IKS - BAB 60

14.9K 274 5
                                    

Usai bersarapan, Azrell bercadang untuk pergi bersiar-siar bersama anak dan isteri tersayang di sekitar bandar Port Dickson itu. Hampir seharian perjalanan mereka dengan menaiki Honda Accord hasil pinjaman Wan,rakan sekerja Azrell di Port Dickson ini. Mujur ada Wan yang sanggup meminjamkan keretanya kepada Azrell untuk kemudahan ke mana sahaja sepanjang mereka di sini.

Tatkala melihat senyuman melebar terukir di bibir mungil si isteri sudah cukup buat Azrell bahagia. Dia bahagia melihat anak dan isterinya gembira. Banyak barangan yang dibeli oleh keluarga kecil itu dari hasil rondaan mereka hari ini.

Puas membawa langkah di pelusuk bandar Port Dickson ini, Azrell singgah di sebuah kawasan taman yang cantik permandangannya. Petang-petang begini memang seronok luangkan masa di taman.

"Jom sayang. Kita lepak kat taman ni." Ajak Azrell sambil membuka tali pinggang keledar yang membaluti tubuh sasanya. Mardiah meliarkan pandangannya ke sekeliling kawasan melalui luar tingkap. Senyuman kecil terukir. Jelas menampakkan Mardiah suka dengan keindahan taman ini. Saiya memang peminat taman yang cantik-cantik belaka. No wonder Azrell selalu bawanya ke taman.

Mardiah menanggalkan tali pinggang keledar sebelum pintu dibuka oleh Azrell yang sudah keluar dari tadi. Qaysara yang sedang tidur nyenyak di pangkuannya diambil Azrell. Segera Mardiah keluar dari perut kereta sebelum mendapatkan beg barangan Qaysara di tempat duduk bahagian belakang.

Mereka mengatur langkah menuju ke taman yang lebih kurang ramai juga pengunjungnya. Mardiah menghamparkan sehelai kain di atas permukaan rumput sebelum disendalkan dengan batu-batu sederhana besar di setiap penjuru kain supaya tidak ditiup angin. Kawasan menghadap sebuah tasik.

Tidak terlalu ramai orang lepak di kawasan itu. Yang ada hanyalah manusia-manusia yang sedang berjoging, berkasut roda dan seangkatan dengannya.

Mereka mula melabuhkan punggung di atas hamparan kain itu.

"Mar tolong pegangkan Sara kejap. Abang nak beli something kat sana. Tunggu tau!" Pesan Azrell sebelum bangkit dan berlalu ke suatu tempat. Mardiah melihat pemergian Azrell dengan ekor matanya sebelum kembali memandang keindahan ciptaan Allah ini.

Tasik yang luas terbentang di hadapannya dipandang lama. Angin petang sepoi-sepoi bahasa mula menampar perlahan pipi mulusnya. Qaysara di pangkuannya dielus lembut pipi bayi kecil itu. Comel Qaysara tidur. Penat sangat meronda seharian hari ini sampai tidak sedarkan diri tidurnya.

Seketika kemudian, Azrell datang menghampiri mereka berdua. Punggung dilabuhkan di atas hamparan kain.

"Nah. Your ice cream." Aiskrim cornetto perisa coklat yang sudah dibuka kertasnya dihulurkan kepada Mardiah sebelum disambutnya gadis itu. "Thank you.!"

Mardiah memandang  Azrell yang sedang membuka kertas balutan aiskrimnya.

"Why?" Soal Azrell tanpa melihat isterinya.

"Nothing. Tapi,macam mana abang tahu Mar craving aiskrim coklat sekarang ni? " Tanya Mardiah sambil menjilat-jilat aiskrim coklat itu. Ya Allah nikmat dia tu. Ermm sedap sampai terjilat kon.

"Adalah. Rahsia." Jawab Azrell pendek sambil meneruskan pemakanannya.

Mardiah mencebik. Rahsialah sangat.

Azrell mula melunjurkan kakinya ke depan sambil merapati tubuh si isteri. Pandangan ekor mata Mardiah berikan. Sudah kenapa tetiba nak berkepit dengan orang.

"Sayang!"

"Ye"

"Sayang happy tak selama kahwin dengan abang?" Soal Azrell tanpa memandang Mardiah. Terus gadis itu mendongak ke arah suaminya. Kerutan di dahi semakin berlapis-lapis.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now