artemis. "Serangan di Pelabuhan malam tadi telah menyebabkan ramai orang cedera dan terkorban. Kau di temui berhampiran dengan mayat Rupert..."

           Sambil capai gelas itu, Artemis pandang Dareen dengan muka tidak faham. "Rupert mati?"tanya dia sedikit terkejut. Macam mana lelaki itu mati?Jadi bunyi tembakan itu bukan tertuju kepada dia tetapi sebaliknya?Dengan siapa?Kepala dia tak boleh nak ingatkan balik apa yang dah terjadi!?

          "Angelo dah terbang ke Itali kerana ada urus niaga yang dia perlu uruskan lepas berita serangan di perlabuhan tu terjadi...Organisasi Orena Vicenzo yang menjadi dalang kejadian malam tadi akan stay down buat sementara waktu lepas ni.."

Artemis teguk air kosong itu Namun hanya pahit yang dirasai taktala air itu menyentuh lidah dan tekaknya. Namun dia tidak berhenti untuk minum. Matanya terarah pada pintu bilik yang berhadapan dengan katil tempatnya baring. Terus dia teringat apa yang telah terjadi. Dari awal ketibaannya di Pelabuhan sehingga la dirinya hampir di bunuh oleh Rupert.

Akhir sekali....

suara lelaki tu.

nama tu.

Artemis menggaru kepalanya yang tidak gatal!Boleh pulak dia tak ingat!Rasanya dia dengar..tapi lupa.

         "Kita ke hospital lepas kau dah okay. Keadaan kau nampak teruk..kita buat pemeriksaan lanjut kemudiannya."beritahu Dareen semasa membetulkan selimut yang menutupi kaki Artemis waktu itu.

          "Tak apa. Aku okay la!"

          "Apa yang okaynya...aku tengok kau macam nak rebah bila-bila masa aje..."

           Kepala Artemis terus tersentak, dia terus teringat ada perkara penting yang dia perlu uruskan pulak! "Hari ni hari apa?"kalut dia selak cadar yang menyelimuti dirinya itu. Sekarang bukan masa untuk dia baring!Hish!Ni semua salah Angelo!Habis berterabur rancangan dia!

           Terkejut Dareen bila nampak. Matanya membulat bila tengok Artemis dengan kasar menarik jarum IV drip dari permukaan tangan dan turun dari katil tu. "Hari Selasa...ada apa ni?"

           "Hah?"nganga Artemis sebelum capai lengan kiri Dareen. Dia selak lengan baju lelaki itu untuk lihat jam. Sekali tu jarum menunjukkan waktu sudah masuk empat tiga puluh petang! "Sh*t!"flight dia lagi sejam!Langsung tidak sedar akan penampilannya waktu itu, Artemis berjalan laju ke arah pintu.

         "Hei!Kau nak ke mana dalam keadaan macam tu Artemis!"panggil Dareen dengan lantang kerana begitu terkejut melihat reaksi Artemis. Tak padan dengan muka pucat, berbaju pijama tidur miliknya tetapi tidak berseluar dan berkaki ayam lagi tu.

          Brek terus kaki Artemis. Gadis itu tunduk memandang dirinya sebelum perasan yang dia langsung tidak berkasut. Badannya berpusing semula menghadap Dareen. "Mana baju aku?"

         "Aku dah buang.."beritahu Dareen yang kebingungan.

         "Habis tu aku nak pakai baju apa ni?"soal Artemis sambil melemparkan tangannya ke sisi begitu tak percaya!Yalah...tak pasal-pasal pelan dia berserabut macam ni!

         "Kau nak ke mana sebenarnya ni?Rehat la dulu ya pun. Badan kau tu masih lemah.."

         "No!"

Dareen buat muka. Dia berdiri di situ tidak tahu hendak buat apa kerana tindakan Artemis ni kadang-kadang buat dia sendiri tidak faham.

Melihatkan reaksi Dareen begitu, Artemis terus mengerang kejengkelan dan kembali mendekat ke Dareen.

         "Urgh! Fine. Kau tak nak bagi aku baju, aku keluar dari sini dalam keadaan macam ni...bagi aku duit tambang teksi!"terus dia hulur tangan ke depan muka Dareen.

         Mata Dareen pandang tapak tangan Artemis. "Kau nak ke mana ni?Asal kelam kabut sangat?"

         "Bagi aje la!Jangan banyak soal!Aku nak cepat ni!"gesa Artemis dengan marah.

Sambil bergelut dengan perasaan teragak-agaknya, Dareen seluk juga tangan ke dalam poket belakang seluarnya. Mengeluarkan beberapa keping helai duit kertas dari dompet itu sebelum diletakkan atas tapak tangan tu.

         "Kau sure kau tak nak pergi hospital?"soal Dareen lagi.

Tanpa menjawab soalan itu, Artemis terus berjalan keluar dari bilik tu dengan langkah yang lekas!

Tanpa menjawab soalan itu, Artemis terus berjalan keluar dari bilik tu dengan langkah yang lekas!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rushing sangat ke Tinta expose character Dareen?

As you can see...Tinta mesti akan selitkan sadboy dalam mana-mana cerita Tinta. I don't know why, maybe sebab trademark setiap Tinta buat buku rasanya. Hahah.

Mael aje yang Tinta Belum apakan sangat. But don't worry, Tinta takkan pernah tinggalkan character yang Tinta create tergantung tanpa penghabisan.

So teruskan membaca.

You have long journey to reach!

See ya at the next chapter!

X

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now