↭CHAPTER EMPAT↭

878 91 8
                                    

            "Fine."lafaz Artemis.

           Bila wanita bertatu itu dengar, dia buka mulut semula hendak bersuara. "Ka-"

PRAK!

Satu tumbukan padu melayah tepat di depan mulut Wanita bertatu tersebut. Tangan kanan Artemis tegak lurus berada di situ. Tanpa sebarang emosi di wajahnya, Artemis perlahan-lahan menurunkan tangannya ke bawah dan perhatikan Wanita bertatu di depannya berlinangan air mata.

            "Arghhh!!!"teriak Wanita itu kerana kesakitan yang amat sangat. Bila dia bawa tangannya ke depan muka, darah mengalir turun dari dalam mulut. Dan dua ketul gigi ikut terjatuh atas tapak tangannya.

Anak buah Wanita bertatu tadi terpaku dengan reaksi terkejut mereka setelah lihat kejadian sepantas kilat Artemis tadi. Memang tak sempat nak pandang atau mengelak. Tangan tu laju melayah tepat ke mulut ketua mereka.

            "Gigi aku!"nangis Wanita bertatu itu saat memandang Artemis dengan muka tergamamnya. Darah tidak berhenti dari mengalir turun ke dagunya.

Lantas Artemis kesat tangan dia yang berdarah tadi ke pakaian Wanita bertatu tersebut dengan selamba.

          "Itu hadiah sagu hati dari aku. Next time..bukan dua batang gigi kau aje yang aku patahkan, tapi sekali dengan tengkuk kau." katanya di depan muka tu dengan perlahan. "Bawak ketua kau orang berhambus dari sini sebelum dengan kau orang sekali aku kerjakan." arahnya tanpa memandang sesiapa kecuali Wanita bertatu di depannya.

Tidak berlengah cepat-cepat mereka dapatkan ketua mereka itu lalu di heret keluar dari restoran Sabrina. Buatkan keadaan restoran itu Kembali lengang dan tenang. Meninggalkan tiga orang Wanita di situ dengan sisa sepah mereka.

Artemis gerak hendak dekati Sabrina, namun belum dia sempat nak tanyakan keadaan, tangan Sabrina terlebih dahulu naik menampar pipi dia sekuatnya sampai berdesing telinga masa tu.

PANG!

Lila menahan nafas terkejut dengan tangan naik menekup ke mulut. Dia pandang dengan terkejut ke arah Sabrina dan Artemis yang ada di hadapannya ketika itu.

           "Dasar manusia malang!Berapa kali aku beritahu!Jangan bawak kawan syaitan kau ke tempat aku!Jadi budak tak reti beruntung!Aku dah gajikan kau pun cukup syukur la!Ini tak!Kau bawak dia orang ke sini sekali buat hal!Fed up tahu tak!"tengking Sabrina.

Sambil memegang kesan tamparan tadi, Artemis pandang Sabrina dengan dada rasa senak dan perut sebu kerana menahan sakit.

           "Saya tak tahu mereka akan ke sini lagi-"

            "Ah!Kau dengan perangai tak bersalah kau!Tiga tahun aku jadikan kau pekerja aku..tiga tahun hidup aku tak pernah tenteram....aku nak pecat kau....Lila tak bagi. Bila tak pecat jadi macam ni!"

             "Maafkan saya..."

              "Maaf kau boleh baik pulih kedai aku ke?tahu tak rugi aku berapa gara-gara samseng semua ni!Untung dah la tak seberapa!Rugi aje memanjang..haish!"

Artemis mengerling ke arah Lila. Dia sendiri rasa serba salah. Manalah dia tahu hal akan jadi begini. Verena pun satu!Dah berapa kali dia pesan jangan datang ke restoran tempat dia bekerja. Nak jugak datang buat apa. Perempuan tu kan memang sengaja cari pasal tau!Suka sangat nak buatkan dia ni jahat di mata bos dia dan Lila.

             "Dah....kau kemas semua sepah ni...ganti apa yang rosak!Apa aku tahu esok pagi restoran ni bersih macam sedia kala!" arah Sabrina sebelum berjalan keluar dari restoran tu marah-marah.

Lila terus dapatkan Artemis. Lengan gadis itu dicengkam dengan erat sebelum menangis. Dia terus peluk tubuh tu kerana berasa takut yang amat sangat.

Sementara Artemis yang dipeluk itu hanya mampu menepuk belakang badan Lila untuk tenangkan kakak itu. Salah dia jugak. Yalah dah bekerja dengan Angelo tetapi masih lagi mahu bekerja di tempat ini. Kan mendapat

Padah bila berurusan dengan manusia yang jenis tak reti Bahasa!

Sebenarnya Artemis bekerja dengan Angelo tidak bergaji. Bukan tak dibagi langsung. Artemis sendiri yang tak nak.

Jadi, gaji dia hanyalah semata hasil pendapatan dari restoran ni la.

Kenapa?

Duh!Obviously! Duit Angelo tu duit haram. Artemis nak hidup berdasarkan duit yang sah di sisi undang-undang. Sudah la dia membesar dengan melihat kesengsaraan orang lain, duit yang diperoleh pun atas kematian dan nyawa orang. Memang tidak la dia nak teruskan hidup serta bergembira dengan duit haram tu!

Rasa nak muntah pun ada bila difikirkan balik semua tu!

Sebab itu Artemis decide untuk bekerja di restoran ini bila ada masa lapang selepas bekerja dengan Angelo.

         "Maafkan saya Lila..."ucap Artemis. Macam mana la dia nak hadap semua ni lama-lama?

 Macam mana la dia nak hadap semua ni lama-lama?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now