CHAPTER LAPAN PULUH SEMBILAN

440 71 5
                                    

Di luar koridor...duduknya Dareen sendirian dalam keadaan masih berbalut di lengan kiri dan bertampal pada dahi sebelah kanan. Tangannya masih terkesan dengan kesan lecet dan calar luka yang dalam proses hendak sembuh.

Renungannya kosong waktu itu. Kepalanya pula tegak memandang dinding hadapan bangku menunggu tempat dia duduk. Jelas di wajah Dareen waktu itu dia kelihatan letih dan baru sahaja sedar dari lena yang panjang.

Setelah dirinya di temui oleh anak buah Luciana, Dareen dibawa oleh mereka bersama Izan yang tidak sedarkan diri ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. Disebabkan keadaan Dareen telah stabil sepenuhnya, hanya Izan sahaja yang menerima rawatan. Sementara itu Dareen tunggu di situ.

Tap!

Tap!

Tap!

Dari kejauhan bunyi detak tumit tinggi dihentak lekas ke lantai kerana yang memakainnya sedang berjalan lekas dalam keadaan terburu-buru.

Semakin lama ianya semakin mendekat lantas membuatkan Dareen palingkan kepala untuk memandang ke kanannya. Pandang saja dia ke depan, matanya tidak berkedip perhatikan langkah orang yang selama ini menjadi alasan kenapa dia bertarung hendak meneruskan hidup saat di ambang maut.

          "Dareen!"panggil Artemis semasa berjalan lekas bersama Mael di belakang.

Tidak bergerak dari kedudukannya di situ, Dareen hanya menunggu Artemis tiba dekat padanya.

Setibanya Artemis di bangku itu dia duduk di kanan Dareen lantas mendakap tubuh itu dengan erat dan terpejam mata.

Walaupun dia mahu, Dareen tidak membalas pelukan itu setelah Mael berdiri di hadapannya dengan renungan berkacanya. Dalam diam dia mengetap gigi melihat tatapan Mael itu. Jari jemarinya dikepal erat.

          Teresak-esak menangis tanpa suara, Artemis lepaskan pelukan. Dia tekap tepi muka Dareen dengan hiba. "Apa yang dah berlaku?Ke mana kau dah menghilang selama ni?"soalnya.

       ....Barulah Dareen pandang Artemis. Dia tolak lengan Artemis turun dari wajahnya dan berkata. "Aku tak apa-apa.."katanya dengan dingin.

              "Apa yang dah berlaku?Ke mana kau sembunyikan diri?"soal Mael setelah itu.

             "Kenapa kau orang berdua cedera teruk macam ni sekali?"tanya Artemis pula.

Dareen mendiamkan diri sebelum menyandar ke belakang. Dia termenung memandang dinding di depannya semula. Sedang menyusun kata dan ingatan untuk menceritakan segalanya. Namun dia begitu sakit hati dengan kenyataan bahawa apa yang menimpa dirinya ini telah buatkan nyawa abangnya dalam bahaya.

            "Malam kejadian tu..."Dareen kerling ke Artemis. "Izan cuba selamatkan aku yang cedera parah selepas di tembak. Sewaktu memandu, kereta kita orang di kejar oleh pasukan polis sampaikan berlakunya kemalangan. Kereta kita orang terbalik beberapa kali."ceritanya dengan susah payah kerana menahan rasa sebu di dada. "Waktu tu Izan yang cedera cuba selamatkan kita orang dari tertangkap sekali keluar dari kereta yang terbalik tu. Lepas tu bila aku sedar aje aku ada dalam sebuah Gudang dikelilingi dengan anak buah Luciana dan Izan masih tak sedarkan diri dekat katil sebelah aku.."

           Artemis di sebelah Dareen hanya diam memandang tepi wajah itu. Keningnya mencerlung sedih. "Siapa yang bawa kau orang ke situ?"

           Dareen menggeleng kepala lemah."Aku tak tahu..."

