CHAPTER EMPAT PULUH EMPAT

543 74 44
                                    

Elio termenung memandang helaian kertas yang dipegangnya. Berkerut-kerut kening tu saat teliti nama yang tertera di situ. Selain nama ayah dia, nama Gabenor Bandar sekarang, Han Tae Gu, pegawai pertahanan yang baru-baru di lantik dan juga beberapa lagi orang kenamaan tersenarai dalam catatan Salinan lejar. Dia tidak sangka yang bandar ini sebenarnya telah di bina di bawah kuasa Organisasi Belaruz. Dari pemimpin sehinggalah para penguatkuasa. Jadi tidak hairan la kenapa jenayah mereka tidak pernah tertangkap.

Elio berdengus kecil sebelum bawa puntung rokok ke bibir dan menghirup asap beracun itu dalam-dalam.

            Waktu itu jugalah Leon datang ke meja kerjanya. Lelaki itu tunduk sedikit sebelum bercakap. "Tuan...ada orang datang. Katanya mengenai Angelo.."beritahu Leon bernada lekas.

Elio pun mengangkat kepalanya. Berniat hendak hembus asap rokok yang di sedut tadi sebelum bersuara. Sekali tu dia tersedak asap rokok itu apabila dia pandang ke depan. Terbatuk-batuk dibuatnya!

Mata Leon pun apalagi, terbeliak sebab terkejut.

          "Okay tak ni?"tanya Leon saat tepuk belakang badan tu untuk bantu Elio. "Sorry kalau saya buat ketua terkejut.."

Elio menggeleng sambil aju tangan 'tak apa' bila Leon tepuk belakang dia.

Bukan itu yang buatkan dia terkejut, tetapi apa yang dia pandang saat itu. Elio tenangkan dirinya semasa perhatikan orang yang cantik mengenakan kot dan kemeja serba putih dan heel hitam berjalan menuju ke mejanya.

Semua yang berada di situ menjengah leher untuk lihat siapakah orang yang datang. Seorang wanita bercermin mata hitam jalan mendekati meja tersebut.

          Perlahan-lahan Elio bangkit dari kerusi dan berdiri di situ dengan riak terkejutnya. "Hai..."senyum dia selepas itu. Dia cucuh puntung rokok ke dalam bekas dengan lekas sebelum berdehem.

           Orang di depan Elio saat itu tersenyum manis sambil beri anggukan sapa ke Elio. "Hai...berjumpa lagi kita ya.."

            Leon pandang Elio dan cik cantik di sebelahnya silih ganti. Dah kenal rupanya dua orang ni. "Cik jemput la duduk. Saya sediakan air untuk minum.."pelawanya sambil tarik kerusi.

             Orang itu enyum terima kasih pada Leon sebelum pandang semula ke Elio. Hari tu dia tak kenalkan diri. Jadi hari ni biar Elio tahu siapa dirinya. "Kenalkan, nama saya Artemis Delaney. Saya datang mewakili Angelo Belaruz..buat pembebasannya."

Elok Leon hendak bergerak pergi, dia dan juga Elio masing-masing pandang terkejut ke Artemis apabila mendengar nama penuh itu di sebut.

Langsung tidak tahu menahu apa yang berlaku, Artemis pandang Elio yang terkejut itu dengan senyuman nipis di bibir.

          "Artemis Delaney?"ulang Elio. Tak Mungkin!

           "Ya...boleh panggil saya Artemis...atau Delaney..."angguk Artemis.

Leon pula pandang ke Elio dengan muka tercengang. Dia begitu terkedu di situ. Tidak di sangka orang yang selama ini ketua dia cari sudahpun muncul di depan mata dengan sendirinya!

Oleh kerana telah di pelawa, Artemis pun ambil tempat di kerusi menghadap Elio. Dia letakkan beg tangan di kerusi kosong sebelah kiri lalu menyilang kaki penuh keyakinan.

Mata Elio tidak lepas dari memandang wajah Artemis. Dia pun ikut sama duduk di situ sambil menatap wajah Artemis dengan perasaan bercampur baur. Dia begitu terkejut!

Masakan tidak, selama ini Elio libatkan diri dalam dunia polisi dan mafia berbahaya hanya kerana ingin mencari gadis bernama Artemis Delaney inilah.

Dan akhirnya apa?

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now