IKS - BAB 37

12.5K 273 3
                                    

"Hayfaa.. Ambilkan pinggan itu kejap. Lepas itu tolong cedokkan lauk ini." arah Mardiah kepada Hayfa supaya menyendukkan lauk yang dimasaknya ke dalam pinggan.

Seperti yang dikatakan,keluarga Mardiah akan datang ke rumahnya tengahari nanti, jadi Mardiah sedang bertungkus-lumus menyediakan makanan tengahari kepada tetamu yang akan datang lagi beberapa minit lagi.

Kerjanya turut dibantu oleh Hayfa dengan sukarelanya. Katanya nak belajar memasak juga. Persediaan untuk menghadapi alam rumahtangga nanti. Eh gatalnya.

Tak sabar nak kahwin dah ke? Belajar pun tak habis lagi,sudah berfoya-foya nak fikirkan alam perkahwinan.

Mardiah membawa semangkuk besar yang berisi tom yam ke meja makan. Wah baunya sudah menusuk hidung. Tom yam merupakan makanan kegemaran ayahnya. Sengaja dia buat masakan itu kerana sudah lama ayahnya idamkan masakan daripada anak daranya itu. Sekali-sekali merasa keenakan masakan anak dara yang duduk jauh darinya,bukan senang.

Pinggan yang berisi lauk lain dibawa oleh Hayfa ke meja makan pula. Air oren yang sudah dibancuh diletakkan di atas meja juga. Siap. Lengkap. Nasi putih dengan lauk tom yam,sayur campur,air oren dan tidak lupa juga dengan ulam-ulaman beserta sambal belacan kegemaran keluarganya. Tidak sah kalau tak ada benda wajib itu di meja makan. Tak kenyang jadinya.

Mardiah mencekak pinggangnya sambil melepaskan keluhan. Lega. Semuanya sudah siap. Tunggu nak makan saja. Mardiah yang berasakan badannya melekit dan berpeluh akibat berperang di dapur segera menaiki anak tangga untuk bersihkan dirinya.

Hayfa sudah pun bersila di ruang tamu sambil menikmati tom yam. Rasa saja. Tak sabar nak makan.

Usai membersihkan dirinya,Mardiah kembali turun ke ruang tamu sambil menunggu keluarganya tiba. Langkah kaki diatur ke ruang tamu dan melabuhkan punggungnya di atas sofa bersebelahan Hayfa."Hayfa sekarang cuti sem kan?" Soal Mardiah mengajak Hayfa berbual. Bosan pula tengok televisyen.

Hayfa mengalihkan pandangannya ke arah Mardiah lalu mengangguk lemah."Ha'ah." Jawab Hayfa sepatah.

"Habis itu kenapa Hayfa tak balik Melaka? Cuti dua bulan lebih kan? Lama tuu.." Selalu pelajar universiti ni,esoknya baru mula cuti sem,petang itu sudah pulang ke pangkuan keluarga. Tak sabarnya macam empat dekad tak balik rumah.

Itu pun kalau pelajar yang tidak tinggal di asrama. Lainlah kalau pelajar asrama. Entah-Entah sudah meroyan nak pulang.

Hayfa kerutkan wajahnya tanda pelik."Bunyi macam nak halau je,kak! " Hayfa ketawa besar dengan kenyataannya.

Lantas Mardiah menidakkannya. Bukan itu maksudnya. Ya Allah sudah salah faham. Nasib baik si Hayfa ni bukan calang-calang orang yang cepat sentap.

"Eh bukanlah.. Maksud akak,Hayfa tak pulang ke Melaka ke? Setahu akak,datang saja cuti sem semua budak-budak kalut balik. Kalau boleh hari itu juga nak balik. Tak menyempat." Terang Mardiah gelabah apabila respon Hayfa mengatakan Mardiah menghalaunya. Ini tidak,sudah seminggu cuti sem berlalu,tetapi Hayfa masih lagi berada di rumah ini.

Hayfa mengangguk faham sambil memuncungkan mulutnya."Minggu depan. Hayfa balik dengan abang. Sekarang dia ada hal dekat Perlis. Lusa dia baliklah,lepas itu baru kitorang balik Melaka. Mama tak bagi balik naik bas. Papa pun tak sempat nak datang ambil. So kenalah tunggu abang habis kerja." Balas Hayfa menjawab semula soalan Mardiah yang tertunggak tadi.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now