CHAPTER SEMBILAN PULUH SEMBILAN

473 72 2
                                    

Keesokan harinya.....

            "Sorry apa dia tadi?"mata dia mengerenyet sebelah kiri lepas dengar. "What the f*ck is this Angelo?"fail yang ditandatangan oleh Izan semalam di hempas ke meja. Asalnya Artemis hendak semak. Sekali tu dia lihat isi dokumen yang ada dalam fail itu berbeza dari apa yang dia telah sediakan tempoh hari. Entah bila di tukar dia tidak pasti!Apa yang pasti dia benar-benar berang saat ini!

             "Yup...itu deal aku dengan dia."

               "Kau jual aku?"

              "Basically bukan jual tapi sewa."

               "Sama aje la...kau terima duit dari dia. Kau memang setan tau tak!"marah Artemis.

               "Sabar la sis...aku belum habis beritahu kau apa deal kita orang ni."

              "Kepala kau deal!Kau sedar tak siapa kau berurusan sekarang ni?Izan Aramis. Lelaki yang aku cuba elakkan diri dari berjumpa. Dan kau senang-senang buat deal dengan dia untuk jadikan aku dia punya apa?Call girl?!" tangannya di tunding ke arah pintu. Merujuk akan Izan!

               "Dengar la dulu...jangan nak marah boleh tak?"Angelo pandang Artemis dengan sengih meleret berlagaknya.

                Artemis berdengus marah. Dia silangkan tangannya ke dada. Fine. Dia dengar. Kalau tak masuk akal memang pecah muka berjambang Angelo ni. "Spill it."

               "Deal aku dengan Izan adalah. Dia bantu aku rampas perlabuhan Utara yang dipegang oleh Don Itali tanpa sebarang pertumpahan darah. Disebabkan Izan menanti Don Rusia terkenal. Dia boleh bantu aku dapatkannya dengan mudah."jelas Angelo.

               "Tak bermakna kau boleh buat keputusan melibatkan aku macam tu aje!"

             "Apa salahnya. Dia cakap dengan aku sendiri masa sebelum ke sini. Yang dia nak berjumpa dengan orang yang selama ni bantu aku majukan bisnes dan juga organisasi Mafia aku ni. Disebabkan dia tertarik dengan 'hasil kerja' kau yang banyak mempengaruhi prestasi bisnes aku. Dia minta untuk pinjam kau sementara waktu untuk dapatkan pendapat dan jugak pengalaman...you know..."Angelo menari-narikan Keningnya.

              Tanpa amaran Artemis capai fail keras warna hitam yang ada dekat atas meja kerja Angelo tadi lalu di baling tepat ke arah lelaki tu. "B*ngs**!"marahnya.

Angelo ketawa sambil bawa tangannya naik melindungi diri.

               "Hahah....20 juta kut..siapa aje yang tak nak. Dia bayar aku semata untuk pinjam kau. Untung aku tak payah buat bisnes selama dua bulan nanti lepas dapat pelabuhan Utara tu. Like killing two bird with one stone." tambah Angelo semasa fail itu mendarat ke lengannya. Tak sakit mana pun. Dah biasa!

Nafas Artemis naik turun. Dia mengepal penumbuk hendak menahan marah. Keningnya berkerut saat memandang Angelo di belakang meja kerja tu. Niat dia hendak mengamuk lagi, Namun sesuatu terlintas dalam fikiran waktu itu. Semalam Mael cuba hendak sampaikan dia sesuatu, adakah ia mengenai hal yang sama?

              "Beritahu aku sekarang, Angelo...betul ke kau halang Mael dari mencari aku beberapa tahun lepas?"

              Sengih Angelo terus jatuh bila dengar. Dia pandang Artemis seakan terkejut sendiri dengan pertanyaan itu. "Huh?"

              "Mael beritahu aku dia cuba hubungi aku beberapa tahun ni tapi tak dapat sebab kau halang dia..betul ke?"

              Lantas Angelo menarik sengih kambing tidak bersalahnya. "Well...aku buat semua tu demi kebaikan kau. Yalah..kau kan tengah jalani rawatan. Aku nak kau fokus aje.."beritahu dia. "Kalau kau tahu Mael dan Dareen cari kau mesti kau takkan fokus dan cuba cari dia orang jugak."

              "Apa kau cakap??"Artemis buat muka tak percaya. Dareen pun cari dia jugak?Tapi kenapa mereka cari dia?Nak minta maaf ke?

