IKS - BAB 1

39.8K 592 12
                                    

Mardiah mula menilik wajah mulus dan putih bersihnya di dada cermin meja solek itu. Dirinya yang sedang duduk di kerusi berhadapan meja solek itu dipandang oleh Emma sekilas.

Emma ketawa kecil melihat sahabat kesayanganya itu dalam Mardiah tidak sedar. Rajin sungguh tilik muka tu. Sengaja dia datang melepak di bilik Mardiah kerana kebosanan.

Emma?

Nur Fatemma Zahrah inilah salah satunya sahabat dunia akhirat bagi Mardiah. Sudah hampir tiga tahun mereka menetap bersama di taman perumahan teres ini. Dari zaman Universiti lagi mereka rapat.

Boleh dikatakan seperti isi dengan kuku sudah gayanya. Ke sana ke sini berdua.

"Emma!" Seru Mardiah perlahan tanpa memandang gadis itu.

Emma tidak sedar akan panggilan mendayu Mardiah itu. Mana tidaknya, penuh telinganya disumbat dengan alat tak bermanfaat itu. 'Earphone' lah apa lagi.

"Emma,kau rasa kita patut tak pergi spa untuk buat rawatan muka setelah sekian lama kita tinggalkan benda tu? Lagipun kau kan dah nak kahwin, takkan tak nak manjakan muka kut." Bebel Mardiah pasang angan-angan.

Sedar akan dirinya tidak dilayan, lantas Mardiah memusingkan tubuhnya. Terbuntang matanya melihat Emma yang masih utuh dengan telefon pintarnya. Kecil besar kecil besar muka Emma di penglihatan Mardiah apabila gadis itu galak ketawa sambil menumpukan perhatian pada alat komunikasi itu.

Geram. Ya, ada juga. Boleh dia endahkan kita yang cakap seorang diri ini.

Segera Mardiah bangkit dari kerusi itu sebelum menghampiri katilnya yang diduduki Emma.

Mardiah mencekak pinggang di sebelah birai katil itu. Emma memandang sahabatnya itu sebelum dicabutnya benda tidak berfaedah yang menghalang pendengarannya tadi. Sengihan ditayangkan pada Mardiah.

"Nak apa,sayanggg?" Meleret suara Emma menuturkan kata.

Mardiah menjulingkan matanya ke atas. Pinggang dicekak persis emak-emak yang menahan geram terhadap anaknya.

"Yang tadi aku membebel tu, aku cakap sorang-soranglah?" Emma tersengih sumbing.

Mardiah mengeluh kecil. "Bertuah punya sahabat dunia akhirat!"

"Okey-okey. Kau ulang balik apa yang kau cakap tadi. Aku dengar. Tadi tu aku tengah dengar lagu. Emir yang hantar. Dia yang nyanyikan tau. Itu yang khusyuk sangat tu." Omel Emma menambat hati sahabatnya itu.

Mardiah berlalu ke arah meja belajarnya pula. Kerusi ditarik sebelum punggung dihenyak. "Aku tanya kita patut tak pergi spa untuk manjakan wajah ni ha. Sebab aku rasa muka aku ni nampak tua. Aku muda lagi kut.!" Bebel Mardiah sambil menyilangkan kaki kanan ke atas kaki kirinya.

Emma yang sedang bersandar di kepala katil sedari tadi terus duduk bersila. "Hamba Allah mana pula dah yang kata dekat kau kali ini? Siapa dia? Meh aku gunting mulut tu. Suka sungguh mengata dekat kawan aku seorang ni." Ujar Emma tanpa memandang Mardiah.

Dia tahu sangat dengan Mardiah. Sebab gadis itu cakap dirinya nampak tua kerana ada orang yang gelarkanlah tu. Mardiah ni, harapkan ada seni mempertahankan diri sahaja, tapi hatinya lembut. Mudah juga terasa jika orang komen sikit pada dirinya.

Mardiah mendiamkan dirinya sambil bermain jari. Emma memandang sahabatnya lama. "Mar. Aku kenal sangatlah dengan kau. Kau tak payahlah nak ambil hati sangat dengan kata-kata Pakcik Zaid tu. Dia cuma bergurau saja. Bukannya betul pun." Balas Emma.

Ya dia tahu ini mesti angkara Pakcik Zaid. Lelaki separuh umur itulah yang sering mengusik Mardiah setiap kali gadis itu datang ke gerainya. Bukan apa,Pakcik Zaid suka sangat mengusik orang.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now