CHAPTER SATU RATUS SEPULUH

646 68 10
                                    

Bunyi suara itik berkuak di dalam tasik.

Burung berterbangan ke merata arah dari atas pokok.

Suara kanak-kanak ketawa saat bermain di playground.

Bau haruman tanah dan tumbuhan.

Semua itu meransang deria rasa Artemis yang sedang duduk diam di bangku menghadap pemandangan tempat itu. Hampir 10 minit dia tunggu ketibaan Lila ke situ sejak panggilan yang diterima. Walaupun begitu dia tidak susah-susah untuk menghubungi Lila kerana ingin menikmati suasana tenang di situ.

Matanya di pejam untuk beberapa saat apabila Artemis dongak ingin merasai cahaya matahari yang terpancar redup di kawasan bangku itu. Namun tidak lama apabila ada bayang yang memayungi dirinya dari depan.

Hairan dibuat perubahan suasananya, mata yang terpejam itu perlahan-lahan terbuka sebelum bertentang mata dengan wajah dingin dengan renungan dingin dari mata itu. Memang terkejut Artemis waktu itu. Dia terus bangun dengan laju.

            "Dareen."lafaznya dari balik nafas terkejut. Artemis pandang tidak berkedip akan lelaki lampai di depannya.

              Mata Dareen bergerak-gerak saat memandang wajah Artemis. "Hi."sapa dia dengan sebak.

              Kepala Artemis bergerak kanan dan kiri seakan mencari seseorang. Menyedari di situ hanya ada Dareen sahaja dia bertanya. "Apa kau buat dekat sini?"bukan ke sepatutnya Dareen telah berangkat lama bersama Izan untuk ke Rusia semula?Kenapa Dareen berada di sini?

              "Berjumpa dengan kau."

              "Tapi macam mana kau tahu aku ada dekat sini?"

              "Aku yang minta Lila uruskan pertemuan kita ni.."

Terbuka tutup mulut Artemis kerana kelu tak terkata. Dia jadi blank tak tahu nak cakap macam mana lagi!

            "Aku tak ada banyak masa untuk dibuang. Jadi aku nak kau dengar apa yang aku cuba nak sampaikan."beritahu Dareen semasa mendekatkan jurang antara mereka berdua.

            Mata Artemis berkedip satu kali apabila lelaki itu tiba-tiba rapat kepadanya. Kekok sedikit selepas lama tidak bertemu dengan kawan lamanya ini. "A-ada apa ni?"

            "Aku nak minta maaf. Untuk semuanya. Dari   setiap kata-kata aku terhadap kau. Terutama sekali apa yang aku cakap dekat hospital dulu. Aku tahu aku salah sebab marah dan tuduh kau dengan perkara yang salah. Tapi aku buat semua tu bersebab. Aku cakap macam tu untuk yakinkan kau supaya jauhkan diri daripada kami bertiga. Hanya tu je cara untuk jauhkan kau dari bahaya."mula Dareen dengan kening berkerut.

            "Da-"

             "Tak...aku yang salah sebab cakap macam tu sampaikan kau reject Izan sampai sekarang. Sebab itu aku ke sini. Untuk beritahu kau hal sebenar. Izan masih sayangkan kau. Dia tak pernah berhenti cintakan kau. Dia mahukan kau semula. Tapi keadaan tak mengizinkan. Jadi tolong terima Izan semula. jangan rasa serba salah atau salahkan diri kau untuk apa yang terjadi. Kau lupakan semua kata-kata aku yang dulu. Aku tak maksudkannya dan tak pernah ada niat nak buatkan kau bencikan Izan. Aku cakap semua tu untuk jauhkan kau dari bahaya."

Artemis pandang tidak berkedip apabila mendengar kata-kata Dareen itu. Dia sedaya upaya cuba mengawal diri dari mengalirkan air mata kerana begitu sedih dan terkilan.

              "Tolong...terima Izan semula."Dareen diam selepas itu. Dia menunggu reaksi dari Artemis bersama kening berkerut susah hati.

              "Aku tahu Dareen. Izan dah ceritakan semuanya kepada aku.."beritahu Artemis selepas keadaan senyap di antara mereka untuk beberapa minit.

              "Dah tu kenapa kau masih tak terima Izan?"

             "Sebab aku tak boleh."jawab Artemis dengan air mata bergenangan di kelopak.

             "Kenapa tak boleh?Sebab kau tak cintakan Izan ke?"

             Artemis menggeleng kepala. "Sebab aku cintakan dia la aku tak dapat nak terima Izan semula. Aku tak nak sakiti hati dia semula...cukup sekali aje."air mata mengancam mahu tumpah dari empangannya.

             "Aku tak faham..."jawab Dareen. "Kalau kau tak terima dia disebabkan aku. Aku janji. Aku dah lama lupakan perasaan suka aku terhadap kau. Jadi jangan rasa terbeban dengan perasaan ni. Please. Kejar Izan semula. " rayu Dareen. "Aku tak nak tanggung perasaan serba salah ni seumur hidup aku Artemis. Maafkan aku kalau aku dah buatkan kau terasa hati."lengan Artemis di pegangnya dengan terdesak.

Mata Artemis tunduk memandang tangan Dareen yang sedang mencengkam kuat.

             "Aku bersalah pada kau...pada Izan...please..terima Izan semula."minta Dareen.

              Bersama perasaan sedihnya, Artemis tersenyum semasa memandang Dareen. "Kau tak salah apa-apa. Balik la Dareen. "Aku dah maafkan semua orang termasuk kau..."

                Dareen menggeleng kepala laju. "Mana Artemis yang aku kenal dulu? Ini bukan Artemis yang aku kenal.."

               Artemis menarik lengannya dari cengkaman Dareen dengan kuat. "Aku tak boleh Dareen. Tolonglah.Lepaskan lah aku. Izan pun dah relakan aku. Kau pun sama."

               "Aku minta maaf Artemis..."ucap Dareen cuba memegang lengan Artemis semula.

                "Apa yang dah berlaku, biarkan saja berlalu. Banyak perkara dah terjadi. Sometimes we need to learn, pain changes people. Dan itu yang terjadi pada aku. Aku maafkan kau Dareen. Aku dah lupakan semuanya. Sampai sini sajalah pertemuan kita."
           
Sambil menyeka air mata dari pipi dengan belakang lengan kot yang dipakai, Artemis berpaling pergi dari situ.

Lengan Dareen jatuh ke sisi dengan perasaan kecewa seakan ditinggalkan kekasih. Dia pandang pemergian Artemis bersama renungan berkacanya.

~TAMAT~

~TAMAT~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now