               "Yalah...masa tu kau kan kemaruk sangat nak jumpa Izan la...rindu Izan la...nak cari dia la lepas dapat tahu Izan hilang ingatan sebab kecederaan dia tu la....Et cetera Et cetera. So aku sebagai abang yang baik, buat perkara yang sepatutnya untuk lindungi adik dia."tambah Angelo lagi. "Tengok la sekarang...kau dah sihat..malah makin cantik lagi tu. Semua tu sebab siapa?Aku jugak kan...see..ada kebaikannya semua tu."

               "Dan sekarang apa yang buat kau ubah fikiran untuk biarkan Izan dekati aku semula?"Artemis semakin seram waktu itu. Hujung jari dia dah sejuk-sejuk.

              Angelo menjungkit bahu. "Dia bayar aku. Dan kau bagi benefits dekat aku. " jawabnya dengan mudah.

Kepala otak dia!Artemis menyeringai hendak menerkam Angelo waktu itu juga. Serious talk dia betul-betul berang dengan sikap selamba badak Angelo yang sikit pun tak ada kewarasan sewaktu bercakap!

             "Kau memang nak mati cepat kan?"tanya Artemis semasa mencekak pinggang. "Kalau orang lain bayar lagi mahal dari dia...kau pun bagi aku dekat lelaki sebarangan la..macam tu?"

              "Alah relaks la...jangan nak marah sangat. Dia dah lupa ingatan tentang kau kan. Yang kau risau sangat tu kenapa?Tak adanya dia nak meroyan kau tinggalkan dia ke apa."

              "Apa kejadahnya!Apa kaitannya dia lupa ingatan ke tidak!? Izan tu suami orang. Aku dengan Dareen dah tak sehaluan. Si Mael tu aku tak tahu apa masalah dia. Lagipun dah lima tahun. Aku dah move on dari libatkan diri dengan dia orang tu..."marah Artemis begitu kesal.

              "Serius la kau dah move on?Mesti la ada kaitan. Kalau Izan tak lupa ingatan, dia akan bawa kau pergi dari sini macam hari tu sebab tergila-gilakan kau."Angelo menarik sengih menyakat dia. "Ingat senang ke aku nak benarkan sebarangan lelaki dekati kau. Kau tu asset terpenting aku. Kalau apa-apa jadi dekat kau..rugi besar aku!"

              "Kau ni kenapa?Benda serius kut...jangan nak buat lawak boleh tak?"

              Angelo tersenyum. Dia pandang ke skrin komputernya dengan reaksi goofy dia. "Alah...relaks je. Kerja kau cuma luangkan masa dengan Izan. Jawab bila dia tanya. Terangkan kalau dia nak tahu something. Simple. Kalau hal selebihnya.pandai-pandai la kau."

Artemis buat muka tak puas hati saat memandang Angelo. Giginya berlaga-laga di dalam mulut kerana cuba menahan diri dari mengerjakan ketua mafia depannya saat itu.

              Relaks...relaks!Senang aje cakap!Yang menghadap Izan nanti dia jugak! "Berapa lama?"tanya Artemis dengan marah.

              "Seminggu."

Seminggu?Kening Artemis terangkat sebaik mendengar. Dia hanya ada masa seminggu untuk luangkan masa dengan Izan sebelum lelaki tu pergi dari sini dan takkan kembali lagi?Sekejapnya.

Angelo perasan perubahan air muka Artemis. Dia berdengus kecil hendak ketawa. Acah je marah...entah-entah suka.

            "Jangan la sedih sangat. Seminggu tu boleh tahan lama apa. Kalau kau luangkan masa dengan Izan dari pagi sampai ke malam...rasanya cukup kut.."sakat Angelo sewaktu Artemis termenung dengan muka merajuknya itu.

            "Diam la!"sentap Artemis semasa pandang geram ke Angelo. Macam tahu-tahu je!Tak sangka dia yang Angelo pun boleh tahan jugak kalau bab mengenakan dia!Suka hati aje buat deal tanpa beritahu atau berbincang dengan dia. kalau ya pun beritahu la awal-awal. Boleh la dia prepare mental dan perasaan dia ni supaya bersedia kalau menemui Izan nanti.

Ini tidak...rancang dengan mengejut. Mahunya tak luruh jantung ni!

 Mahunya tak luruh jantung ni!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now