CHAPTER DUA PULUH SEMBILAN

548 78 0
                                    

Masuk sahaja ke dalam kereta, Izan menghidupkan enjin kereta dengan marah.

Sementara Artemis di sebelah menjeling geram. Namun tidak bersuara.

          "Pakai seatbelt tu..."arah Izan sambil genggam erat pada stereng tersebut buatkan urat belirat timbul di permukaan tangan yang bertatu miliknya.

Artemis menyilang tangan ke dada lalu sandar ke kerusi. Dia takkan buat. Entah apa sebab Izan lakukan semua ni dan rosakkan rancangan dia, lepas tu nak marah-marah sedangkan yang ditipu dia bukannya lelaki ni!

Izan memalingkan kepala ke sisi setelah sedar yang Artemis tidak melakukan apa yang dia arahkan. Rasa jengkel dengan sikap Artemis yang memberontak itu, Izan sendiri yang memakaikan seatbelt tersebut.

Muncul sahaja tangan itu di depannya, Artemis pandang ke Izan dengan renungan membunuhnya. Sungguh nekadnya dia waktu itu sekiranya ada senjata di tangan, jantung lelaki ini sudah dia robek keluar dari tangkainya!

           "Macam mana awak boleh tahu saya akan ke Korea untuk menemui Han Tae Gu?"setahu dia orang yang tahu dia mahu menemui Han Tae Gu adalah Dareen seorang sahaja. Hanya lelaki itu sahaja segala tindak tanduknya selama ini. Tanya Artemis untuk memecahkan ketegangan dalam kereta itu.

            "Spy."jawab Izan dengan mendatar.

Kening Artemis berkerut dalam. Dia pandang tepi muka tegang Izan bersama perasaan tak percaya. Spy?Sejak bila Izan spy dia?Itu bermakna, Izan telah rancang semua ni dari awal?Sejak pertemuan mereka di restoran tempoh hari sehingga la hal di Pelabuhan malam tu?

           "Kau ingat aku dekati kau macam tu aje tanpa siasat ke?"Izan pandang ke Artemis untuk beberapa detiki sebelum kembali memandang ke jalan semula.

Waktu itu, Artemis boleh merasakan dadanya dia menjadi sesak dan urat saraf dia berdenyut sakit akibat darah yang dipam terlalu laju kerana begitu tergamam!

           "Apa awak cakap tadi?"soal Artemis agak terkejut dengan kenyataan itu. Takkan la hanya kerana dia selamatkan Izan, lelaki ini spy dan ekori dia secara senyap?Memang dia tak kenal siapa Izan pada awalnya. Jadi dia selamatkan lelaki ni pun sebab kebetulan aje tak ada niat lain. "Awak spy saya hanya kerana saya selamatkan nyawa awak dua tahun lepas dan dekati saya?Like seriously untuk apa?" tanya Artemis bernada tak percaya.

Buang tebiat apa?

Izan tak jawab. Dia pandang ke depan fokus dengan pemanduan.

Artemis di sebelah sudah menyirap keberangan kerana berasa tidak percaya. Tak pernah dia rasa semarah macam ni. Apa masalah lelaki ni dengan dia?Dia tak pernah kacau pun hidup Izan?Infact, Izan yang menganggu ketenteraman dia selama ni.

            "Hei...saya tanya ni?Dah bisu terus ke?"Artemis hadapkan badannya ke Izan.

Rahang Izan berketik seperti dia mahu bercakap tetapi menahan diri dari bersuara saat itu. Jari jemarinya semakin erat mencengkam stereng.

Hampir 10 minit mereka begitu, tiada satu suara pun kedengaran kecuali suara pembaca berita di dalam radio kereta tersebut yang berbahasa korea.

Oleh kerana perasaan jengkel, benci dan marah mula merinding hingga ke kulit dagingnya, Artemis palingkan kepala. Terpaksa jugak bersuara.

           "Where the hell we going?"

Izan mendiam lagi.

            Masih mengawal nafasnya naik turun dari kedengaran kencang, Artemis tatap tepi muka itu dengan ketapan gigi cuba menahan diri dari menjerit di depan muka itu juga. "Sebelum saya lompat keluar dari kereta ni, baik awak berhenti atau katakan sesuatu sekarang....jangan cabar saya.."ujarnya lagi.

