CHAPTER EMPAT PULUH LIMA

529 77 42
                                    

Di hari pengebumian itu ramai orang hadirkan diri. Dari geng mafia yang lain dan kaum kerabat yang lain. Saudara dan sepupu ada sekali. Berita kematian ibubapa dia telah buatkan ramai terkejut. Yalah, ibu dan ayah dia adalah pasangan suami yang sangat dikenali dengan orang pekan ni. Ramai orang yang susah dan teraniaya di bela oleh ibu dan ayah dia. Dari yang sakit jadi sihat, yang miskin hidup menjadi senang. Yang terpenjara sudah bebas.

Tapi itulah...kenapa orang yang baik ni selalu aje meninggal dunia dulu..bukan orang jahat?

Dia tak faham.

Sambil termenung memandang para tetamu yang datang memberi penghormatan dan ucapan takziah kepadanya, Artemis berdiri di samping mak dan bapa saudaranya. iaitu ibubapa Angelo di samping menemani dia sepanjang waktu itu.

Sampailah waktu tengah hari, majlis pengebumian pun dijalankan. Buatkan Artemis menangis semahunya. Dia meraung sekuat hati saat melihat tanah menggunung mula menanam jenazah ibubapanya.

Dia berharap jeritannya itu dapat membangunkan jasad yang ada di dalam keranda itu. Tapi tidak. Dia tahu usahanya itu tiada guna sama sekali.

           "Bersabar la Delaney..."ucap makciknya saat memeluk sekeliling bahunya. "Makcik janji makcik akan jaga kamu sebaiknya. Bersama dengan Angelo, kamu jangan risau...sayang."

            "Kami ada bersama kamu..pakcik juga janji akan jaga kamu..."

              Angelo yang sedang melutut di hadapannya gerak mengucup ubun-ubunnya sebelum menarik Artemis ke dalam pelukan. "Jangan menangis. Aku ada dengan kau..."

Kalau di tanya kenapa masih berada di samping Angelo selepas apa yang lelaki tu lakukan terhadap dirinya, Artemis tiada pilihan selain berada di sisi Angelo memandangkan ibubapa Angelo telah banyak berbudi pada hidup dia.

Sejak dia berusia 10 tahun lagi, ibubapa Angelo telah menjaga dan memberi Pendidikan kepada diri dia walaupun ibubapanya masih ada. Selain tu dia telah membesar sama dengan Angelo. Anak-anak Angelo pun dia telah sayang seperti anak sendiri. Mereka sudah menjadi keluarga yang rapat.

Jadi, sebenci manapun Artemis terhadap Angelo, sekejam mana tindakan lelaki tu, dia tiada hati hendak susahkan hidup lelaki tu.

Kenyataannya, Angelo telah didik oleh datuk lelaki itu menjadi mafia sejak kecil lagi. Hati lelaki itu sudah kering tanpa ada rasa toleransi atau kasihan. Oleh itu Artemis tak boleh nak salahkan Angelo apa lagi hendak marah pun tiada gunanya lagi.

Mengenai Han Tae Gu. Artemis terpaksa korbankan seseorang untuk jayakan rancangan dia bagi mengenakan Angelo. Memang la Han Tae Gu tidak sekejam Angelo, tapi Han Tae Gu terkenal dengan kegiatan melacur dan berjudi. Bunuh seseorang seperti Han Tae Gu tak ada ruginya dalam dunia jenayah ni.

Kan tujuan dia hanya satu, iaitu cari tahu kenapa ibu dan ayahnya dibunuh oleh Izan Aramis. Dia bukan nak balas dendam, dia cuma nak tahu je. Lepas dia tahu nanti, dia berhenti la. Bukannya tak boleh tanya sendiri, tapi faham-faham la. Berurusan dengan penjenayah ni apa saja perkataan yang keluar dari mulut mereka tu tak semuanya betul. Jadi dia ambil keputusan untuk cari tahu sendiri!

DUNG!

Pintu pagar bilik tahanan terbuka sebelum dua orang pegawai polis beruniform jalan mengiringi lelaki berwajah grumpy keluar dari situ. Mereka jalan merentasi koridor beberapa langkah sebelum berhenti di depan pintu keluar.

Angelo pandang tak puas hati ke dua orang pegawai polis di situ sebelum berjalan dengan marah menuruni anak tangga. Sehingga la tiba di depan sebuah kereta dimana Artemis dan Dareen sedang menunggu.

Tidak menunggu lama, lelaki itu terus bersuara.

            "YOU BITCH!F*CK YOU ARTEMIS!"ngaum Angelo di situ serta merta setelah berdiri di depan Artemis. "Kau berani macam-macam dengan aku ya!Dah puas hidup sangat ke!"

Artemis pula, relaks bersandar pada kereta. Memandang muka Angelo di balik cermin mata hitam yang dipakai pada wajah. Tangannya bersilang di dada. Sikit pun tidak terasa dengan makian Angelo. Dah lali dengar makian lelaki itu sejak berkecimpung dalam dunia jenayah ni.

Dareen yang dengar bentakan itu sedikit tidak senang. Dia berkerut saat Angelo mencarut begitu pada Artemis. Rasa macam dia yang nak tumbuk muka berlagak tu pulak!

          "Kenapa kau lambat?Kenapa baru sekarang nak bebaskan aku?Apa kau fikir hah?Berikan lejar pada dia orang?Dah gila!Kau cuba nak tutup periuk nasi kau sendiri sangat ke?"marah Angelo lagi dengan nafas naik turun kencang keberangan. "Ikutkan hati aku, lama kau dah mati perempuan s*al!"

Puas melampiaskan segala rasa yang berbuku di dalam hati sejak kemarin, Angelo diam sesaat kemudian setelah berdiri dua langkah di hadap Artemis. Lelaki itu masih memandang Artemis dalam keadaan berserabut tidak mandi selama dua hari dalam tahanan.

Dareen di samping sudah siap siaga untuk lindungi Artemis sekiranya Angelo angkat tangan ke Artemis.

Sementara itu, Artemis yang masih relaks bersandar diam perhatikan reaksi dari sepupu dia.

Aik sekejapnya, dah habis marah ke?Artemis menjungkit kening kirinya ingin tahu.

Tinta decide untuk tidak endingkan mana2 watak utama kepada kematian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tinta decide untuk tidak endingkan mana2 watak utama kepada kematian.

So don't worry be happy!

Teruskan bacaan Buddies!

Ingat ey....

Tinta teruskan menaip buku ni pun sebab Buddies yang baca tau. Kalau tak ada yang baca lama dah kena unpublished ni. 😂🤣.



42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now