CHAPTER LIMA PULUH ENAM

477 76 0
                                    

           "Sini...aku ceritakan kau sesuatu yang selama ni aku simpan.."kepala Angelo tersentak secara mengejut. Mata mamainya dipaksa buka untuk memandang Artemis walaupun tidak jelas. "Dulu...masa kau budak sekolah rendah...keluarga Belaruz berkawan baik dengan keluarga Orena Vicenzo.Kita orang memang ngam kau tau.."beritahunya dengan gerak tangan. "Kita orang memang paling power....jadi aku, Izan dan Elio bersahabat baik masa sekolah dulu. Popular..semua orang suka walaupun kita orang anak mafia. Elio tu anak pegawai polis masa tu...sekarang ayah dia dah jadi Ketua POlis Negara atas bantuan aku...."

          Terkedu Artemis waktu itu. Nafasnya di tahan dalam diam. What the hell!?Apa yang fia baru dengarkan ni?  "Kawan?"Jadi permusuhan mereka bermula dari persahabatan? "Kau..Izan...dengan pegawai polis Elio tu?"

            "Masa tu aku kenal rapat Izan tapi tak kesemua family dia...termasuklah ayah Izan. Apa aku tahu tak lama lepas tu, ayah aku sakit sebab berdendam dengan ayah Izan. Kemudian ayah Izan susahkan hidup keluarga Belaruz hanya alasan aku nak tubuhkan organisasi persendirian tanpa bergabung kuasa dengan dia.."hujung bibir Angelo terjungkit sinis. "Jadi disebabkan sakit hati sikap berlagak nak mampus orang tua Izan....aku dan Elio difitnah atas nama dadah milik Izan..."dia pandang wajah Artemis dengan senyum berlagaknya. "Pelan dia orang berjaya...ianya buatkan kedudukan aku terdedah. Aku diburu. Sementara Elio dekat penjara cuba dibela oleh ayah kau..."

           Seperti di tampar berkali-kali Artemis yang dengar akan cerita itu berbelah bahagi. Perasaan dia bercampur baur. Percaya atau tidak. Dia tidak pasti!Apa dia tahu semua maklumat ini terlalu mengejutkan dia.  "Ayah aku bela Elio?"

           "Ha'ah...ayah kau kan peguam. Kau sendiri tahu kan sikap ayah kau tu...suka tolong orang...lepas dia dapat tahu Elio dalam kesusahan dia tawarkan dirinya untuk bantu bebaskan Elio dari penjara. Dekat tiga bulan jugak la ayah kau naik turun mahkamah...dan tak lama lepas tu Elio pun di bebaskan...tapi itulah...silap ayah kau jugak...kalau dia tak bebaskan Elio, ayah kau takkan dibunuh Izan atas tuduhan membunuh Orena Vicenzo tu..sedangkan yang bunuh ayah Izan malam itu adalah Elio lepas lelaki tu dibebaskan dari penjara."tambah Angelo lagi dengan nada seperti hendak ketawa. "Yalah...mulanya Elio ingat aku punca dia di humban masuk penjara...bila aku beritahu yang ayah Izan yang fitnah dia...Elio apa lagi...buat perangai setan dia la.."

Terpempan Artemis setelah mendengarnya. Mulutnya terbuka sedikit kerana tercengang dek kata-kata Angelo. Matanya serta merta berkaca mahu mengalirkan air mata.

             "Angelo...kau sedar tak apa kau cakapkan ni?"

             Tidak mendengar soalan itu, Angelo meneruskan omelannya separa sedarnya itu. "Bila aku dapat tahu kau seorang yang bijak dan genius, aku tipu kau dengan menggunakan alasan Izan yang menjadi punca kematian ibubapa kau supaya kau setuju untuk bekerja dengan aku, sementara video ayah dan ibu kau kena sembelih tu memang betul Izan yang lakukan...tapi yang salahnya adalah Elio."

Detak jantung Artemis waktu itu ibarat terhenti beberapa saat apabila dia menahan nafas terkejutnya setelah mendengar penjelasan itu.

        Kepalanya di geleng perlahan. cc  "Aku tak percaya..."lafaznya dengan nafas tertahan-tahan.

           "Kau tak percaya...?"dengus Angelo. "Fine...kau boleh cari sendiri bukti siasatan ayah kau dekat rumah banglo lama keluarga kau...."tambah Angelo sebelum tersandar semula ke belakang dan memejamkan mata.

             Seluruh badannya sedang menggigil, hujung jarinya sejuk lagikan dingin. Tak pernah-pernah Angelo bersikap begini, tiba-tiba aje nak berterus terang?Artemis pandang tak percaya ke tepi muka itu. "Kenapa baru sekarang kau nak beritahu?"

              Sambil tersengih seperti orang mengigau,  Angelo buka mata semula saat terlentok ke tepi memandang Artemis. "Sebab aku tak nak kau susah-susah cari tahu lagi pasal kematian ibu dan ayah kau sampai sanggup susahkan aku dan cuba musnahkan apa yang aku bina selama ni...kau nak percaya atau tidak...pilihan kau."ucapnya sebelum memejamkan mata hendak terlena.

Masih dalam keadaan shock, Artemis pandang Angelo tanpa berkedip. Otak dia ligat cuba hendak proses apa yang dia baru dengarkan tadi.

Elio?

Izan?

Angelo?

Mereka bertiga apa!?

Berdengus tak percaya Artemis selepas itu, dia seakan mahu ketawa kerana begitu tidak percaya!Kecil betul dunia kan!

Berdengus tak percaya Artemis selepas itu, dia seakan mahu ketawa kerana begitu tidak percaya!Kecil betul dunia kan!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now