Waktu itu, baru nampak tangan Izan berurat bila dia mengeratkan cengkamannya pada stereng kereta tetapi lelaki itu masih lagi tidak mengatakan apa-apa.

          "Fine!"lantas Artemis berpaling ke arah pintu. Dia tekan butang lock yang ada di tepi pembuka pintu itu sebelum cuba menanggalkan seatbelt pada masa yang sama.

          "Stop it Artemis!"akhirnya Izan bersuara.

Marah-marah Artemis memalingkan kepala.

           "Kalau macam tu beritahu saya, awak nak bawa saya ke mana!Kenapa awak buat semua ni!?"tengking Artemis sekuat hati hingga bingit dalam kereta itu dengan suaranya. "You lied to me!After you already know who I'am!Pretend like I am a fool to you! Acted like I am a joke!D*ckhead!"lafaznya dalam satu nafas selantang yang boleh.

Kata-kata yang di lampias oleh Artemis itu hanya dibalas Izan dengan hela nafas pendek di lepaskan. Lelaki itu masih memandang ke depan jalan raya kerana waktu itu keadaan trafik agak sibuk dengan kenderaan di kiri kanan. Khuatir akan keselamatan mereka, dia cuba kekal tenang di situ.

            "Say something!!"jerit Artemis sambil memukul kerusi tempat dia duduk dengan kedua-dua kepalan penumbuk. Seperti anak kecil sedang memberontak kerana tidak di beri perhatian!

Mahu tak mahu, Izan terpaksa juga ambil side kiri, berhenti di tepi jalan atas jambatan tempat mereka lalu itu. Seusai berhenti, ,dia tarik handbreak. Lalu tersandar di kerusi tanpa mengatakan apa-apa untuk beberapa saat.

Artemis perasan. Dia pandang kiri dan kanan kereta dengan cemas.. Air mukanya seperti hendak menangis dan begitu pucat. Namun tidak lama selepas itu dia memandang Izan semula. Dia kena cepat pulang semula. Dia perlu bunuh Han Tae Gu!Lejar tu bakal terdedah. Kalau rancangan dia tidak berjaya, Angelo boleh tahu niat sebenar dia nanti!

           "Dengar sini!Saya tak ada masa nak buat drama dengan awak. Sama ada awak beritahu saya alasan kenapa awak lakukan semua ni atau tidak!Bukan urusan saya! 5 minit dari sekarang."arah Artemis.

Izan masih mendiamkan diri tidak mengatakan apa-apa. Macam mana dia nak beritahu!Takkan dia nak beritahu dekat Artemis yang dia risaukan keselamatan Artemis yang cuba menentang Angelo sendirian tanpa sesiapa disisi. Takkan dia nak beritahu Artemis yang dia sukakan pada Artemis secara tak sengaja sejak 2 tahun lepas?

5 minit berlalu, keadaan mereka membisu.

           Artemis yang tidak sabar terus melampias kata marahnya. "Izan Aramis!Jangan buang masa saya dekat sini!Beritahu saya apa alasan awak!"

            "Shut the f*ck up Artemis!"bentak Izan tidak semena. Lelaki itu pandang Artemis dengan kening berkerut. Dada bidang itu berombak kencang. Keningnya mencerun marah.

             Kejung Artemis di situ. Dia bertentang mata dengan Izan sebelum bersuara lagi. "Macam mana saya nak diam Sedangkan saat ini saya sedang bersama dengan lelaki yang yang telah membunuh ibu dan ayah saya yang tidak bersalah hanya kerana dendam dia terhadap Angelo!"desis dengan perlahan namun penuh kebencian.

Izan terus menarik nafas dalam saat memejam mata sebelum tersandar di kerusi itu. Tangannya naik ke atas. Hujung jari telunjuknya menopang tepi kepala kerana berasa pening tidak semena!Inilah jawapan untuk persoalan dia tadi. Izan tahu kalau dia beritahu semuanya, Artemis tidak akan menerima dirinya gara-gara kenyataan yang dia adalah pembunuh ibubapa Artemis sendiri.

             "Dan saya telah selamatkan lelaki tu dari mati!That what the f*cked up!"tambah Artemis bernada mengalah. Serius dia penat nak hadap pengkhianat!Tidak Angelo, tidak teman lelakinya, tidak Verena..dan kini lelaki yang dia tak sengaja selamatkan ni pulak?

Izan tidak membalas sama sekali. Dia hanya diam dan membiarkan Artemis meluahkan segalanya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now