            Dengan dingin Mael yang dengar cerita itu  tidak menunjukkan sebarang reaksi kecuali termenung memandang air mata yang mengalir dari tepi mata itu. "Aku tahu..."beritahu dia dengan nada separa berbisik.

Mata Dareen dengan laju gerak ke Mael mendengar hal itu.

Kepala Artemis ikut sama dongak memandang ke atas dimana Mael sedang berdiri berhadapan dengan mereka di bangku itu.

             "Elio...dia ada pada malam operasi tu. Dia jugak yang bantu aku larikan diri untuk temui Artemis..."beritahu Mael.

             Mata Dareen terus terpejam. Bibirnya menggeletar kuat. Tiada kata-kata yang dapat di lafazkan mendengar hal itu. Elio janji takkan masuk campur urusan mereka. Kenapa lelaki tu masih juga mahu menghantui Izan?"Aku takkan maafkan diri aku kalau sesuatu terjadi pada Izan..."

             "Elio beritahu aku bukan dia yang dedahkan kedudukan kita. Dia buat sebab nak detour kan tumpuan pihak berkuasa dekat sini..tapi sayangnya ada tali barut dalam geng klien yang kita berurusan. Jadi malam tu kita kena cekup..."jelas Mael lagi.

            "Kenapa?"Tanya Dareen sambil membuka matanya.

              Waktu itulah Mael mengerling ke Artemis. Dia tatap wajah pucat Artemis bersama perasaan bercampur baur. "Sebab dia tahu Artemis bersama dengan kita. Kalau bukan disebabkan Artemis, Elio akan biarkan kita mati.."

Elok dari sandar, Dareen duduk tegak sewaktu mendengar kenyataan itu. Dia palingkan kepala ke sisinya. Memandang Artemis dengan reaksi terkejut.

Artemis pandang Mael dan Dareen silih ganti apabila mendengarnya. Dapat dia rasakan yang perbualan mereka ini tidak akan berakhir dengan baik.

Renungan Dareen menjadi gelap. Dia hadapkan badannya ke Artemis lalu berdengus kasar.

           "Artemis..kau yang dedahkan kedudukan kita orang ke sini kan?"tuduh Dareen tidak semena. "Kalau Elio tahu kau ada dekat sini itu bermakna kau berhubung dengan Elio...dan letakkan kita orang dalam bahaya."

          Tercengang dia dibuatnya.Ke situ pulak!? Artemis menggeleng kepala dengan reaksi tak percaya sewaktu pandang ke Dareen. "Bukan-"

         "Dareen..bukan itu maksud aku.."Mael cuba jelaskan.

             Sekali tu Dareen berdiri. Dia tunduk memandang Artemis lalu menunding jari ke arah koridor itu. "Berhambus!Aku nak kau pergi dari sini!"

             "Bukan Artemis, kan aku cakap yang-"

             "Kau diam!"desis Dareen dengan garang ke Mael. Yang mana buatkan mulut Mael terkatup serta merta. "Kalau bukan dia siapa lagi yang tahu urus niaga kita. Cuma Artemis aje yang keluar masuk tempat kita."

Tidak cuba hendak pertahankan dirinya, Artemis perlahan-lahan bangun berdiri. Dia menghadap Dareen bersama sisa air mata yang bertakung di mata. Bila dia berkedip titisan jernih itu jatuh menitik ke bawah tanpa disedari.

             "Aku terlalu dibutakan dengan perasaan suka aku terhadap kau sampai aku lupa yang kau adalah orang kuat Organisasi Angelo. Sampai tak Nampak siapa lawan... siapa kawan sebenar dekat sini."tambah Dareen lagi semasa pandang penuh benci akan Artemis waktu itu.

           Terkesima Mael mendengar. Dia pandang Artemis dan Dareen silih ganti dengan perasaan serba salah. "Dareen...kau tak tahu apa yang kau cakapkan ni...kau tahu tak-"

            "BERHAMBUS!"ngaum Dareen dengan lantang menenggelamkan suara Mael di sebelahnya waktu itu.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now